BAB 38

25.5K 910 6
                                    

Beberapa kali nombor telefon itu dihubunginya namun masih tiada jawapan. Semua panggilannya masuk peti suara. Akhirnya satu dengusan kecil, Kuza lepaskan. Telefon pintar jenama iPhone 6s nya dilontarkan ke sebelah. Sebal betul hatinya bila Ryle langsung tak menjawab panggilannya.

Selalunya, setiap malam Ryle akan hubunginya. Tanya khabarnya, bersembang dengannya dan kalau boleh bermanja geli-geli dengannya tapi hari ini, mesej dan panggilan daripada Ryle langsung dia tak dapat. Ke mana pula Ryle pergi ni?!

Takkanlah dah tidur kot? Seingat nya Ryle bukan jenis tidur awal. Selagi belum pukul 3 pagi, lelaki itu pasti akan terjaga. Kalau tak tengok movie mesti layan game. Hmm.. jadi, alasan tidur memang tak boleh diterima pakai. Kuza sudah mulai berfikir lebih ekstrim lagi.

Ke.. Ryle sedang berfoya dengan perempuan Sydney kat sana? Kuza sudah buat andaian buruk. Yurp, itu adalah kemungkinan yang agak bernas buat masa sekarang ini. Tapi.. hmm, takkanlah Ryle sanggup duakan dia? Bukan lelaki itu mengaku dia cintakan Kuza ke.. kalau dah cinta mungkin ke lelaki bernama Ryle itu sanggup duakan dia?

Akhirnya Kuza mendengus kecil. Kerana rasa geram yang amat, Kuza terus hilang selera mahu menonton E-news yang selalu menjadi favourite nya sepanjang masa. Dengan menonton e-news, Kuza belajar cara untuk catwalk lebih baik. Mungkin kerana sikapnya itu lah, sekarang Kuza sudah mulai terlibat dalam pasaran antarabangsa. Kejayaan yang membanggakan untuknya.

Satu persatu rancangan televisyen ditukarnya sebelum akhirnya, Kuza menutup terus televisyen. Entah kenapa, hatinya jadi tak sedap.

Dia dapat rasakan ada benda buruk yang terjadi pada Ryle. Kalau betul Ryle dua kan dia, macam mana? Kuza tak sanggup lagi kehilangan buat kali kedua. Cukuplah pengalaman ditipu oleh Ilham itu, dia tak mahu disakiti buat kali kedua lagi.

Perlahan-lahan, Kuza mengatur langkah keluar dari bilik hotelnya. Memandangkan esok dia akan memperagakan jenama gaun perkahwinan tempatan, jadi dia terpaksa duduk di hotel yang terletak tidak jauh dari Ipoh. Suasana yang sedikit jauh dari bandar, buatkan fikiran Kuza yang tadinya serabut beransur tenang sedikitt demi sedikit.

Udara pada malam itu memang benar-benar menyegarkan dan mampu buatkan sesiapa sahaja yang menghirupnya berasa tenang. Kerana terlalu leka menikmati suasana malam itu, Kuza langsung tak sedar kehadiran seseorang.yang sedang berlari ke arahnya.

"Auch!!" Kuza sudah mengaduh sakit apabila bahunya berlaga dengan bahu sasa milik seseorang.

Nasib baik dia tidak jatuh menyembah bumi, kalau tidak.. buat malu air mukanya sahaja. Sebagai seorang model yang bakal menempah nama di antarabangsa, Kuza tak boleh rosakkan air muka nya sendiri.

"Maaf cik, say tak sengaja." ucap suara garau itu dalam nada bersalah.

Kuza yang masih mengurut bahunya yang masih sakit terus mengalihkan pandangannya ke arah sosok tubuh yang melanggarnya sebentar tadi. Baru sahaja dia mahu memarahi lelaki itu, namun.. tak semena-mena dia tergamam.

Lelaki di hadapannya juga turut terkedu apabila melihat wajah Kuza depan matanya.

"K-Kuza?"

"I-Ilham?!"
...
Cahaya mentari yang menerobos melalui jendela yang terbuka luas sedikit sebanyak mengganggu lena ku. Terus aku menguap letih sambil aku meregangkan badanku di bawah selimut.

Aku pusingkan tubuhku ke belakang dan perlahan-lahan mataku aku buka. Beberapa kali aku cuba menjelaskan pandanganku sehingga akhirnya pandangan yang tadi kabur berubah cerah.

Dahiku sudah berkerut apabila merasakan tiada sesiapa dalam bilik ku. Hanya aku bersendirian. Tiada kelibat Ryle di situ. Terus aku terjaga daripada baringku.

