BAB 52

25.3K 989 47
                                    

Nota kecil yang diberi Mina aku pandang silih berganti dengan rumah besar yang berdiri megah di hadapanku ini. Buntang juga mata aku bila tengok suasana rumah mahal sebegitu. Patutlah gaji yang ditawarkan agak mahal, rupanya orang yang menawarkan gaji itu adalah orang kaya. Wou!!

Perlahan-lahan, aku aturkan langkah ku menuju ke dalam kawasan rumah tersebut. Sesekali mataku meliar melihat suasana rumah yang bagi aku tersangatlah mendamaikan. Rumah banglo itu dipenuhi dengan tumbuhan hijau yang mekar. Telinga aku juga berjaya menangkap bunyi pancuran air walaupun aku tak nampak ada kolam ikan di situ.

Tiba sahaja di hadapan rumah tersebut, pintunya yang berwarna putih aku ketuk bertalu. Ucapan salam ku aku hulur. Dua kali ketukan, pintu rumah dibuka dan aku lihat kelibat seorang gadis berpakaian nurse membuka pintu. Tergamam aku sejenak bila melihat gadis itu. Rasa macam pernah nampak tapi.. erm, aku lupa kat mana.

"Erm, cik ni cik Kirana ke?"soalku mahu memastikan.

Dia pandang aku atas bawah. Gaya nya juga seakan-akan seperti pernah melihat aku. Dua tiga kali juga dibeleknya. Dahinya sudah berkerut.

"Ya, saya cik Kirana. Awak orang yang semalam call saya itu ke? Cik Aysara?" soalan berbalas soalan.

Terus senyumanku menyinggah. Kepalaku aku anggukkan tanda mengiakan tebakannya yang satu itu.

"Saya Astilla Aysara. Betullah, saya yang call awak semalam."

Dia membalas senyumanku lembut seraya itu pintu rumah dibukanya luas sambil menjemput aku untuk masuk ke dalam rumah. Sesekali mataku menerawang melihat ruang tamu rumah tersebut. Sangat besar dan sangat mewah. Sempat juga mataku melirik ke arah gambar keluarga yang tergantung di atas TV LCD 6 inchi itu.

Gambar sebuah keluarga. Dua orang wanita dan juga seorang lelaki dewasa beserta seorang budak lelaki kecil. Nampak bahagia betul mereka dalam gambar.

"Cik Aysara pernah jaga orang tua ke sebelum ni?" soalnya cuba menghilangkan keheningan antara kami berdua.

Aku terus memandang ke arah Kirana semula. Sebuah gelengan aku berikan. "Saya belum pernah jaga lagi. Erm, tapi saya pernah ambil upah jaga budak." jelasku serba sedikit.

Gadis itu tarik senyum. "Hmm, cik Aysara jangan risau. Puan Sri Maimon ni tak susah sangat nak dijaga. Dia masih sihat mental dan emosi cuma itulah dia ada stroke, jadi kita kena uruskan pakai makan dia."ujar gadis itu serba sedikit.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Puan Sri.. hmm, patutlah rumah besar. Gelaran yang cukup hebat juga majikan aku kali ini. Silap sikit mesti kena, fikirku sendirian.

"Owh, sebenarnya saya tak sure awak kerja kat sini selama sebulan ataupun tak.. maybe lebih kot sebab saya memang urgent. Awak boleh kan?"soalnya memandang ke arah ku.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Lagi lama lagi bagus kot memandangkan aku pun nak duduk lebih lama lagi kat Kuala Lumpur ini. Kalau aku tak ada job, mungkin aku akan pulang ke kampung semula..

Akhirnya kami berdua tiba di taman belakang rumah tersebut. Tidak jauh dari taman, kelihat sebuah kolam renang yang airnya berwarna kebiruan. Hmm.. aku teruja sekejap bila tengok semua itu. Selalunya, aku dapat lihat semua itu dalam rancangan Nona aje. Tak sangka boleh tengok depan-depan macam ini!

Kirana membawa aku ke taman dan di sana terlihat sebuah gazebo putih. Suasana taman itu benar-benar memberi ketenangan yang amat. Hmm.. untung betul jadi orang kaya ini. Dengan duit, semua benda boleh dibina dan dibuat.

"Awak tunggu sini sekejap ya. Saya nak beritahu encik Ryle sekejap tentang kehadiran awak ni." ujarnya sebelum berlalu pergi meninggalkan aku.

Terkedu aku bila nama itu disebut nya. Encik Ryle? Mataku buntang. Ryle? Huzryle Khayril ke? Ke.. aku silap dengar?! Maybe, encik Hyle kot. Erm, positive sikit Sara.

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now