BAB 40

26.3K 906 21
                                    

Pulang saja daripada KLIA, aku terus menaiki bas untuk pulang ke kampung halaman aku. Memandangkan Encik Nordin beri aku cuti selama lima hari jadi aku manfaatkan sebaik mungkin. Yurp, tiga hari untuk penggambaran dan dua hari lagi cuti ekstra. Sebagai bayaran, aku perlu bekerja overtime setiap hujung minggu untuk bulan depan. Mahu tak mahu, terpaksalah juga aku turutkan perintahnya itu.

Sudah dua hari berlalu sejak kejadian malam di Sydney itu berlaku. Selepas sampai aje ke KLIA, Ryle langsung tak jumpa aku. Selepas saja  kami buat roundtable, dia terus menghilang macam itu aje dan tinggalkan aku dengan perasaan yang aku sendiri tak faham. Aku rasa sedih dan kecewa. Yurp, pelik betul rasanya kali ini.

"Habis kau nak aku buat apa? Terima kau?! I have my own life. Kau hanya isteri aku yang aku kahwin dalam paksa. Remember that things!! Aku masih ada orang yang aku sayang, aku masih ada perempuan yang aku cinta then.. please, don't disturb my life!"

Sampai sekarang, kata-katanya itu masih tersemat elok dalam fikiran aku. Setiap kali aku teringatkan tutur nya itu, aku selalu rasa jijik pada diri aku sendiri. Dia minta aku lupakan kejadian itu dan teruskan hidup. Dia fikir semudah itu untuk aku lupakan? Kerana dialah, malam itu aku jadi perempuan yang paling bodoh dalam hidup aku.

Bila fikir balik, kenapa mudah sangat aku serahkan semuanya pada lelaki itu. Masih segar lagi dalam ingatan aku bagaimana tatapan Ryle itu pada aku. Redup dan sangat menggoda. Tatapannya itu buatkan aku rasa selamat bila dengan dia. Huh!!!

Argh!!! Kenapa dengan kau ni Sara?!!

Terus aku meraup wajah aku. Tanpa sedar, aku termenung di tikar sejadah apabila selesai sahaja memberi salam. Lama aku diam sebelum akhirnya satu keluhan nipis meniti keluar dari mulutku.

"Kenapa dengan aku ni? Huh!!! Pleaselah, teruskan hidup. Jangan jadi macam ni Aysara!!" aku cuba gertak diriku sendiri.

Terus aku gelengkan kepala. Cepat-cepat aku buka telekung dan letakkan di penjuru katil bujang ku. Nope. Aku tak boleh jadi pungguk bodoh yang selalu berharap pada benda yang jadi.

Aku kena sedar diri. Siapa aku dan siapa dia. Dunia kami berbeza malah jiwa kami juga tak sehaluan. Betul apa yang Ryle katakan, aku patut move on dan lupakan benda yang lepas. Biar dia dengan hidup glamour nya dan aku dengan hidup bosan aku. Aku cuba sematkan semangat dalam jiwa aku.

Langkahku aku atur kemas menuju ke ruang tamu. Di situ, aku lihat kelibat Aysha yang sedang leka menonton televisyen. Memandang kan hari ini adalah hari ahad, jadi dia lebih suka hadap tv daripada hadap buku.

Serta-merta aku melabuhkan punggung bersebelahannya. Mata aku sempat membelek rancangan televisyen yang sedang bersiar ketika itu. Terus aku mencebik. Dasar makcik bawang. Tak habis-habis dengan gosip murahan artis, getusku dalam hati.

Dalam rumah ini, hanya ibu dengan Aysha aje yang minat rancangan Melodi ni. Lepas aje habis rancangan itu mulalah mereka buka meja bulat untuk ngumpat artis-artis Malaysia. Kalau tak artis Malaysia, mesti artis Hollywood. Well, perempuan kan..

"Haih, dah nak dekat SPM pun sempat lagi buat dosa. Insaf lah Aysha oit.." sindir ku sambil mata tak lepas dari kaca tv.

Aysha buat tak peduli. Matanya masih fokus pada wajah artis yang bertayang di kaca televisyen. Tekun betul. Kan bagus kalau belajar pun macam itu?!

"Bila SPM?" aku sengaja kacau mood Aysha.

"Dua bulan lagi. Hmm.. sempat lagi belajar. Nanti Aysha belajar lah, sekarang kalau belajar pun bukan boleh ingat sampai ke final pun." tutur nya sepontan.

Aku di sebelah sudah tayang muka jengkel. Inilah budak zaman sekarang. Suka sangat study last minute. Ha, kalau dari sekolah dah pandai amalkan cara ini, sampai ke universiti lah dia akan buat benda yang sama. Pfft.. macam akulah.

