Bab 72

24.4K 594 32
                                    

Erynna memusingkan tubuhnya ke kanan dan ke kiri. Tidurnya kini tidak selesa dengan anaknya yang kuat menendang.
" nape ni yang? " soal Tengku Mukhriz sambil menggosok-gosokkan matanya.

" herm.. "

" selesa tak ni? " lembut Tengku Mukhriz bertanya.

" bolehlah. " Erynna mula membelakangi Tengku Mukhriz. Tengku Mukhriz membawa Erynna ke dalam dakapannya. Rambut Erynna dicium lembut.

***

Erynna bersiap-siap di hadapan meja soleknya. Tiba-tiba pinggangnya dipeluk dari belakang.

" dah siap belum? " Tengku Mukhriz menongkatkan dagunya di bahu Erynna.

" dah. " Erynna memusingkan tubuhnya menghadap Tengku Mukhriz. Sebelah tangan Tengku Mukhriz memeluk pinggang Erynna. Erynna menggosok-gosok lengan suaminya.

" abang ingat pesan sayang semalam ae. Jangan.. " kata-kata Erynna mati apabila jari Tengku Mukhriz berada di bibir merah jambunya.

" abang dah pesankan? Abang tak suka sayang cakap macam tu. You will be fine. Abang sentiasa ada dengan sayang. " ucap Tengku Mukhriz lembut. Dahi Erynna dicium lama.

" dah! Jom pergi. Nanti lambat. " sambung Tengku Mukhriz lagi.

Erynna dan Tengku Mukhriz mula memasuki perut kereta. Mikyad pula berada di rumah ibubapa Tengku Mukhriz. Laju sahaja kereta BMW Tengku Mukhriz membelah jalan raya.

***

Tengku Mukhriz dan Erynna berjalan-jalan di dalam pusat membeli-belah setelah selesai perjumpaannya dengan doktor.

" tambah lagi hero dalam family kita. " ucap Tengku Mukhriz sambil memimpin tangan Erynna ke dalam sebuah kedai barangan bayi.

" so. Abang jangan nak membazir beli macam-macam ae. Boleh dia pakai along punya baju je. " balas Erynna.

" along. Along. Angah. Angah. Lainlah sayang. Abang nak tambah-tambah je. " pandangan Tengku Mukhriz tertera ke arah satu gaun bayi yang berwarna ungu tergantung elok di tempat itu.

" abang tak sabar nak nak ada anak perempuan. Mesti macam-macam dapat beli untuk dia. "

" apalah abang ni. Anak kita boylah. " balas Erynna.

" yelah. Next timelah. " Tengku Mukhriz mencuit hidung Erynna.

" abang malulah! Orang tengok nanti! " Erynna mencubit lengan Tengku Mukhriz lembut.

" nak malu apa? Kita kan suami isteri. " hidung Erynna dicuit.

" abang ni gatallah! " Erynna mulai mencari-cari baju yang menarik perhatiannya.

***

Tengku Mukhriz meletakkan beg-beg kotak yang dibeli mereka tadi di dalam bonnet. Erynna masih bersandar di tepi kereta sambil bergelak tawa bersama Tengku Mukhriz.

Tiba-tiba pinggang Tengku Mukhriz dipeluk dari belakang.

" Riz I sayang you Riz. I love you. I tak boleh lupakan you Riz. " ucap Liya dengan nada sayu.

Tengku Mukhriz melepaskan pelukan Liya dipinggannya.

" you ni gila ke apa?! Datang-datang merayu-rayu kat I macam ni?! " tengking Tengku Mukhriz.

" I sayang you Riz! I tak boleh lupakan you! Please terima I! I nak jadi isteri you! " rayu Liya.

" eh! Kau gila ke apa?! Aku dah kahwinlah! Aku dah jadi suami orang! Bapak orang! Apa lagi yang kau nak?!! " tengking Tengku Mukhriz lagi.

" I tak kesah! I boleh terima anak you! " tangan Tengku Mukhriz ditarik.

Mujurlah tiada orang yang berada di slot parking yang begitu sunyi itu. Hanya beberapa buah kereta yang lalu lalang dengan laju kerana tempat itu memang kosong dan kurang kereta.

" no!! I takkan terima you!! " tangan Tengku Mukhriz direntap dengan kasar.

" semua sebab perempuan ni kan?!! Semua sebab kau!! Sebab kau aku tak dapat kahwin dengan Mukhriz!! Sebab kau aku jadi macam ni!! " Liya berjalan dengan langkah laju ke arah Erynna. Jari telunjuknya dihalakan ke arah Erynna. Bingit suaranya membuatkan mata Erynna terpejam.

" kau jangan nak salahkan dialah!! " tengking Tengku Mukhriz.

" kau punca!! Sebab kau aku tak dapat Mukhriz!! " tengking Liya lagi. Tubuh Erynna ditolak kasar sehingga membuatkan Erynna jatuh. Seraya itu bunyi hon kereta kedengaran. Tengku Mukhriz terkejut. Tangannya terketar-ketar. Berderau darah satu badannya. Sejurus itu matanya berkaca.

____________________________________


Apa yang jadi ni? Kenapa bunyi hon kereta? Kenapa Tengku Mukhriz takut.

Hanya Dia ! Where stories live. Discover now