Untuk kali yang terakhir, mataku melirik mencari kelibat lelaki itu di celah-celah tersembunyi. Manalah tahu dia sengaja main sembunyi-sembunyi dalam hotel ini?! Well, orang tua ni kadang tak matang juga. Bila perangai budak-budak dia datang, mulalah perangai mengada nya itu menerjah.

Akhirnya, satu keluhan lemah aku lepaskan. Mungkin dia dah masuk bilik dia semula kot? Aku sudah buat tebakan penyedap perasaan. Kerana tidak mahu berlengah, aku terus menuju ke bilik air untuk membersih kan diri.

Hari ini adalah penggambaran untuk kali kedua sekaligus yang terakhir. Memandangkan ianya adalah percutian tiga hari dua malam jadi nak tak nak terpaksalah aku untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Sydney. Aku harap suatu hari nanti, aku dapat pergi ke Sydney semula. Aamiin!!

Tepat pada pukul 8 pagi, kami semua diarah berkumpul seperti yang dirancangkan seperti semalam. Masuk sahaja ke dalam dewan makan, kelibat Ryle yang sedang menikmati sarapan paginya itu aku pandang. Kelihatan dia sedang bersembang sakan dengan kru penggambaran yang lain.

Aku sudah tarik nafas dalam. Kejadian malam semalam masih segar dalam ingatan aku. Seganlah pula kalau duduk sebelah dia. Hmm.. aku sudah berkira.

"Kenapa berdiri kat sini lagi, Sara? Awak tak lapar ke?" soal Syukri yang menyapa ku dari arah belakang.

Terkejut aku dibuatnya. Terus aku mengalihkan pandangan ku ke arah Syukri yang kini sudah berdiri bersebelahanku. Sempat aku melirik pandangan ku ke arah meja di mana Ryle dan para kru yang lain duduk bersembang sakan sebentar tadi. Mereka juga turut sama memandang ke arahku.

"Erm..lapar. Er.. sa-saya nak makan lah ni." ujarku sudah mengatur langkah menuju ke arah meja makan di mana sarapan pagi disediakan.

Setelah itu, aku mengambil tempat bersebelahan Ryle yang ketika itu sedang sibuk dengan telefon pintar nya. Aku aje yang terlebih over resah semacam. Dia pula.. buat gaya macam tak ada apa-apa yang terjadi antara aku dengan dia.

"Kenapa Sara nampak awkward sangat ni? Sara okey tak ni? Boleh shoot?" soal Syukri dalam nada risau.

Terus aku tarik sengih paksa. "Er.. okay. Saya okay. Saya dah sembuh pun. Hmm.. awak jangan risau." ujar ku.

"Lain kali kalau tak boleh itu cakap, jangan diam aje. Kau tahu tak kau menyusahkan orang lain kalau kau berdiam aje?" kata-kata Ryle buat aku tergamam. Jelas tegas nya di situ.

Aku sudah beralih memandang ke arahnya. Terkedu aku dibuatnya. Semalam mulut bukan main manis lagi tapi hari ini dengan mudah nya mulut longkangnya menyapa?

"Saya dah bagitahu yang saya memang taknak naik kan? Awak yang nak sangat naik.. lepas itu awak nak salahkan saya?" soalku sudah membela diri.

Ryle mengerling aku sejenak. Mata kami bertaut untuk seketika sebelum akhirnya Ryle larikan pandangannya ke tempat lain. Satu dengusan kecil dia lepaskan.

"Aku tak suka kalau orang timbulkan masalah waktu aku bekerja. Kalau tak boleh, cakap tak boleh. Jangan nak susahkan orang lain pula." hambur Ryle sebelum berlalu pergi meninggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga.

Apakah? Kenapa cepat sangat dia berubah?!
...
Beberapa kali nombor telefon Kuza dihubunginya namun masih tiada jawapan daripada pihak sana. Akhir nya, Ryle mengalah. Dengan perasaan bersalah, punggungnya dilabuhkan di atas kerusi yang disediakan berhadapan dengan kolam renang.

Semalam, masuk sahaja ke dalam bilik.. dia terus periksa telefon pintar nya. Bukan main terkejut lagi Ryle bila melihat 30 panggilan daripada nombor telefon perempuan kesayangannya itu. Rasa bersalah mulai menyerbu tangkai hati Ryle.

Wajahnya sudah diraup kesal. Kalau lah dia tak care pasal Aysara semalam, mungkin dia takkan terjebak dalam masalah sekarang ini. Entah kenapa, malam semalam dia rasa bodoh sangat. Urghh!!! Apa yang dia buat semalam memang luar kawalannya.

Ryle sudah ketap bibir. Masih jelas satu persatu kejadian yang terjadi malam tadi terpapar jelas dalam layar ingatannya. Sentuhan,kucupan dan juga belaian yang menyinggah. Eyle mendengus geram.

Dia memang tak waras semalam. Kenapa mudah sangat dia tergoda?
...


Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now