Patung Tidak Bernyawa

Start from the beginning
                                    

Selepas mereka berpisah, tidak pernah dia mengambil tahu lagi tentang Rheya walaupun Ammar adalah teman lelaki Shita yang merupakan kawan baik Rheya. 

Ada tidak ada, dia tahu Rheya melanjutkan pelajarannya ke luar negara itu pun dari mak yang terjumpa dengan mama Rheya di persatuan apa entah, lama dahulu dan saling bertukar cerita mengenai anak-anak. Selain dari itu, Radit tidak lagi mempedulikan hal Rheya. Radit tenggelam dalam dunia keseronokannya sendiri. 

Sehinggalah hari hutangnya dituntut oleh Ray. Dunianya sudah hilang keseronokan. Radit mula mengatur rancangan untuk mendekati Rheya. Hutang adalah hutang!

Radit tertidur. Rheya turut menjengah mimpinya.

*******************

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*******************

Tangannya menyapu air mata yang mengalir di pipi. Lengannya diletakkan pula di atas dahi. Hidupnya sudah musnah gara-gara lelaki itu. Dendamnya bernanah. Dua kali Radit memusnahkan segala-gala yang dibinanya. Tambah parah mama dan papa turut sama memainkan peranan. 

Dan kata-kata Rheya tidak diendahkan. Dan lelaki tak guna itu langsung menghilangkan diri tanpa menjelaskan kepada Rheya apa yang dilakukannya itu, benar-benar tak masuk akal!

Telefonnya berbunyi. Rheya meromok di dalam selimutnya. Tidak mahu mengambil tahu siapa yang menelefonnya. Telefonnya berbunyi lagi. Kali ini Rheya mematikan telefonnya lalu dihumban ke tepi. Tubuhnya kembali dibaringkan dan bantal diletakkan di atas muka.

"Ya Allah! Rheya, apa kau buat ni?"suara Shita mengejutkannya. Rheya pantas bangun. Shita sedang berdiri di muka pintu kamarnya.

"Apa kau buat di sini? Macam mana kau masuk?"tanya Rheya. Pandangannya berbalam-balam kesan air mata.

"Kan kau bagi aku kunci hari tu. Lupa? Aku call kau kenapa tak angkat?"soal Shita.

Rheya tidak membalas. Malah kembali ke dalam selimutnya. Dia bencikan semuanya! Dia bencikan Radit!!

"Aku ok."Jawab Rheya tanpa disoal.

"Dia dah call kau tak?"Shita merujuk kepada Radit.

"Nope!"redam Rheya dari bawah selimut. Sebal.

"Ray call aku mintak sampaikan pesan kat kau yang malam ni dia nak ajak kau dinner."Ujar Shita lagi.

"Baru teringat aku wujud ke apa?"rengus Rheya lagi. Entah kenapa Ray tidak menghubunginya sejak dua hari lalu.

"Dah la. Esok kau kerja kan? On la handphone kau, semua orang risau la. Mama papa pun sama jugak. Nasib baik ada aku ni, hah."Shita melihat Rheya bangun. Wajahnya kemarahan. "Kau nak ke mana?"

"Minum."Jawabnya sepatah hendak menuju ke dapur. Sudah penat bersedih bukan ada yang menolong!

Ting tong.

Rheya berjalan ke tepi pintu utama dan melihat ke arah kamera keselamatan lalu memberi kebenaran kepada pengawal untuk membenarkan Ammar masuk. "Hah, ini pakwe kau dah datang. Korang rancang nak dating kat sini ke?"perli Rheya mencapai instant shawl dan menyarungnya ke kepala.

"Yalah." Jawab Shita. Beberapa minit kemudian Ammar sudah menyertai mereka.

"You janganlah marah-marah I, I tak tau pun."Ammar mempertahankan diri apabila Rheya menyerangnya dengan pelbagai soalan. Pada hari Shita membuka kisah mengejutkan ini, terus Ammar bertanya terus kepada Radit. "Kau dah gila ke?"tanya Ammar kepada Radit.

"Ya, aku gilakan Rheya."Jawab mamat itu tanpa rasa bersalah.

"Kawan you tu sakit otak! You better bawa dia pergi check dekat doktor pakar sakit jiwa."Rengus Rheya masih belum puas. Oh, dia hanya akan puas apabila dapat mengganyang Radit sepuas hati.

"I pun hairan. Dia tak pernah sebut pasal you pun."Ammar sudah tidak tahu hendak berkata apa-apa lagi mengenai hal Radit.

Rheya menarik nafasnya dalam-dalam. Tak baik dia marahkan Ammar mahupun Shita. Mereka tidak bersalah. "Sorry Ammar."

