Tokwan nak pegang Adam tapi Adam peluk erat leher babanya taknak sambil menangis memuncungkan bibir. "Ouh ouh dia tak nak." Tokwan mengalah. Mereka semua masuk ke dalam rumah bila Hadif perli luar tu panas.

"Hariz dah ada keluarga kena pakai satu bilik. Pakai bilik Mimi jelah." ujar Tokwan. Hariz mengangguk. Hariz dan Alya masuk ke dalam bilik Maksu yang dulu. Walaupun maksu bukan sebahagian dari keluarga Encik Abu, tapi dia ikut beraya di sini bersama kerana Puan Mariam dan Maksu anak yatim piatu. Jadi why not raya sama-sama kan. Dulu tak kahwin, sekarang maksu raya dekat rumah mak mentua lah.

"Awak tunggu sini jap. Saya ambik beg dekat kereta." Kata Hariz selepas membaringkan Adam di katil Maksu. Alya mengangguk. Hariz kembali tutup pintu. Dia berjalan keluar kereta. Terserempak dengan Hadif yang merungut kena angkat beg kakak dan umminya.

"Angkat jelah. Aduh kau ni." Hariz menyampah dengar adik dia membebel macam perempuan. Dahlah style hip hop habis dengan headphone di leher, cap senget di kepala. Baju labuh sampai paras peha. Seluar koyak besar nampak peha. Kasut sneakers Nike Rosherun. Hip hoplah. Cap tu yang paling win kemain senget dekat kepala.

"Riz! Aku rasa wan happy tu dapat menantu. Aku dengar dia nak buat kuih petang ni. Nak bagi Alya dengan Adam lah tu. Selamat aku tak payah lagi kena mengadap air manis yang kaki aku boleh kena potong lagi sebulan." cerita Hadif membuatkan Hariz tergelak. Hariz menolak kepala Hadif.

"Bodoh kau Dif kutuk dia. Nanti tak menyempat kau minta maaf habislah kau." Hariz gelakkan Hadif. Muncul perasaan bersalah dalam diri Hadif.

"Takpelah! Aku minum jelah air milo potong kaki tokwan tu. Aku redha kalau Allah takdirkan aku kudung di usia muda." Hadif buat suara sedih. Hariz gelak je dengan perangai kebodohan adiknya sebijik macam perangai Mirul. Buduh tu tunjuk sangat.

"Dahlah banyak bunyi lah kau. Angkat beg. Aku nak masuk dalam dulu." Hariz menolak satu buggage yang terisi pakaiannya dan Alya serta beg di tangannya iaitu beg Adam.

Hariz masuk ke dalam bilik...

Hariz masuk ke dalam bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lahai comelnya!

Adam sedang bersandar pada Alya yang baring di belakangnya. Hariz tolak beg buggage-nya dan beg Adam ke tepi. Dia terus menghenjut ke katil. Terhenjut Adam yang tengah duduk jatuh kepala tertumus ke bawah. (betul-betul gempak dia lompat ke katil)

"Awak!" Alya terkejut. Dia segera bangunkan dan betulkan Adam. Adam sudah menangis mungkin kerana tengkuknya sakit. Alya mengangkat Adam dari katil. Dia memujuk Adam dengan menepuk belakang Adam. Alya pandang Hariz tajam.

"matang sikit lah awak. Tengkuk anak tu." marah Alya lembut. Dah sudah dia pulak kena, baru nak manja dah kena marah. "mana saya nak perasan jadi macam tu." balas Hariz pandang Alya. Adam menangis mulutnya dimuncungkan. Kesian Adam tersedu-sedu dia nangis. Hariz bangun dari katil.

"Meh sini Adam dekat baba jom." Hariz nak angkat Adam. Tangan sudah pun dihulur. Alya tak bagi. Dia peluk Adam erat.

