BAB 21

22.7K 788 3
                                    

"CUT!!!"

"Okay. Kita rehat selama 10 minit lepas itu, kita sambung scene yang seterusnya."arah pengarah muda tersebut kepada semua yang ada di set penggambaran tersebut.

"Okay, semua. Break!" laung salah seorang daripada mereka.

Semua yang ada di situ, terus mengatur langkah pergi ke tempat masing-masing. Ryle terus menuju ke tempat Afzal yang tidak jauh dari tempat. Dua botol air mineral saiz medium dibawanya bagi membasahi tekak yang sudah mulai terasa kering.

Berlakon sejam tanpa henti memang melelahkan namun untuk dapatkan hasil dan mutu lakonan yang terbaik, Ryle sanggup lakukannya. Lagipun, minatnya dalam bidang lakonan memang sudah terbit sejak dia babitkan diri dalam teater sekolah lagi.

Dahulu, Ryle suka membabitkan diri dalam teater universiti. Tidak kira lah apapun jenis pertandingan, persembahan ataupun apa.. Ryle akan cuba libatkan diri dalam lakonan teater. Tak dapat dinafikan, semua orang memuji bakat lakonan yang terpendam dalam diri Ryle.

Memandangkan dia juga memiliki rupa paras yang kacak dan sedikit kacukan chinease, maka Ryle selalu mendapat watak hero. Jarang sekali dia dapat watak penjenayah atau penjahat tapi.. kalau Ryle dapat pun, Ryle tak kisah.

Baginya, melakonkan watak orang jahat tidaklah sesukar mana jika nak dibandingkan dengan watak hero yang baik dan disukai ramai itu. Cuma, kena tahan sikit. Selalunya, kalau dah melakonkan watak jahat, pasti akan ada yang kecam. Namun, Ryle tak kisah. Kalau kena kecam, itu maksudnya nilai dan mutu lakonan nya tersangatlah menjadi.

Tempat duduk kosong yang berada di hadapan Afzal, Ryle duduki. Terus, dua buah botol yang diangkutnya diletakkan ke atas meja. Baru sahaja, dia mahu menyambar salah satu botol tersebut namun pantas tangan Afzal mencapainya.

Tergamam Ryle dibuatnya. Tak semena-mena, matanya menikam tajam ke arah pengurusnya yang memang seorang itu. Haih, nasib baik member. Kalau tidak, sudah lama lelaki itu kena dengan penangan tamparan Jepun nya.

"Suka hati kau aje ambil air aku. Kalau nak, kau ambillah sendiri." gerutu Ryle dalam nada tak puas hati. Dia terus mencapai botol minumannya yang lagi satu lalu menghirupnya dengan rakus.

Serba sedikit rasa dahaganya makin berkurang walaupun panas hatinya dengan tindakan Afzal tadi masih belum surut.

"Alah, aku fikir kau ambilkan air untuk aku sekali. Alahai, jangan lah kedekut sangat member." ujar Afzal sudah menarik sengih tak bersalah nya.

Ryle sekadar menjeling. Ini yang pantang ni kalau dia bersama dengan si Afzal. Buat salah tak nak minta maaf, terus acah-acah mengaku member. Pffft.. dasar munafik sejagat!

"Make sure, rehat lepas ni aku nak botol air itu ada atas meja ini sebagai ganti untuk botol air aku yang kau dah rembat itu." ugut Ryle dengan muka tak bersalahnya.

Afzal sekadar mencebik. Dia langsung tak rasa terugut dengan ugutan yang Ryle hamburkan. Dia bukannya kenal Ryle tu sehari dua. Lelaki bernama Huzryle Khairyl itu dikenalinya sejak darjah satu lagi. Dari si Ryle itu pendek sampailah tinggi, perangai Ryle itu memang sudah dapat dia faham.

"Yalah. Nanti aku gantilah. Kedekut." ejek Afzal lalu membelek telefon nya kembali.

Ryle langsung tak pedulikan ejekan kebudak-budakan Afzal itu. Matanya terus ralit membaca skrip untuk scene yang seterusnya. Yurp, sebagai seorang pelakon yang sudah berjaya menjulang dua buah trofi.. dia mahukan yang terbaik untuk lakonannya.

Sedang dia ralit membaca buku skrip nya, Afzal terus menggoyangkan tangan Ryle. Terus hilang tumpuan Ryle dibuatnya. Geram pun ada juga bila ada orang menyergahnya yang ketika itu sedang khusyuk membaca skrip.

"Apahal?"soal Ryle dalam marah.

"Dato' Huzaimi, pengarah terbaik itu kirim whatsapp kat aku weiyh. Dia kata, dia nak ambil kau berlakon untuk filem dia yang terbaru." beritahu Afzal sudah nada separuh teruja.