Terus aku alihkan pandangan ku ke kaca televisyen. Wajah Janna Nick dan Ajay bertayang di kaca tv itu aku pandang biasa. Petah betul mulut diorang kalau nak buka story buruk fasal orang. Huh, manusia.

'Dengar kata, Huzryle Khayril dah ada ura-ura nak melamar seorang gadis yang juga merupakan seorang model. Wah-wah untung betul perempuan itu kan, Ajay. Harapnya tak ada yang kecewa lah kalau dapat tahu hero kesayangan ramai ini akan mendiri kan rumah tangga nanti kan..??'

Tergamam aku bila mendengarkan kata-kata yang dihamburkan oleh Janna Nick di kaca tv tadi. Me-melamar?!

"Haaaaa!!! Apa ni? Takkanlah baru bercinta dah nak kahwin. Isy, please lah!!!!"raungan gedik Aysha itu berjaya buatkan aku tersentak.

Terus aku alihkan pandangan ku ke arah Aysha di sebelah. Jadi betullah apa yang aku dengar tadi? Ryle memang nak kahwin.. dengan seorang model?

"Dia bercinta dengan siapa, Aysha?" soalku cuba mengawal nada terkejut ku.

Aysha mengalihkan pandangannya ke arah aku. Jelas terpapar riak wajah sedihnya bila dapat tahu gosip berkenaan Ryle itu. Haih, dasar budak sekolah tak sedar diri!! Haha..

"Itu.. hmm, si Kuza itu. Yang model acah-acah cantik itu. Hmm, bukan cantik mana pun dia itu. Biasa aje Aysha tengok." sempat lagi Aysha perli gerangan si Kuza itu.

"Jadi, diorang berdua itu sekarang bercinta?!" soalku dalam nada ingin tahu.

Aysha sudah angkat kening bila lihat kesungguhan aku yang nak sangat dengar kisah dan gosip murah fasal hidup Ryle. Pelik. Selama ini, kakak nya itu memang jenis tak ambil kisah pasal duniar glamour artis ni tapi hari ini.. kakaknya itu macam dah boleh daftarkan diri dalam group 'Makcik bawang' yang dianggotai oleh dia dan ibu.

"Kenapa akak nak tahu sangat ni? Akak minat kat Ryle ke?!" soalan berbalas soalan dan kali ini aku terdiam.

Desakan aku itu terus hilang dan wajah resahku bertayang. Argh!!! Apsal kau ni desperate sangat nak tahu kisah hidup si Ryle itu? Kan.. tak fasal-fasal Aysha dah start curiga!!
...
Satu keluhan kecil Ryle lepaskan. Semenjak pulang dari Sydney itu, mood nya terus jatuh mendadak. Sampaikan niatnya yang mahu mendalami skrip untuk drama yang bakal dilakonkannya itu jadi tergendala. Ryle sudah tawar hati dan pada masa yang sama dia resah. Sangat resah.

Boleh katakan, semenjak kejadian itu berlaku Ryle tak henti-henti mimpi kan wajah seseorang. Yurp, seseorang yang memang benar-benar buat serabut dalam hidupnya. Gadis yang tiba-tiba sahaja muncul dalam hidupnya tanpa dia pinta. Gadis yang buatkan Huzryle Khayril jadi risau pada perasaan sendiri.

Akhirnya, Ryle melontarkan buku skrip ke meja kopi yang terbentang di hadapannya. Wajahnya diraup kasar lalu rambutnya diramas perlahan. Tak.. Ryle tak boleh terus dirasuk dengan perasaan ini. Rosak masa depannya kalau dia terus-menerus fikirkan masalah yang buat serabut kepala ini.

Terus Ryle menyandarkan belakang kepalanya di kepala kerusi. Suasana alam yang terbentang di sekeliling gazebo itu dipandangnya dengan rasa kosong.

Hmm, Aysara.. Apa yang kau dah buat dengan aku ni?!

Kenapa muka kau aje yang selalu ada dalam kepala aku?

"Encik Ryle." seruan itu berjaya matikan lamunan sementara Ryle. Terus dia alihkan matanya memandang ke arah pengasuh yang berpakaian nurse yang ketika itu turut sama menghampirinya.

"Yurp?"

"Encik, bulan depan saya balik kampung sebab ada hal family sikit. Erm... boleh tak kalau waktu itu saya nak minta cuti?" soal pengasuh nya itu dengan wajah mengharap.

Ryle ketap bibir. "Sebulan?"

Gadis itu menganggukkan kepala laju.

"Kau ada pengganti?"

Kali ini, gadis itu menggelengkan kepala. "Kalau fasal itu, nanti saya akan cuba cari."

"Okey. Kalau kau dah dapat cari, then.. i will give you break for a month. If not, so I just only give you break for a week. It's enough for you to settle your problem. Okay?"ujar Ryle sepontan.

"Baik, encik Karl."

...



Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now