Bab 56

23.2K 587 24
                                    

Erynna menyapu jem strawberry di permukaan roti. Roti gardenia itu terus dilipat & disuapkan ke dalam mulut. Walaupun muka Erynna sudah disolek namun bengkak matanya masih kelihatan. Badannya juga turut terasa lesu kerana letih menangis.

Baru sahaja roti itu dikunyah Erynna , Tengku Mukhriz terus duduk di sebelahnya.

Erynna segera meletakkan kembali roti yang baru dihabiskan separuh ke dalam pinggan. Erynna bingkas bangun dari duduknya. Tangan Tengku Mukhriz terus menyambar pergelangan Erynna menyebabkan langkah Erynna terhenti.

" habiskanlah roti ni dulu sayang. " ujar Tengku Mukhriz sambil memandang ke arah Erynna. Sedikit pun Erynna tidak membalas pandangan dari Tengku Mukhriz.

Saat kaki Erynna mulai mengatur langkah. Tengku Mukhriz bingkas bangun dan berdiri di hadapan Erynna sehingga bahu mereka berlaga.

" jaga diri. Jaga anak kita baik-baik ya sayang. " ucap Tengku Mukhriz sambil mengusap perut Erynna yang semakin membesar.

Erynna segera menepis. Tangan Tengku Mukhriz terus diraih. Tangan Tengku Mukhriz dikucup seperti yang dilakukannya setiap kali mereka berpisah.

Tengku Mukhriz mendekatkan bibirnya di dahi Erynna. Erynna segera menolak bidang dada Tengku Mukhriz sebelum bibir Tengku Mukhriz hinggap di dahinya.

Erynna segera mengatur langkah keluar. Handbagnya yang berada di atas meja rak dicapai. Tengku Mukhriz terduduk. Setitis air matanya jatuh.

***

Pintu bilik Erynna diredah sehingga membuatkan Erynna terkejut.

" Rynn!! " jerit Syakira riang.

Erynna hanya memandang sahabatnya yang baru melangkah masuk.

" Erynn! Guess what?! " soal Syakira riang sambil membongkok & menongkat tangannya di meja Erynna.

Erynna mencebikkan bibir dan mengangkat bahunya.

" I'm pregnant!!! " jerit Syakira sambil memeluk tubuh Erynna yang tidak berganjak di kerusinya.

" ouh. Congrats babe! " ucap Erynna sambil menggosok lengan Syakira. Bibirnya mengukir senyuman paksa. Sungguh hatinya tidak mahu tersenyum. Namun kebahagian kawannya sedikit mengubat hatinya.

Syakira melepaskan pelukan di tubuh Erynna.

" kau okey babe? " soal Syakira lembut sambil memegang bahu Erynna.

" aku okeylah babe. By the way , dah berapa weeks? " soal Erynna.

" 2 weeks. Eh! Kau jangan tukar topik ae! " ucap Syakira.

Erynna kembali teringatkan peristiwa yang berlaku semalam. Matanya turut bergenang dek air mata.

" Rynn. Are you okey? " soal Syakira sambil merenung ke arah Erynna.

Erynna terus memeluk tubuh Syakira. Erynna menangis di sambil memeluk pinggang Erynna. Syakira menggosok lembut belakang Erynna.

Setelah puas menangis , Erynna melepaskan pelukannya.

" okey. Tell me now. " arah Syakira sambil menarik Erynna supaya duduk di atas sofa yang berada di dalam bilik itu.

" aku nak cerai! " ucap Erynna. Airmatanya kembali tumpah.

" are you sure? Kau dah fikir masak-masak? " soal Syakira dengan nada terkejut.

Erynna menganguk.

" but why?! " soal Syakira lagi.

" aku tak bolehlah Qira. Semalam time aku cakap nak surprisekan dia tu. Aku nampak dia tengah berpelukan dengan perempuan lain. " cerita Erynna dengan teresak- esak.

" and then. Mukhriz tak cakap apa-apa kat kau? "

" nak dengar apa lagi. Nak suruh hati aku lagi sakit ke? Tak cukup lagi nak sakitkan hati aku. " marah Erynna.

" sape perempuan tu? "

" Liya. Ex girlfriend dia. " blas Erynna.

" kau betul-betul nak bercerai? " soal Syakira lagi.

Erynna mengangguk.

" fikir betul-betul dulu Rynn. Fikir anak kau ni. " ucap Syakira sambil menyentuh lembut perut Erynna.

Erynna menarik nafas panjang sebelum menjawab.

" aku dah fikir masak-masak. "

" dengan keadaan kau macam ni. Kau ingat kau boleh bercerai ke? " sambung Syakira lagi.

" aku dah fikir dah. Aku akan pergi mahkahmah ambil surat cerai. Aku tandatangan & serahkan kat dia. Dia tandatangan. Lepas je anak ni lahir. Cerai! " ujar Erynna.

" anak ni nanti? " soal Syakira.

" aku takkan bagi dia jumpa anak ni. " ucap Erynna.

" ikut kau lah Rynn. Aku takdek hak. Aku cuma harap kau fikir baik-baik. " balas Syakira sambil memeluk tubuh Erynna.

" sorry buat baju kau basah. " ucap Erynna sambil memandang baju hitam yang dipakai Syakira basah.

" takpe. Nak balik dah. Bukan nampak pun. " balas Syakira.

Erynna hanya mengukir senyuman hambar sambil menghantar Syakira keluar dengan anak matanya.

_____________________________________

Cerai? Oh my god! Korang nak macam mana?

Hanya Dia ! Where stories live. Discover now