BAB 22

21.2K 800 6
                                    

Sudah sebulan, aku bekerja di dalam cafe milik Encik Nordin ni. Dan.. hari yang aku berharap takkan muncul, akhirnya muncul juga. Huh!!! Tak guna. Semua pekerja termasuk lah si Mina, Julia dan juga Vivian semua sakat aku. Kawan lah kononnya.

"Tahniah, Sara.. Akhirnya, tiba juga harinya." ucap Vivian sudah bersalam tangan dengan aku.

"Tak sangka, kau datang awal pagi hari ini. Harap dapat bertahan sampai ke malam." giliran Julia pula buat ayat sedih minta selipar jepun.

"Alhamdullilah, akhirnya kau merasa juga apa yang aku rasa. Jangan segan silu bekerja okay. Yang penting, duit kau masyuk lepas ni. Okay?!"

Tak guna punya member. Kata kawan sehidup semati tapi nampak gayanya mereka bertiga biarkan aku terkapai-kapai dalam frasa kata 'overtime'. Huh!! Sudahlah semalam, aku tak cukup tidur. Itulah sibuk sangat tengok drama korea tangkap leleh.

Makan hati aku dibuatnya. Seharian itu, wajahku cemberut dan tak bermaya.

Patut ke aku buat sakit macam hari itu. Konon pengsan lepas itu, masuk hospital semula? Gerenti Encik Nordin akan bagi aku kelonggaran untuk tak buat overtime. Haha.. tak fasal-fasal idea licik aku kembali.

Sedang aku leka membersihkan meja yang sudah ditinggalkan oleh pelanggan, entah kenapa aku dapat rasakan ada seseorang yang sedang tajam memandang ke arahku. Perasaanku jadi tak sedap dibuat nya.

Sempat mataku melirik ke arah sekitarku sehinggalah akhirnya, mataku bertemu mata pelanggan yang ketika itu duduk  berhadapan meja yang aku kemas. Tergamam aku dibuatnya.

Mata lelaki itu tajam menikam anak mataku. Topi berwarna hitam serta mask putih yang dipakainya itu sedikit sebanyak mengaburi aku untuk mengenal pasti identiti sebenarnya. Kerana tidak mahu terlalu ikutkan perasaan, aku terus melakukan kerjaku semula.

Aku rasakan mata lelaki itu masih tak beralih dari menatapku. Sempat juga mataku melirik ke arahku dan dengan beraninya, dia memandang wajah aku tanpa rasa gentar. Aku sudah diserbu rasa seram dan resah semacam.

Secepat mungkin aku kemaskan meja pelanggan tersebut lalu aku bawa pinggan  tersebut menuju ke dapur. Sempat aku menoleh ke belakang dan bulu roma aku terasa meremang, bila ekor matanya menuruti langkahku. Sh*t!!! Seram bhai..

Psiko ke apa mamat itu? Aku sudah mulai buat andaian buruk. Pinggan mangkuk yang aku bawa tadi, aku letak ke dalam singki. Perasaan berdebar ku masih tak menghilang malah rasa resahku makin kuat menyapa.

"Kau kenapa ni, Sara? Kau okay tak?" soal Khairul, salah seorang pekerja dapur dalam cafe ini.

Aku terus menoleh ke arah Khairul. Wajah cuakku memang tak dapat buktikan bahawa aku tidak apa-apa.

"Ada pelanggan yang asyik renung aku semacam." beritahuku tanpa berlapik.

Dahi Khairul sudah berkerut. Pekerja dapur yang ada pun turut sama mendengar apa yang aku katakan. Ada yang sudah mulai mengerumuni aku.

"Yang mana satu?" soal yang lain pula.

"Yang pakai cap hitam dengan mask putih." ujarku memberitahu secara terperinci tentang lelaki yang sudah aku anggap sebagai psiko itu.

Pekerja dapur yang lain sudah berpandangan. Khairul pula terus mengatur langkah keluar dari dapur. Matanya meliar mencari gerangan yang aku sebutkan tadi. Tak semena-mena matanya mati pada gerangan manusia yang dimaksud kan aku tadi.

"Yang itu ke?" soal Khairul sudah memuncung ke arah lelaki yang ditebaknya itu.

Aku terus mendekati Khairul. Lelaki yang Khairul tunjuk itu memang lelaki yang aku maksudkan tadi. Kelihatan lelaki itu sedang asyik membelek telefon pintarnya. Aku terus menganggukkan kepala.

"Dialah itu." beritahuku.

Julia dan Vivian yang berdiri di kaunter berjaya menangkap kelakuan aneh aku dan Khairul. Gaya memang seperti penghendap.

"Apsal korang ni?" soal Julia sudah bernada hairan.