"It's okay." Ujar Ammar. Faham, jika dia di situasi Rheya pasti dia juga akan bertindak begitu, mungkin lebih teruk.

Rheya bangun ke biliknya tiba-tiba, mengejutkan Shita dan Ammar. "Ammar! I nak nombor Radit." Laungnya. Dia hendak mengambil telefonnya di bilik. Rasanya dia perlu berdepan sendiri dengan masalah yang bukan dicarinya. Kalau Radit hendak berlagak pengecut, itu bukan hal Rheya!

******************************

" Apa I nak buat Ray?" Rheya merenung wajah di hadapannya sedih. Dia langsung hilang selera. Jus di hadapannya hanya suku disedut. Ray menongkat dagu turut merenungnya, lunak.

"I love you so much, Rheya. Tapi untuk I katakan pada you untuk jangan ikut kata mama dan papa you, itu bukan I. Mama dan papa tau apa yang paling baik untuk anak dorang. You anak kesayangan, Rheya." Ujar Ray.

"Tapi kenapa perlu pisahkan kita? I ikut semua cakap dorang selama ni. Tapi kali ni, I takkan buat macam tu lagi! That's final!" tegas Rheya melingkarkan tangan ke tubuhnya. Air matanya diseka kasar. Dia sudah penat menangis.

" Sayang, dengar cakap I, mungkin Radit tu dorang tengok lebih baik dari I. you belum kenal dia lagi kan?"

"Ray, dia tu ex boyfriend I! I putus dengan dia sebab dia curang dengan I. Part mana yang semua orang tak boleh faham yang I lebih kenal perangai Radit, huh? Dia tu jahat, Ray. Jomlah Ray, jumpa mama dan papa I." Rheya merayu. Luluh hati Ray. Ingin sahaja dia membongkarkan rahsianya dan tiada sangsi Rheya akan berada di sisinya hingga akhir nafas. Tetapi itu hanya menjadikan Ray seorang yang mementingkan diri!

"Rheya, I dah jumpa papa you beberapa hari lepas. Keputusan dia muktamad." Memang ada dia bertemu dengan Azman beberapa hari lalu, cuma untuk meminta bapa Rheya supaya segera mengaturkan hal perminangan.

Rheya terpempam. "What? Bila? Kenapa tak beritahu I, boleh I pujuk dia sama?"

"Dengar cakap I, sayang. Orang tua-tua ni kadang kita tak tau fikiran dorang. Mungkin apa yang ada pada I tak cukup untuk anak kesayangannya. I tahu pilihan mak dan ayah ni elok untuk anak-anak. Restu mak ayah ni penting."

"You cakap langsung tak nampakkan you bersungguh dengan I." tuduh Rheya.

"Kalaulah I dapat buat apa aje untuk memiliki you sebagai teman hidup I, I akan buat, Rheya. Tapi mama papa you tak restu kita. How can I do such a thing, sweetheart?" suara Ray lembut memujuk.

"I takkan bahagia tanpa you, Ray." Rheya menangis lagi. Ray lekas mencapai tisu dan mengelap wajah Rheya.

"Kebahagiaan akan selalu ada untuk you. Dengan siapa pun, I tetap doakan untuk you sampai I mati. Mungkin you rasa begini sebab you belum cukup mengenali Radit tu. Time can change people drastically, right? You are my living proof, baby. You boleh berubah, mungkin Radit juga begitu? Berilah peluang pada dia. Turutkan kata mama dan papa you, Rheya. Redha Allah SWT itu ada dalam redha mama dan papa you." Lembut sekali Ray menasihati teman wanitanya.

Rheya hanya diam. Kenapa semua ini harus berlaku? Dia dipaksa membuat satu perkara yang mustahil.

"Mak dan ayah takkan sesekali menyakiti anaknya. Tambah anak kesayangan macam you ni. Rheya, terima semua ni dengan hati yang terbuka, hmm? For my sake?" pujuk Ray lagi. Dia merenung sahaja gadis di hadapannya itu. Rheya tidak menggeleng ataupun mengangguk. Ray tahu separuh hati Rheya telah merelakan perkara ini kerana Rheya tidak akan sesekali membantah cakap orang tuanya walau apa pun yang terjadi. 'Maafkan I sayang...'seru hati Ray.

"Dan I akan mati perlahan-lahan. Itu yang you nak? Perasaan mana boleh dipaksa, Ray. Salah I kat mana ya? I tak faham kenapa."

"Everything will be okay. Trust me."

"I berdoa moga I ada kekuatan macam you." Balas Rheya. Hatinya berduka. Cintanya pada Ray takkan lupus begitu mudah. 'Oh, Radit will pay for everything!' hatinya berlumur dendam.

To be continued

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now