"Sial!" Azrul menyepak kerusi kedai makan tersebut. "bulan depan. Mana nak dapat duit. Mesti banyak tu. Sial!" sumpah Azrul lagi. Aiman dan Mirul membisu barangkali berfikir.

"Aku tak kira, aku nak jumpa Shah tu. Mamat sialan." baran Azrul dah keluar.

****

Alya terjaga sebaik kesan henjutan katil. Dia melihat jam di handphonenya.

2:58 pagi

Alya berjalan ke arah Hariz yang terus tidur. Tak mandi pun lagi. Alya melutut di hadapan katil Hariz. Tangan bengkak kecut Hariz terkulai.

"Kesian awak." Alya mengurut tangan kecut Hariz barangkali akibat pinggan mangkuk yang banyak dan perlu dibasuh sehingga bengkak kecut tangan Hariz.

"Arghh..Arggh..Sakit." Hariz dalam mamainya mengerang sakit. Alya melihat ke tapak tangan Hariz. Ada kesan luka koyak sepanjang 3 cm. Tangan bengkak kecut mudah sekali luka. Alya hampir menitiskan airmatanya.

Alya segera mencapai plaster dari dompetnya dan diletakkan di tangan Hariz. Hariz masih lena kepenatan. Disebabkan penat, Hariz tidur berdengkur.

Sebelum kembali lena, Alya menyedut hingusnya. Besar pengorbanan Hariz.

He's my hero. He's my everything. Ya Allah semoga kami sentiasa dalam perlindunganmu. Hariz dan Adam dunia akhirat aku.

***

"Morning Awak!" Alya mengejutkan Hariz. Hariz mamai dia tidak endahkan Alya.

"Awak! Bangunlah." Alya terus-terusan menggerakkan badan Hariz. Bukan dia tak bagi Hariz tidur sepuas-puasnya. Dia bagi sampai pukul 12 tengahari kot. Nasib cuti hari sabtu dan ahad. Ada masa dua hari lah mereka berehat.

"Jangan kacau aku lah. Aku nak tidur. penat!" tengking Hariz hilang terus moodnya bila orang kacau tidur lenanya. Same goes to his son. Pasti melalak kalau Alya kejutkan pagi-pagi. Like father like son.

Terkesima bila ditengking, Alya segera keluar dari bilik dan sengaja pulak dia "suka hati awaklah. Tidur lah sampai perut tu buncit banyak penyakit sebab hobi awak TIDUR." sengaja tidur tu ditekankan. Biar padan muka Hariz.

Alya keluar ke ruang tamu. Dia terpandang Adam sedang.....

 Dia terpandang Adam sedang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Ya Allah Adam." Alya terkejut. Alya segera angkat Adam. Dia membawa Adam masuk ke bilik air.

"Adam ni nakal tau." marah Alya lembut. Menjadi satu lagi masalah bila Adam terpaksa mandi dua kali.

"Baba Adam tu tak habis-habis nak tidur je. Langsung tak kisah pasal kita. Yang dia tahu tidur pergi kerja lepastu makan tidur." bebel Alya bengang dengan sifat Hariz yang suka tidur.

Usai mandikan Adam yang dari tadi dengan dunia dan tak menghiraukan omelan ibunya langsung.

"Apa yang kau bebel tu?" tegur Hariz rambut kusut masai, tak berbaju. Alya terkejut dia berhenti lalu pandang Hariz wajah terkejut sebelum berubah pandangan yang lebih marah.

"Kenapa tuanku tak tidur saja. Patik belum masak lagi. Tuanku tidurlah sampai pukul berapa pun patik tak kisah." perli Alya. Hariz mengangkat dahinya sebelum tergelak besar.

"Terima kasih dayang. Beta nak tidur balik. Tolong jangan kacau beta. Beta murka" balas Hariz melayan. Alya menjeling Hariz. Adam yang dibalut tuala sedang diangkat ibunya membuat suara sambil mengisap tangannya.

"Adam jangan jadi macam baba. Tidur je kerja." Alya berbisik pada Adam tapi Hariz dengar. Hariz gelak sambil mengikuti Alya ke bilik.

"Penatnya. Beta nak tidur." Hariz baring kembali di katil menghenjut. Adam yang didudukkan atas katil menoleh ke arah babanya. Dia merangkak ke arah Hariz sementara Alya mencari baju Adam di almari Adam.

"Jom Adam tidur dengan baba. Biarkan ibu penat buat kerja rumah." sengaja Hariz sakitkan hati Alya. Dia peluk tubuh Adam yang sudah jauh dari tualanya. Dia memeluk Adam erat. "Bestnya tidur." tambah Hariz.

Alya segera menepis tangan Hariz. Adam diangkat dan menjauh dari babanya. "Jangan ikut perangai baba ni." Omel Alya lagi. Hariz menggelengkan kepalanya.

Dia bangun dari katil terus mencapai tualanya. "apa-apa lah sayang." Sekali lagi medulla oblongata Hariz mengenakan dirinya. Hariz berlari keluar dari bilik. Terasa malu. Egonya sudah dikoyak oleh Alya sejak akhir-akhir ini.

Muka Alya dari bengis terus tersenyum kerang busuk. Tak jadi marah dah bila Hariz keluar panggilan sayang.

*anotherupdate

*comellah tht photo. i cant move on.

Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now