"Ada orang spy Sara." beritahu Khairul bagi pihak aku.

Aku pula sudah laju menganggukkan kepala mengiakan kata-kata Khairul itu. Tak sah lah kalau si Julia dengan Vivian tak ambil tahu kan? Terus Julia mendekati Khairul. Matanya meliar mencari gerangan yang dimaksudkan itu.

"Yang mana satu?" soal Julia. Vivian tumpang sekaki.

"Yang pakai cap hitam dengan mask putih itu." beritahuku sambil bibirku menjuih ke arah si empunya badan.

Terus kepala Vivian dan Julia sama-sama menoleh ke arah lelaki yang aku maksudkan.

Tak berapa lama lepas itu, lelaki yang dimaksudkan itu turut menoleh ke arah kami berempat. Mungkin dia pelik ataupun risau melihat kami sudah berkumpul. Tak semena-mena , lelaki itu meninggalkan cafe dalam keadaan terburu-buru.

"Peliknya dia. Keluar macam itu aje. Sah, dia lelaki psiko." Vivian sudah buat tebakan.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Entah kenapa, rasa risau ku mulai menebal. Harap tak adalah ap- apa yang terjadi hari ini. Mohonku dalam hati.

Aku cuba sedapkan hati sendiri. Mungkin perasaan kau aje kot.. Sara.
...
"Babe, sorry.. I tak dapat nak kotakan janji I. Esok pagi I dah nak kena gerak untuk photoshoot. Sorry sayang." berkali-kali kata maaf itu dihamburkan oleh Kuza di hujung talian.

Ryle yang ketika itu sedang menikmati makan malamnya sekadar menarik senyum nipis. Ingatkan dapatlah dia meluangkan masa sehari suntuk bersama kekasih hatinya itu tapi nampaknya itu hanya angan-angan yang sekadar menjadi mimpi buatnya.

Semenjak Kuza sibuk dengan projek meganya, mereka sudah tidak sekerap dulu meluangkan masa bersama. Setiap hari ada saja kerja yang gadis itu kena buat. Sebagai seorang teman lelaki, Ryle cuba belajar untuk memahami namun kadang waktu, dia juga mahukan teman wanitanya itu ada di sisi.

"Tak apalah, sayang. I faham. I know your job is important, right?" soal Ryle cuba menyedapkan hati sendiri.

"Bunyi macam you tak suka je, Ryle. Hmm.. kalau boleh memang I nak bercuti dengan you tapi.. hmm, you fahamkan sekarang? Jadual I padat sangat." ujar Kuza di hujung talian.

Sedaya upaya dia mahu memujuk teman lelakinya itu. Tipulah kalau tak ingin meluangkan masa bersama dengan lelaki yang dicintainya itu tapi nak buat macam mana? Dia perlukan projek mega ini untuk mengembangkan lagi karier nya dalam bidang fesyen.

"It's okay. I understand. Nanti kalau you dah habis projek mega you. I nak you topup balik semua masa kita yang hilang. Boleh?" Ryle sudah menyelitkan gurau senda dalam bicaranya.

Ketawa kecil Kuza mengekek. "Fine. I akan topup balik. You jangan risau, sayang." balas Kuza sudah mengikat janji.

Ryle sekadar menarik senyum. "Hmm.. you, rehatlah. Esok you nak kena kerja kan? Take a rest, babe." ucap Ryle dalam nada sweet.

"Thanks, babe. Jangan lupa mimpi kan I, okay."Kuza sudah mengakhiri kata-katanya dengan ucapan manis.

"I always jadikan you sesuatu dalam mimpi I, babe." balas Ryle dengan nada yang tersangatlah jiwang.

Yurp, kata-kata itu cukup mencairkan hati mana-mana gadis yang mendengarnya. Tak terkecuali juga Kuza. Dia suka bila Ryle tuturkan kata cintanya. Sangat jiwang dan itu makin menyemarakkan lagi rasa cinta Kuza pada Ryle.

Selesai sahaja membuat panggilan. Satu keluhan berat Ryle lepaskan. Spaggeti seafood yang terhidang depan matanya langsung tak memancing seleranya pada malam itu. Akhirnya, Ryle hanya meletakkan sudu dan garfu ke pinggan semula.

Minumannya dihirup sedikit sebelum langkah kakinya diatur keluar dari restoran yang semakin lama semakin padat dengan pelanggan yang dahagakan resipi baru dari restoran tersebut.

Jarak restoran dan juga chalet yang ditempahnya tidaklah begitu jauh. Jadi, Ryle ambil alternatif kuno iaitu dengan berjalan kaki. Bolehlah dia menikmati suasana malam.

Menenangkan hati dan juga jiwanya.
...

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now