BAB 55

26.4K 929 23
                                    

Kereta jenama Audi yang dipandu olehnya berhenti tepat di hadapan rumahnya. Selesai mematikan enjin kereta, satu keluhan letih dilepaskan nya. Sehari suntuk ini, dia terpaksa temankan Kuza berbelanja sakan. Bagi tebus kesalahannya itu, terpak salah dia luangkan masa rehatnya hari ini semata-mata mahu bersama dengan Kuza.

Yurp, hanya itu sahaja yang mampu buatkan Kuza terpujuk. Nak tak nak, Ryle terpaksa turuti kehendak teman wanitanya itu. Kalau dah sayang, penat macam mana pun.. Ryle akan buat juga. Kalau tak sayang, memang dia akan melentinglah.

Sudahlah semalam, sehari suntuk dia terpaksa bersengkang mata menghayati skrip dramanya. Ryle memang jenis suka buat kerja yang terbaik untuk hasilkan sesuatu yang terbaik. Selagi dia rasakan dialog dan bicaranya tidak okay, maka Ryle akan cuba sampai dia dapat capai rentak dialog yang dia mahukan.

Setelah melepaskan lelah di dalam kereta, Ryle terus keluar dari perut kereta Audinya itu. Lampu ruang tamu yang maaih terpasang membuktikan masih ada manusia yang bersengkang mata dalam rumahnya. Senyumannya melirik. Itu pastinya Aysara.

Pintu rumah dibukanya mengguna kan kunci pendua. Buka sahaja pintu rumah, Ryle terdengar suara merdu mengisi keheningan ruang dalam rumahnya. Yurp, suara merdu yang sedang mengalunkan bacaan Al-Quran itu berjaya menjentik hati Ryle untuk menghayatinya dengan lebih dalam lagi.

Perlahan-lahan, Ryle mengunci pintu rumahnya. Dengan langkah penuh berhati-hati, diaturnya langkah merapati ruang tamu yang lampunya masih terang benderanh. Makin dekat dengan ruang tamu, bunyi alunan Al-Quran itu makin jelas menyerbu gegendang telinganya.

Ryle sudah ketap bibir. Terus mata nya melirik ke arah dua orang manusia yang sedang bertelekung di ruang tamu. Kedua-duanya adalah orang yang sangat di kenalinya.

Si gadis masih sibuk membacakan Al-Quran manakala gerangan nenda nya pula hanya tersenyum mendengarkan gerangan si gadis itu membaca Al-Quran. Lama Ryle berdiam. Entah kenapa, dia menghayati bacaan Aysara yang berjaya menusuk tangkai hatinya ketika itu.

Apa dah jadi pada kau ni, Ryle?! Huh, jangan.. jangan kau terpedaya dengan taktik perempuan itu!! Wake up, Ryle!!! Jangan termakan dengan semua ni...!!

"Ehem!"deheman kecil Ryle itu berjaya buatkan bacaan aku tadi mati.

Terus mataku menoleh ke arah Ryle yang sudah menyusun langkah kemas ke arah kami berdua. Puan Sri Maimon yang bertelekung juga turut memandang ke arah Ryle.

"En-Encik Ryle dah balik?" soalku sedikit terkedu melihat gerangan Ryle ada di situ.

Entah sejak bila pula dia balik pun, aku tak tahulah.

Dia mengerling ke arahku. Lelaki itu sudah berpeluk tubuh. "Hmm.. aku dah balik. Kau ada buat hal tak sepanjang jaga nenda aku?! Kau bagi nenda aku makan tak?! Kau dah mandi kan dia?"soal Ryle sudah membuat checklist satu persatu.

Aku pandang Ryle lalu senyuman nipis aku berikan padanya. "Saya dah buat apa yang encik Ryle suruh saya buat. Lagipun, Puan Sri tak banyak ulah pun." lapor ku sepanjang apa yang terjadi hari ini.

Ryle sekadar menganggukkan kepala. Sempat matanya menoleh ke arah Puan Sri Maimon yang sedang bertelekung. Atas bawah nendanya itu diperhatikan. Risau juga dia kalau ada luka penderaan ke apa.. Sebagai langkah berjaga-jagalah katakan.

Tak ada. Hmm.. langsung tak ada cacat cela. Malah senyuman yang menghias di bibir Puan Sri Maimon cukup membuktikan yang dia dijaga sangat rapi hari ini.

"Baguslah. Hmm.. kau dah boleh balik." arah Ryle sedikit bertegas. Wajah aku langsung tak dipandang nya.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Al-Quran yang berada dalam tanganku, aku letakkan semula ke tempat nya. Setelah itu, aku menghampiri Puan Sri Maimon yang masih bertelekung. Dengan penuh lembut, aku tanggalkan telekung nya itu. Tanpa aku sedar, Ryle perhatikan saja gelagat aku itu.

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now