"beratnya beg kau. Bawa batu ke apa?" komen Hariz berkerut dahi.

Alya membonceng motor Hariz lekas Hariz pecut motornya pergi.

"mana princess tu?" Shah meninjau ke luar gate sekolah. Kelibat Alya takde.

Dia menyorok ke? Tak nak aku hantar dia? Takpe takpe. Aku pakai trick lain. Tunggu lah princess ye.. Shah bermonolog.

Memandangkan sekarang waktu Lunch. Hariz ada masa lebih kurang sejam saja untuk lunch. Bila dah sampai rumah Puan Mariam. Hariz dan Alya sempat makan tengahari di rumah Puan Mariam

"macam mana sekolah ok?" tanya Puan Mariam meletakkan jag air di hadapan mereka berdua. Alya telan nasi dulu baru jawab " ok." jawab Alya excited. Hariz pandang Alya semacam.

semacam happy je ni. Entah-entah dapat jumpa Mr.Bean capang tu bisik hati Hariz.

Selesai makan, Hariz jalan ke ruang tamu untuk bermain dengan Adam sementara sedang Alya mengemas makanan saki baki mereka berdua makan tadi.

"Nah." Puan Mariam menghulurkan 6 keping not biru kepada Alya secara sorok-sorok. Alya terkejut dia pun pandang duit tu.

"apa ni mi?"

"ni duit beli buku dengan hal sekolah Alya. Ummi tahu banyak benda kena bayar. Jadi Ummi bagilah sikit ni." Puan Mariam perjelas. "Ummi kesian tengok Hariz tu." tambah Puan Mariam lagi.

Alya mengangguk faham. Berat hatinya untuk terima duit itu sebab takut kena marah dengan Hariz dan prinsipnya TAK MAHU MENYUSAHKAN SESIAPA. Tapi disebabkan nak jaga hati Ummi, Alya terima duit itu terus dimasukkan ke dalam poket baju kurungnya dan mereka sambung kemas dan basuh pinggan.

Hariz dan Alya meminta diri untuk pulang memandangkan waktu Lunch Hariz hampir habis. Jadi mereka pun beredar dari rumah Puan Mariam. Tiba saja di rumah mereka, Hariz drop-kan Alya di depan kedai saja.

"Kalau kau nak masak, Ikan aku dah beli dalam peti sejuk pagi tadi. Masak je lah apa-apa. Jaga rumah." Kata Hariz lagi. Alya mengangguk. Dia menyalam Hariz dan Hariz mencium pipi Adam.

"Superman Adam. Baba nak pergi kerja tau." Hariz mencium dahi Adam pula sebelum motornya berlalu pergi. Sempat Alya mengangkat tangan Adam untuk melambai pada babanya.

"Bye Baba."

Alya mendaki anak tangga perlahan. Beban di badannya begitu banyak antaranya ialah, Beg sekolah terisi buku teks baru ambil tadi, Beg Adam yang terisi bermacam-macam kelengkapan, Muhammad Adam Iskandar lagi. Tangannya meraba poket baju kurungnya mengeluarkan kunci rumah lalu dia pun masuk ke dalam rumah. Beg Adam diletakkan di atas sofa dan Alya meletakkan Beg sekolahnya di dalam bilik. dan akhirnya Adam diletakkan berbaring di atas katil. Adam tak puas hati dia pun merangkak. Dia mencapai charger Hariz yang diletakkan di sisi katil.

"No! No! Baba will mad at you if keep touching his stuff. No. No." kata Alya menggeleng kepala di hadapan Adam dengan muka marah. Dia menyembunyikan charger itu dibelakangnya.

Adam tak puas hati lalu dia pun menangis. Dia inginkan wayar charger itu. Alya tak sampai hati dan dia pun menghulurkan patung tidur Adam iaitu Rabbit.

Dapat patung itu, Adam pun menerima dan baring di katil. Dia bermain dengan patung itu. "Nah susu Adam." Alya menghulurkan lebihan susu yang dibancuh Puan Mariam tadi.

Adam menerima susu  sambil tangannya menumbuk-numbuk patung itu. Alya segera menukar pakaian untuk mandi kerana biasalah balik sekolah, badan confirm melekit.

"Adam Ibu nak mandi. Jangan gerak ok?" kata Alya pada Adam. Adam tak layan. Dia masih bermain dengan patungnya. Alya berlari keluar untuk ke bilik air pantas untuk mandi. Siapa boleh jangka apa yang Adam akan buat semasa dia dalam bilik air. Jadi dia hanya mandi ala kadar saja.

Dia keluar dari bilik air dan terlihat Adam sudah mencampak botol susunya di bawah katil. Dan dalam proses nak capai spect mata rabun Alya.

"Hah! Nakal eh." Alya yang berkemban melompat di atas katil untuk mendapatkan Adam. Segera dia cuddle Adam tergelak gatal. Dia suka gamaknya.

Alya keluar untuk masak lauk makan malam nanti. Dia letakkan Adam di carrier dan disangkutkan di badannya di bahagian belakang.

Setiap kali minyak ikan sembilang meletop, Alya gostan takut terkena minyak meletup itu lepastu Adam suka. Dia dalam carrier melompat suka dengan experience masak bersama Ibu. Minyak goreng ikan sembilang itu meletop dua kali terkena tangan Alya. Tapi Alya ignore walaupun sakit.

Siap masak, Alya menurunkan Adam dari carrier. Kerana suka tadi bermain gostan dengan Ibunya, sudah terlelap dah budak Superman tu. Alya membaringkan Adam di atas sofa. Dia masuk ke bilik mencapai bukunya dan yang paling stress bila first day sekolah dah ada kerja sekolah. Benci!

*anotherupdate





Kerana Adam IskandarTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon