Bab 82

32.9K 657 7
                                    

Erynna terjaga pada pukul 4 pagi. Matanya digosok perlahan lalu Erynna menggeliatkan badannya.

Gebar yang melitupi separuh badannya diselak. Sliding door biliknya dibuka. Erynna terus berdiri di balkoni sambil memandang halaman rumahnya.

Erynna terkejut kerana tiba-tiba pinggangnya dipeluk dari belakang.

" sayang buat apa kat luar malam-malam ni? " soal Tengku Mukhriz lembut. Butir bicaranya tidak beberapa jelas kerana masih mamai. Dagunya ditongkatkan di kepala Erynna.

" mana ada malam. Dah pagilah! Saja sayang tak boleh tidur. "

" ouh! "

" ni kenapa abang bangun ni? Pergilah tidur. "

" sayang? "

" sayang tak boleh tidurlah. Takpelah kejap lagi sayang nak masak untuk breakfast. Baju along dengan abang pun sayang tak gosok lagi. " balas Erynna.

" ala.. sayang Mak Mah ada. Dia boleh buatlah. " Tengku Mukhriz mengeratkan lagi pelukannya dipinggang Erynna.

" takpelah. Lama sangat sayang tak buat kerja rumah. "

" sure ni? "

Erynna mengangguk.

" dah! Abang pergi tidur. " Erynna tolak badan suaminya. Tengku Mukhriz akur.

****

Erynna memandang pelik kereta Velfire putih yang baru memasuki rumahnya. Kereta itu terus parking bersebelahan kereta harriernya.

Tengku Mukhriz turun lalu membukakan pintu untuk Mikyad.

" mummy! Rindu mummy. " Mikyad berlari mendapatkan Erynna. Tangan Erynna disalam. Erynna menunduk untuk menyamai ketinggiannya dengan Mikyad. Dahi Mikyad dicium. Mikyad membalas dengan ciuman di pipi kanan dan kiri Erynna.

" okey tak kat sekolah hari ni? Along nakal tak? " soal Erynna.

" okey! Tadi kan ada kawan baru masuk. Dia asyik nangis je. " cerita Mikyad.

" ye. Along tak pujuk dia? " soal Erynna.

" tak. Mummy! Mummy! Daddy beli car baru! "

" okey. Along pergi letak beg. Pastu tunggu Mummy. Kita mandi and makan okey? Jangan bising abang dengan kakak tidur. " arah Erynna.

" okey!! " balas Mikyad lalu masuk ke dalam rumah.

" kereta siapa ni abang? " Erynna menggapai tangan Tengku Mukhriz lalu dikucup. Tengku Mukhriz terus memaut pinggang Erynna lalu mencium pipi kanan isterinya itu.

" kereta kitalah! "

Erynna memandang suaminya pelik.

" anak kita kan dah ada 4 orang. Mestilah kena tukar kereta baru. " ucap Tengku Mukhriz.

" dahlah! Jom kita masuk. Lusa ingat kita nak pergi holiday. " sambung Tengku Mukhriz lagi. Erynna berjalan beriringan dengan Tengku Mukhriz masuk ke dalam rumah.

***

" mummy! Nak mamam. " rengek Mikdam.

" jap ye sayang. Kita keluar nanti kita mamam sekali. Mummy tak masak harini. " pujuk Erynna. Tangannya masih ligat menyarungkan gaun merah ke tubuh Maisara yang berusia 8 bulan. Anak kembar Erynna dan Tengku Mukhriz bernama Tengku Raiyan Mirsyad dan Tengku Raihan Maisara. Tengku Raihan Maisara ialah adik dan Tengku Raiyan Mirsyad ialah abang.

" come along , angah! Daddy sikatkan rambut. " panggil Tengku Mukhriz. Mikyad dan Mikdam terus berlari mendapatkan Tengku Mukhriz.

" daddy! Angah nak mamam. " rengek Mikdam sambil menggegarkan peha Tengku Mukhriz.

" along pun lapar. " sambung Mikyad.

" ye kejap lagi kita pergi makan & terus naik flight okey? "

" promise? "

" ye daddy promise. Kan mummy tengah siapakan kakak tu. "

" okey! Okey! Mummy dah siap. " Erynna menepuk tangannya bagi menghilangkan kesan bedak.

" okey jom! " Tengku Mukhriz terus mendukung Maisara manakala Erynna mendukung Mirsyad.

" yeay!! " Mikyad dan Mikdam sudah melompat. Mereka terus berlari anak ke luar dari bilik sambil berpegangan tangan. Semuanya nasihat daripada Tengku Mukhriz dan Erynna supaya Mikyad sentiasa menjaga adik-adiknya.

***

Mikyad dan Mikdam sudah melompat-lompat di atas katil apabila pintu homestay bertaraf 5 bintang itu terbuka.

Maisara yang sudah tertidur di pangkuan Tengku Mukhriz diletakkan di dalam katil bayi yang sudah ditempah khas.

Erynna duduk di atas sofa sambil menyusukan Mirsyad.

" malam ni sayang nak makan dekat luar ke dekat homestay je. " Tengku Mukhriz melabuhkan punggung disebelah Erynna.

" kita makan dekat homestaylah. Sayang letihlah. Malas nak keluar. Esoklah baru kita pergi jalan. Boleh? "

" abang tak kesah. Abang ikutkan je. "

Erynna mengangguk.

Mikdam berlari ke arah Tengku Mukhriz dengan melompat-lompat. Tiba di satu anak tangga , dia terjatuh.

Mikdam sudah menangis teresak-esak.

Tengku Mukhriz segera berlari mendapatkan Mikdam.

" akit.. akit!! " rengek Mikdam dengan tangisannya.

" dah! Dah! Tak mau nangis. Angah kuat kan? Sakit sikit je. Tak luka pun. " pujuk Tengku Mukhriz sambil mengibas-ngibas kotor di lutut Mikdam.

Tengku Mukhriz terus mendukung Mikdam dan berjalan ke arah Mikyad dan Erynna.

***

Erynna memandang cermin. Tubuhnya disarungkan dengan gaun putih yang mempunyai labuci-labuci cantik. Kepalanya turut tersarung shawl putih yang mempunyai manik-manik simple. Simple but nampak cantik dan elegan.

" sayang siap dah? " pinggang Erynna dipeluk dari belakang.

" dah! "

" cantiknya sayang.. " pipi Erynna dicium.

" thank you. Abang pun hensem. " Erynna membela tuxedo yang dipakai suaminya.

" thank you. Dah. Jom kita turun. " Tengku Mukhriz menarik tangan Erynna keluar dari bilik.

Erynna dan Tengku Mukhriz tiba diruang tamu. Mikyad dan Mikdam turut segak dengan tuxedo mereka. Maisara memakai gaun putih yang lebih kurang sama seperti gaun yang dipakai Erynna. Kakinya tersarung dengan gelang kaki yang diberi Tengku Mukhriz kepada Erynna beberapa tahun lalu. Mirsyad pula memakai kemeja dan vest.

" dah! Anak-anak daddy dah siap belum? Jom kita pergi! " ucap Tengku Mukhriz teruja. Memanglah dah siap , Erynna dah siapkan awal-awal.

" dah! " Mikyad dan Mikdam terus mendapatkan Tengku Mukhriz.

_______________________________________

Okey. Korang! Saya ada buat novel baru lagi. Selain dari AKU BUKAN ISTERI SIMPANAN dan DENDAM. Saya ada publish yang baru AKU WANITA BIASA.

Kali ni fefeeling nak wat yang sedih-sedih pulak. Hehe. Jemput baca guys!

Hanya Dia ! Where stories live. Discover now