Bab 47

24.6K 689 12
                                    

" lambatnya abang siap hari ni? " soal Erynna apabila Tengku Mukhriz melabuhkan punggung di hadapannya.
" terlajak. Abang ingat nak sambung. Tepuk-tepuk katil sayang hilang. " ucap Tengku Mukhriz mendatar.
Erynna tersenyum sambil menggeleng. Pinggan Tengku Mukhriz terus dicapai , sesenduk mihun goreng diletakkan di pinggan Tengku Mukhriz.

***
Tengku Mukhriz masuk ke dalam pejabatnya dengan senyuman yang tidak lekang dibibir. Setiap sapaan pekerjanya disambut penuh riang.Perut pula sudah kenyang hasil makan tengaharinya bersama Asyraf & Tengku Irfan. Setelah Tengku Mukhriz melabuhkan punggung ditempatnya. Dia terperasan akan satu sampul yang terletak elok dimejanya.

Sampul surat itu dibuka. Tengku Mukhriz pelik apabila melihat gambar-gambar yang diterimanya. Apabila sampul itu dibelek lagi , terdapat pula satu keping surat yang membuatkan dada Tengku Mukhriz berkocang kuat. Darahnya berderau laju. Hatinya benar-benar marah namun dia perlu memikirkan benihnya yang bakal membesar.

***

Erynna tiba di rumah sedikit lewat. Erynna terus naik ke atas & membersihkan diri memandangkan Tengku Mukhriz masih belum pulang.

***

Usai solat isyak , Erynna terus turun ke tingkat bawah untuk menonton televisyen.

Sedang Erynna asyik dengan dramanya. Bunyi enjin kereta Tengku Mukhriz menyedarkannya. Erynna berlari anak ke arah pintu , sempat dikerling jam di dinding. Pukul 1 pagi !

***

Tengku Mukhriz membuka pintu rumah perlahan-lahan tanpa memberi salam.

" harap dia dah tidur. Aku tak sedia nak jumpa dia. " monolog hati Tengku Mukhriz.

Apabila pintu terbuka luas. Erynna terus tercegat di hadapan muka pintu.

" lambat abang balik? Abang dah makan? " sapa Erynna lembut sambil menghulurkan tangan.

Huluran tangan Erynna dibiarkan saja sehingga Erynna sendiri yang menarik kembali tangannya. Tengku Mukhriz masuk ke dalam rumah dengan muka yang masam.

Erynna sedikit tersentak dengan perlakuan suaminya. Namun , cepat-cepat dia beristifar.

***

" abang penat? " soal Erynna sejurus Tengku Mukhriz siap dengan pakaian tidurnya. Tengku Mukhriz tidak mempedulikan soalan Erynna.

" abang? " sekali lagi Erynna mencuba.

Tengku Mukhriz menoleh ke arah Erynna dengan pandangan mata yang cukup tajam.

" apa kau nak?! Aku serabut la dengan kau ni!! Soalan apa kau tanya. Penat?! Memanglah penat!! Kerja apa tak penat! " tengking Tengku Mukhriz.

Kali ini Erynna benar-benar tersentak. Airmata yang ditahan dari tadi akhirnya mengalir lebat menuruni pipinya.

Tengku Mukhriz terus keluar dari biliknya. Pintu bilik dihempaskan dengan kuat. Sungguh dia tak sanggup melihat airmata wanita yang dicintainya jatuh kerananya. Namun egonya tinggi. Gambar & surat yang diterimanya benar-
benar menyakitkan hatinya.

***

" ya allah! Apa yang aku dah buat? Kenapa dia layan aku macam ni ya allah. " rintih Erynna sendiri apabila Tengku Mukhriz keluar dari bilik mereka.

***

" mo...morning abang. Nak break...breakfast? " sapa Erynna sedikit gagap. Bimbang jika ditengking seperti semalam.

Tengku Mukhriz hanya menjeling ke arah Erynna kemudian kaki terus dilangkah ke luar rumah. Erynna terus terduduk.

Apa salah aku , ya allah?

***

Sudah 4 hari Tengku Mukhriz melayani Erynna dengan kasar.

Tengku Mukhriz berdiri & bersandar di dinding dapur sambil meminum air. Tengku Mukhriz hanya memerhatikan Erynna yang muntah-muntah dihadapannya tanpa menggosok belakang wanita itu seperti yang biasa dilakukannya.

Erynna mengumur-ngumur mulutnya 2/3 kali sebelum mengelap mulut dengan leher baju. Tengku Mukhriz yang berdiri di belakangnya tidak dihiraukan.

Saat Erynna mengangkat kepala & menoleh. Kepalanya terasa berat. Dunia seakan berpusing. Saat dirinya hampir hilang keseimbangan diri , sempat Erynna mencengkam dinding singki untuk membantu dirinya berdiri semula.

Tengku Mukhriz hampir memeluk Erynna. Tujuan sebenar dia ke dapur adalah untuk memastikan keadaan Erynna okey.

Saat kepalanya sudah terasa agak ringan , Erynna mulai mengatur langkah. Entah mana silap langkahnya , Erynna hampir jatuh. Kali ini tangannya tidak sempat memegang dinding singki. Namun tubuhnya tidak mencecah lantai. Tangan Tengku Mukhriz memeluk erat pinggang Erynna. Erynna memandang tepat ke dalam anak mata Tengku Mukhriz. Sungguh dia rindu dengan tubuh & wangiannya yang sudah lama tidak dipeluknya. Jelas terpancar wajah risau Tengku Mukhriz.

" sayang okey? " soal Tengku Mukhriz sambil membantu Erynna untuk berdiri tegak. Akibat panik panggilannya tertukar kepada yang asal tanpa dia sedari.

Kepala Erynna benar-benar terasa berat. Erynna terus memeluk tubuh Tengku Mukhriz erat. Erynna menangis semahu-mahunya di bidang dada Tengku Mukhriz.

" sayang sakit kepala. Penat. Sayang tak tahan. Letih muntah. Sayang tak tahan. " luah Erynna dengan nada yang teresak-esak. Tubuhnya benar-benar lemah menerima segalanya.

Tengku Mukhriz tidak teragak-agak membalas pelukan Erynna. Belakang Erynna digosok lembut seperti yang biasa dilakukannya selalu. Cuba untuk menenangkan isterinya.

Setelah hampir 10 minit Erynna memeluk & menangis di bidang dada Tengku Mukhriz. Dia melepaskannya.

Erynna mengelap airmatanya yang masih tersisa. Rambutnya yang sedikit serabut dibetulkan. Hatinya sedikit lega setelah menangis. Erynna melihat baju Tengku Mukhriz yang sudah basah kerana air matanya.

" sorry. Saya tau saya banyak menyusahkan awak. Sorry ae. Saya dah betul-betul tak tahan. " ucap Erynna. Setelah kata-kata itu habis diungkap , Erynna terus berlalu pergi. Panggilan untuk dirinya sudah berubah. Orang dah tak sayang. Nak gelarkan diri sendiri sayang buat apa?

" abang dah pernah cakap. Sayang tak pernah menyusahkan abang. " ucap Tengku Mukhriz apabila kelibat Erynna tidak lagi kelihatan.

_______________________________________

Apa jadi ni? Apa yang Tengku Mukhriz dapat? Kesian tak kat Erynna? Vomment okey?

Hanya Dia ! Where stories live. Discover now