BAB 43

23.4K 941 34
                                    

Satu keluhan berat Ryle lepaskan. Apa yang dikatakan oleh peguam arwah papanya masih terngiang-ngiang dalam kepalanya. Serta-merta fokusnya pada pemanduan nya jadi sedikit terganggu.

"Hanya tinggal lagi dua bulan, Encik Ryle akan pelopori syarikat. Jawatan itu pun, sepatutnya Encik Ryle yang pegang. Erm.. banyak pemegang saham yang minta Encik Ryle untuk cepat-cepat dilantik sebagai CEO syarikat." itulah ayat yang buatkan Ryle jadi tergamam.

Dia yang ketika itu mahu menghirup milo hangatnya jadi terbantut. Terus pandangannya dialihkan memandang ke arah lelaki yang berusi 50-an itu.

"Kenapa mereka nak minta percepat kan perlantikan saya. Tak boleh ke kalau follow procedure yang dah ada?" soal Ryle dalam nada langsung tidak memahami.

"Kalau boleh, mereka memang nak ikut procedure tapi jawatan CEO itu dah lama ditinggalkan. Dalam tahun ni, dah tujuh kali, kita buat pertukaran orang semata-mata nak tunggu encik Ryle sediakan diri sebagai peneraju syarikat." beritahu lelaki itu dalam nada yang sedikit resah.

Ryle tergamam untuk seketika sebelum satu keluhan lemah dia lepaskan.

"Encik Sahar pun tahu sendiri kan? Sekarang ni saya masih ada prospek kerjaya saya. Kalau saya lepaskan hobi saya ni, saya takut nanti.. hm, saya takut saya tak boleh nak move on. Saya memang nak terajui syarikat tapi dalam pada masa yang sama.. saya juga sayangkan lakonan saya." ujar Ryle sudah serba salah.

Lelaki tua itu sekadar mengeluh perlahan. "Baiklah, kalau Encik Ryle dah kata macam itu.. pihak kami tak boleh nak paksa. Kita akan still ikut procedure."

"Harap encik Ryle dapat berikan usaha yang terbaik sama seperti apa yang papa dan nenda encik Ryle buat untuk syarikat suatu ketika dulu." balas Encik Sahar lalu menghulurkan tangan sebagai tanda tahniah.

Ryle menarik senyum pendek. Spontan, huluran tangan itu disambut nya.

Yurp, memang tidak ada masalah di situ namun Ryle mulai berbelah bahagi. Kalau dia teruskan juga business yang keluarganya buat, dia perlu tinggalkan dunia hiburannya. Yurp, sebagai seorang CEO.. kerja nya mungkin akan semakin sibuk dari hari ke hari.

Teringat pula detik semasa ayahnya masih hidup dan menjadi CEO kepada syarikat. Kadang masa aje ayahnya itu ada di rumah namun disebabkan ayahnya itu jenis yang pandai susun masa jadi Ryle tak adalah rasa kehilangan sangat. Sekurang-kurangnya, sebelum tidur.. dia dapat lihat muka ayahny dan bila bangun pagi, dia juga masih dapat makan satu meja dengan ayahnya.

Hmm, tiba-tiba pula Ryle rasa rindu pada ayahnya itu. Tak sangka sudah empat tahun berlalu.

Dan, tak sangka juga dia dapat tempuh kehidupan tanpa ibu dan ayah selama empat tahun ini. Awal nya, Ryle tak kuat namun disebab kan dia cuba untuk kuatkan diri, akhienya Ryle berjaya buang rasa sedihnya.

Kerana itulah dia sibukkan dirinya dengan bekerja sebagai seorang model. Untung badannya, belum beberapa bulan dia menjadi model, akhirnya dia ditawarkan sebagai seorang pelakon. Yurp, untung badan.

Hujan yang tiba-tiba sahaja turun membasahi bumi buatkan suasana dalam kereta semakin sejuk. Ryle cuba untuk fokus pada pemanduan nya.

Ketika dia mahu memasuki simpang. Tak semena-mena matanya terpandangkan pada susuk tubuh yang amat dikenalinya. Ryle cuba memicingkan matanya untuk memastikan matanya tidak salah.

Spontan, Ryle tergamam. Betullah! Matanya tidak silap.

"Aysara?"
...
Beberapa kali telefon pintarku aku tekan dan nombor telefon Mina aku hubungi namun panggilannya asyik masuk peti simpanan sahaja. Untuk kesekian kalinya, aku cuba nasib. Manalah tahu, tiba-tiba Mina diberi nur dan hidayah untuk menjawab panggilan aku ini.

Tapi.. hampeh! Masih tak mendapat jawapab daripada pihak sana.

Akhirnya satu dengusan kecil aku lepaskan. Huh!! Boleh aku katakan ini adalah hari paling malang bagi aku. Sangat malang!!

Aku ni baru aje lepas balik daripada cafe. Cafe dengan perhentian bas memang terletak agak jauh. Sampai aje aku kat busstop, baru aku perasan yang aku cuma bawa kunci aje tapi tak bawa wallet. Terkejut aku dibuatnya. Nasiblah, pagi tadi Mina yang tolong hantarkan sebab dia cuti hari ini jadi memang taklah aku nak perasan kan?