Ryle pula tayang muka tak minat. Bukan tak minat pada lakonan ataupun pengarah terbaik itu tapi buat masa sekarang dia tak minat untuk berlakon filem lagi. Dia mahu stick pada drama dulu.

"Bila itu?" soal Ryle sengaja mahu tahu.

"Bulan depan." jawab Afzal pula.

Ryle mengeluh perlahan. Terus dia menggelengkan kepala. "Aku nak tolaklah tawaran itu. Lagipun, aku rasa next month aku nak rehat kejap. Penatlah." rungut Ryle dalam lelah.

Afzal sudah berkerut dahi. Terkejut lah juga dia bila Ryle tolak tawaran untuk berlakon dalam filem Dato' Huzaimi itu. Bukannya orang tak tahu yang Dato' Huzaimi itu memang pengarah yang terbaik di Malaysia ni dan Ryle semudah itu menolak tawaran?

"Gilalah kau ni. Filem Dato' Huzaimi kot.. Takkan kau tak nak?" Afzal masih tekankan nama Dato' Huzaimi itu namun nampak gayanya, usaha kecilnya itu tak berhasil.

Ryle masih tunjuk reaksi tak minat. "Next week, aku rasa aku nak bercuti sekejap. Nak rehatkan minda." ujar Ryle sudah menarik nafas lelah.

Dahi Afzal berkerut. "Apsal kau tak beritahu aku? Kalau macam itu, aku pun nak ikut sekalilah."

"Salah satu sebab aku nak bercuti adalah, aku nak jauh dari kau." sempat Ryle menyakat Afzal.

Tergamam Afzal dibuatnya. Terus Ryle ketawa apabila melihat wajah kelat Afzal sudah terpampang. Haha..

Inilah kawan. Waktu senang tak nak ajak, waktu susah pandai pula mencari. Huh!!
...
"Assalamualaikum." ucap seseorang dari luar.

Aku yang sedang leka menonton televisyen melirik ke arah pintu yang masih diketuk dari luar. Dari punca suara pun, aku dapat tebak.. si Mina orangnya.

"Waalaikummussalam. Masuklah. Pintu tak kunci." laungku kuat lalu aku menikmati makanan ruji ku semula.

Filem inggeris yang bertayang di kaca televisyen aku tonton semula. Kelibat Mina mulai memasuki rumah. Aku dapat dengar nafas lelahnya, akhirnya Mina menghenyakkan tubuh nya di atas sofa ruang tamu. Aku di sebelah Mina sekadar mengerling aje lalu kembali menonton televisyen semula. Tak penting so tak perlu ambil tahu.

"Penatnya." rungut Mina sambil mengurut-ngurut bahunya yang sudah lenguh.

Aku di sebelah masih buat tak peduli. Filem inggeris yang bertayang sekarang ini, lebih penting.

Nasib aku baik hari ini sebab aku masuk shift pagi dan balik petang tapi si Mina berbeza pula nasibnya. Hari ini, seharian Mina bekerja di cafe. Encik Nordin tetapkan Mina untuk ambil full hari ini. Jadi, mahu tak mahu terpaksalah Mina buat kerja dari pagi sampailah ke malam.

"Aku dengar cerita, next week, kau ambil full kan?" soal Mina masih mengurut bahunya yang masih terasa lenguh.

Kali ini, kata-kata Mina itu buatkan selera makanku mati. Terus aku tepuk dahi. Macam mana pula aku boleh lupa fasal itu. Ohmai... aku tak ready lagi lah nak penat sehari suntuk!

"Haah weiyh, nasib baik kau ingat kan.Haa... malasnya!!" rungutku pula sudah buat muka kelat.

Mina tak semena-mena menghamburkan tawanya. Padan muka! Siapa suruh buat tak peduli dengan orang? Kan, dah kena batang hidung sendiri, getus Mina dalam hati.

Aku sudah buat muka geram. Tawa jahat Mina itu makin surutkan lagi semangat aku untuk kerja full minggu depan. Hello...!! Siapa aje yang nak kerja overtime? Dari pukul 7 pagi sampai 11 malam?! Gila kau?!

"Malasnya..!!" rengekku.

Tak fasal-fasal cerita inggeris yang aku tengok tadi terus rasa tak berkenan. Hm.. kacau mood betullah si Mina ni!

"Kau tabahlah. Penat weiyh, kerja full ni. Kau akan menghadap muka encik Nordin sepanjang masa. Goodluck lah, Aysara.." bukannya nak bagi kata-kata semangat malah Mina terus suntik kata minta kaki.

Aku sudah ketap bibir. Urgh!!! Bertabahlah sis..

Walaupun kerja overtime ni dapat gaji yang boleh tahan lumayan tapi erm.. buat sakit badan, buat sakit hati, buat sakit kepala tahu tak?! Huh, aku tak boleh nak mengelak!!
...

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now