BAB 35

25.2K 968 44
                                    

Selesai sahaja menyarungkan T-shirt lengan panjang dan juga seluar track hitam, aku terus bergerak ke arah beranda bilik hotel ku. Yurp, aku tersangatlah puas hati dengan hotel yang disediakan untuk aku sekarang ni. Bilik hotel aku benar-benar menghadap Opera House yang selalu menjadi lambang kebanggaan kepada kota Sydney ini.

Langit petang yang menghiasi awan Sydney itu juga menambahkan lagi kecantikan yang aku lihat depan mata aku ketika ini. Memang. Suasana petangnya sama seperti suasana petang di Malaysia namun apa yang membezakannya adalah keindahan kota kecil itu yang menjadikan langit petangnya sedikit istimewa. Sangat romantis, itu pendapat aku.

Sedang leka menikmati suasana petang itu, mata aku sempat melirik ke arah jam dinding. Terkejut aku dibuatnya. Hanya tinggal lagi 15 minit saja lagi, jam akan menuding ke angka 6.30 petang. Serentak itu, aku terus menyambar tudung bawal hitam ku. Dalam terburu-buru aku rapikan tudung yang menutup bahagian kepalaku. Bila dah rasa okey, serta-merta aku mengatur langkah laju ke arah pintu bilik hotelku yang masih tertutup rapat.

Buka sahaja pintu bilik, mata aku terus terpandang kelibat Syukri di muka pintu. Rupanya dia juga turun lambat. Hmm.. dan tunggu aku? Senyum nampak giginya menyapa pandanganku. Terus, aku balas senyumannya. Orang dah senyum, takkan tak balas pula kan?

"Haha.. baru nak ajak Sara pergi sama-sama tadi." spontan, dia mengujarkan niatnya.

"Kenapa awak tak pergi dulu aje tadi? Hmm.. nanti kalau kru awak bising, macam mana?" soalku dalam nada bersalah.

Tawa kecil Syukri meletus. "Tak apa. Kat sini saya bos. Jadi, saya tak kisah sangat. Kalau bos besar ada.. haha, time tu baru saya gelabah. Jom, kita turun." ajak Syukri apabila merasakan kami masih lagi tercegat di depan pintu bilik hotel ku.

Aku menganggukkan kepala. Sepanjang perjalanan menuju ke dining hall itu, banyak juga topik yang aku bualkan. Syukri pun boleh tahan kelakar orangnya. Pandai dia buat lawak sampai aku pun rasa nak gelak sepanjang masa. Dia suka lempar kan ayat manisnya itu. Mungkin itulah agaknya cara lelaki mengayat perempuan kot. Haha..

Tiba sahaja kami di dining hall, mata aku terus terpandangkan beberapa wajah yang aku kenali. Semua buat muka menyakat bila lihat aku jalan bergandingan dengan Syukri. Hanya seorang aje yang buat muka macam  menyampah minta kaki dan ada aku peduli?

"Aih, bos. Menyempat.."sakat salah seorang kru yang mengenakan topi merah. Yang lain menyambut lawak hambar nya.

Aku sudah tarik sengih bila diusik begitu. Suka sangat fikir macam-macam.

"Sambil menyelam minum air. Korang apa tahu."Syukri membalas. Tempat duduk kosong diduduki nya. Aku juga turut sama melabuh kan punggungku. Kerusi yang aku duduki terletak di antara kerusi Ryle dan juga Syukri.

Ryle pula sedari tadi asyik tayang muka masamnya. Hmm.. kata seronok tapi masam pula? Pfft.. lantaklah.

Setelah itu, kami mulai berbincang tentang perjalanan esok hari. Boleh tahan padat jugalah. Dari pagi sampai lah ke malam. Hanya beberapa jam aje kami berehat. Syukri beritahu aku, ada cameraman yang akan follow aku jadi nak tak nak memang aku kena menghadap kamera lah. Leceh.

"So, esok kita pergi empat tempat. Korang semua, aku nak semua dah prepare. Esok mesti tepat. Aku taknak ada yang menyusahkan kita esok. Siap awal, korang akan rehat awal."beritahu Syukri dalam nada tegas.

Aku dan yang lain sama-sama mengangguk tanda mengerti. Setelah itu, kami terus bersurai. Ada yang memilih untuk naik ke bilik semula dan ada juga yang memilih untuk keluar makan angin. Aku pula.. lebih memilih naik bilik. Nak tidur dalam air-cond.

Baru sahaja aku mahu berganjak pergi, tak semena-mena Syukri menyeru nama aku. Terus aku menoleh memandang ke arah lelaki itu. Senyuman yang dia hulurkan kepada aku dibalasnya.

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now