BAB 12

21.6K 911 26
                                    

Poster yang baru aku beli petang tadi, aku belek semula. Jelas terpapar hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong milik si jejaka hangat kononnya di pasaran itu.  Sudahlah hidung kembang, aku kutuk dalam hati. Harap tersedar ya, pihak di sana!

Di bawah poster itu, jelas terconteng nya tandatangan di situ. Hisy, kalau nak conteng pun.. tak payahlah atas poster RM57 aku ni! Gertakku dalam hati. Huh!!! Sebal betul aku rasa ketika ini. Nak aje aku lempang mamat itu guna poster ini. Biar padan dengan penangan muka sendiri!

"Nampaknya cik adik tertinggal Ryle kat sini." ayat geli yang berjaya buat telingaku tersangatlah bernanah ketika ini.

Terus aku alihkan pandangan ku memandang si Ryle itu semula. Dengan rasa tak puas hati, aku terus meluru mendekati dia. Berkali-kali tanganku cuba menyambar poster yang ada dalam tangannya itu namun tak berhasil. Setiap kali aku mahu gapai, setiap kali itu jugalah dia mengelak!

Tak guna punya, muka fake!

"Bagilah balik!!!"gertakku dengan wajah sebal. Usahaku masih berterusan untuk dapatkan poster RM 57 itu.

Sudahlah pakcik kedai itu kata, itu adalah yang terakhir untuk bulan ini. Haih, Aysha pun nak hadiah itu dalam minggu ni. Kerana sayangkan adiknaku yang memang satu itu, terpaksa aku turutkan kehendaknya. Haih, untung siapa dapat aku sebagai kakak. Uhuks!

"Nope. Kau bayar duit aku balik." ujar nya masih berjaya meloloskan poster itu daripada jatuh ke dalam tangan ku.

Akhirnya aku mengalah. Aku matikan tindakan ku itu. Wajahnya aku pandang marah. Entah kenapa, aku rasa sekarang ini aku tersangatlah bodoh nya kerana telah berjaya dimainkan oleh seorang lelaki yang bergelar selebriti. Huh?!

Tak guna..

"Please, bagi semula poster itu. Dah lah itu yang terakhir." ujarku sudah terselit nada rayuan.

Kali ini Ryle tersenyum sinis. "Kau nak sangat poster ni kenapa? Betullah, kau ni peminat fanatik aku kan?" dia buat tebakan tak bermoral. Yurp, tak bermoral.

Bagi aku sebab kenapa aku perlu jadi peminat fanatik dia? Apa kelebihan dia? Pfft.. buang masa minat manusia tak menguntungkan aku ni.

"Sorry, okey. Tak ada masa nak minat artis-artis ni." bongkakku sudah berpeluk tubuh.

Tawa Ryle tak semena-mena meletus. Poster dalam tangannya ditayangkan pada aku. Mataku pula sudah meliar memandang poater tersebut. Kepalaku ralit memikirkan idea untuk dapatkan poster itu kembali.

"Then, this??" soalnya.

Aku ketap bibir. Akhirnya, muka menyampah aku tayangkan. Biar dia nampak aku ni sebenarnya haters abadi dia.

"Untuk adik saya." ujarku dalam nada acuh tak acuh.

Kali ini, Ryle menarik senyum. Sekali lagi, poster yang bergulung itu dibelek nya semula. Terus dia mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Aku yang turut sama memandang tangan nya terus fokus pada apa yang dia mahu keluarkan.

Dahiku berkerut. Sebatang pen?

Aku alihkan mataku memandang wajahnya. "Heiyh, awak nak buat apa hah?!"

"Cuma hadiah kecil daripada aku." ujar Ryle lalu terus mencontengkan sesuatu atas kertas itu.

Cis, kalau poster ini guna duit dia.. tak apalah juga. Aku sudah mendengus geram. Ada tak pemadam pen yang berkesan untuk buang contengan itu tanpa mencacat cela kan poster yang sudah sedia buruk itu?

'Kakak awak hutang saya satu cappucino-latte. Please ingatkan dia selalu. Okay?

Love, Ryle ♡'

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now