"Awak nak smackdown anak pulak ke?" Alya menjeling Hariz. Dia masih lagi memujuk Adam yang tangisannya semakin sayup. "Ya Allah. Awak ni kenapa. Meh sini lah saya pujuk. Nak smackdown ape benda lah." Hariz tak boleh kalah. Lagipun dia bukannya sengaja pun nak tumuskan kepala Adam. Memang dia tak sengaja tapi Alya marah dia seumpama dia sengaja. Ini nak marah ni!

"Jom Adam. Kita pergi dapur tinggalkan baba ni. Tak matang betul." bebel Alya keluar dari bilik. Hariz mengeluh sambil menggaru kepalanya. Alya masuk ke dalam kembali. Hariz pandang Alya.

"Tolong ambik botol Adam. Saya tak boleh ambil." kasar je suara Alya suruh. Tengah marah tu. Hariz tersenyum. Dia mencapai botol susu Adam di dalam beg dan keluarkan susu Adam sekali.

"Sekarang baru tahu betapa pentingnya saya." Hariz berlagak. Dia membawa botol dan susu Adam sementara Alya pegang Adam. Mereka berdua ke dapur.

Kelihatan Tokwan sedang masak di dapur bersama Kaklong dan Puan Mariam. "Tokwan nak masak ke?" soal Alya bersalah bila dia tak datang menolong.

"Haah. Nak buat kuih sekali. Sengaja nak suruh Alya rasa kuih kebesaran Tapah ni." kata Tokwan. "Mak ayah Alya orang apa?"

Hariz pandang Alya. Pastinya Alya tak tahu kampung dia dekat mana. Mak bapak meninggal dari dia kecil.

"Alya takde kampung tokwan." jawab Alya professional sikit pun dia tak terasa kerana itu yang dia hadapi dari dulu bila harus beraya bersama papanya yang takde kampung sehingga sampai umur dia yang sekarang.

"Mak ayah Alya tak pernah balik kampung?" tanya Tokwan. "Wan. Air panas mana?" Soal Hariz mencelah.

"tak." pendek saja jawapan Alya. Tokwan menunjukkan ke arah hadapan Hariz yang buat-buat tak nampak. Hariz membancuhkan susu untuk Adam tanpa disuruh.

"Kenapa Adam nangis?" soal Puan Mariam lihat bekas airmata Adam. Adam sedang kemam jarinya.

"Jatuh tadi. Nasib atas katil juga." jawab Alya sempat jeling Hariz. Hariz selesai buatkan susu Adam. "jatuh sebab?" Kaklong cemas.

"Ada raksasa henjutkan katil." Alya perli Hariz. Hariz tak layan semestinya malas nak layan. Kaklong dan Puan Mariam seperti sudah dapat teka Hariz penyebab Adam nangis.

"Jom susu. Jom susu!" Hariz menunjukkan botol susu pada Adam. Mungkin muka Hariz yang buruk dibuat-buat itu menambahkan senyuman Adam yang takde gigi.

"Nah awak layan Adam. Saya nak tolong tokwan masak." kata Alya menghulurkan Adam pada Hariz. Hariz mengangkat Adam terus nak cium Adam.

"eh tak payah Alya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"eh tak payah Alya. Alya jaga je Adam. Biar kerja ni kami buat." kata Tokwan.

"Jaga Adam dari raksasa Alya." perli Kaklong.

Alya dengan Hariz boleh hantuk kepala. Masing-masing degil. Ditegah tak payah nak juga tolong suka hati lah.

Hariz mengangkat Adam lalu dibawa ke ruang tamu. Hadif sedang bermain PSP.

"Ahh yeahh yeahh. Yes.!" jerit Hadif gembira. Dia nampak Adam sedang menyusu.

"Dam! Paksu nak sikit!" Hadif membuka mulutnya nak suruh Adam hulurkan. Adam tak layan. Dia masih meneguk susunya.

*anotherupdate

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*anotherupdate

*Sejak Hariz dah baik dengan Alya ni, awak saya je.

*Dont forget to leave your comment and vote below!

*Keep Supporting Kerana Adam Iskandar.

Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now