Bila sedar tak bawa wallet, aku pun berura-uralah nak balik cafe semula tapi baru dua tiga langkah menjauh, tiba-tiba sahaja hujan turun tanpa aku sedar. Cepat-cepat aku patah balik ke bustop semula. Makin lama hujan makin lebat turun membasahi bumi.

Sebab itulah, aku call Mina. Aku nak dia jemput aku guna motornya itu. Tapi.. nampaknya, Mina pula tak bagi kerjasama. Aku syak dia ni dah terbongkang atas katil kot. Pftt.. dasar perempuan! Pantang betul nampak katil!! Aku sudah mendengus geram.

Walaupun hakikatnya, aku dua kali lima aje dengan si Mina itu. Pantang dapat cuti, sehari suntuk aku dengan katil.

Aku sudah mengeluh perlahan. Telefon pintarku aku belek. Ha!!!! Lagi satu masalah besar timbul. Bateri phone pun dah macam minta nak kena kapan pula sekarang. Reti pula dia nak K.O waktu-waktu genting macam ni. Huh, tak guna punya telefon!!

Sekali lagi, aku cuba hubungi nombor telefon Mina namun masih tak berjawab. Apabila aku cuba untuk kesekian kalinya, tak semena-mena telefon ku mati. Waktu itu, hanya Tuhan saja yang tahu macam mana perasaan aku sekarang ni. Nak marah, nak sepak, nak terajang aje rasanya!!

Mina!! Tolonglah ada telepathy dengan aku. Kau kawan aku.. mesti kau dapat rasa aku dalam kesusahan kan sekarang ni. Tolonglah!! Aku sudah mulai merepek.

Selalunya, kawan baik ni mesti ada telepati yang kuat. Kalau tak kuat itu, means salah seorang nya mesti tak guna! Haha..

Sedang leka aku memikirkan bagaimana cara mahu pulang ke rumah, mataku terus menangkap ke arah kelibat kereta Audi yang tiba-tiba sahaja berhenti di hadapan perhentian bas di hadapan aku. Tergamam aku dibuatnya.

Rasanya, aku kenal pemilik kereta itu.

Kelibat seorang lelaki melangkah keluar daripada kereta itu. Dia berlari sambil  memegang payung ke arahku. Tersentak aku dibuatnya. Cepat-cepat aky berdiri bila dia menghampiri.

"Encik Ilham. Encik buat apa kat sini?" soalku dalam nada hairan.

Ilham yang aku lihat sedikit basah aku pandang sejenak. Alah, kesian betul tengok dia. Sanggup keluar kereta semata-mata nak ber 'hye-hye' dengan aku. So sweet!!

"Saya ingat tadi nak beli barang. Tak sangka boleh jumpa awak kat sini. Kenapa awak tak balik lagi ni?" soal Ilham memandang ke arahku.

Aku tarik sengih. "Saya tak bawa wallet, Encik Ilham. Tertinggal kat rumah. Hmm.. tak perasan." aduku perlahan.

"Habis awak nak balik dengan apa sekarang?"

Bahuku aku angkat sebagai tanda pasrah. Yurp, bateri phone habis, duit tak ada. Ikhtiar ajelah sekarang ni aku mampu.

"Entahlah. Tidur masjid kot." spontan aku memberi jawapan.

Tersengih Ilham mendengar jawapan aku itu. Muka pasrah aku dipandangnya.

"Haih, sedih betul hidup awak ni, Sara. Jom, saya tumpang kan awak balik. Awak satu rumah dengan Mina kan?! Nanti awak tunjukkan jalan." pelawa Ilham.

Terkejut gamak aku dibuatnya. "Seriouslah, encik Ilham? Encik nak tumpangkan saya balik?!" aku masih dalam nada tak percaya.

"Seriouslah. Kalau saya biar awak tidur masjid malam ni, confirm esok awak bagi alasan minta cuti kan. Hmm.  saya dah lali dengan perangai pekerja ni." amboi menyempat dia perli aku.

Tahu-tahu aje apa yang aku fikirkan sekarang ni. Aku tarik sengih.

"Kalau encik Ilham dah cakap macam itu. Saya okey aje. Thanks encik Ilham." ujarku teruja.

"Ha yalah. Cepat masuk dalam kereta." arahnya tegas.

Terus, aku masuk ke dalam kereta nya. First time dalam seumur hidup aku dapat naik kereta mahal ini. Sekali seumur hidup rasanya. Haha.. nikmatilah sepuasnya Aysara..

Tanpa aku sedar, dari jauh ada yang memerhati tindak tanduk aku dari awal sampai akhir. Wajahnya berkerut. Entah kenapa, Ryle jadi tergugat melihat Aysara bersama seorang lelaki. Satu dengusan kecil dia lepaskan.

"Kalau dah murah itu, selamanya murah." gertak Ryle perlahan.
...

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now