Bab 55

23.2K 623 27
                                    

" selamba kau ar plan surprise last-last minute macam ni! " ujar Safiyya sambil menoleh ke belakang.
" kau! Macam tak kenal pulak si Erynn ni. " balas Afira yang fokus memandu.
" alah! Rilek sudah. Esok kan birthday dia. Buatlah surprise sikit. " balas Erynna.

***
Perlahan-lahan kaki Erynna melangkah masuk ke dalam rumah. Kelihatan kereta Tengku Mukhriz yang terletak elok di garaj rumah.
Sengaja disuruhnya Afira meninggalkan dirinya agak jauh dari rumah.
Perlahan-lahan Erynna mendaki tangga tanpa bunyi. Beg luggagenya sengaja diletakkan di tingkat bawah.Erynna menarik nafas panjang sebelum membuka pintu.
" sur... " kata-kata Erynna terhenti.
Sungguh hatinya yang gembira & riang kini bertukar sedih.

Kecewa.

Suram.

Terkejut.

Terkesima.

Dan bermacam lagi perasaan.
Seribu satu perasaan menyelubungi hatinya sehingga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Tengku Mukhriz turut terkejut. Tubuh Liya yang berada didakapannya terus dilepaskan.
Tali beg yang digalas di bahu Erynna jatuh ke lantai. Terasa kaki yang membantunya berdiri sekarang bagaikan lemah. Kepalanya berpinar. Bagaikan ada batu besar yang menghempap dirinya sekarang. Saat tubuh Erynna hampir rebah. Erynna segera berpegang pada pintu bilik Tengku Mukhriz.
" sayang!! " jerit Tengku Mukhriz bimbang sambil berlari mendapatkan Erynna.
Tengku Mukhriz memegang lengan Erynna tapi dengan segera Erynna menepis.
" jangan sentuh saya!! " marah Erynna.
Liya yang berada di belakang tersenyum puas melihat kemarahan Erynna. Liyana berjalan ke arah Erynna dengan lenggoknya. Bajunya yang seksi makin membuatkan hati Erynna sakit. Dipandang pula rambut serta singlet Tengku Mukhriz yang serabai.
" eh! Hai Rynn! Awalnya you balik. Mukhriz kata you balik esok. Kacau la you ni. I baru je nak sweet-sweet dengan Mukhriz. Kan honey? " ujar Liya sambil memeluk lengan Tengku Mukhriz.

" eh!! Kau lepaslah!! " tengking Tengku Mukhriz sambil melepaskan pelukan Liya.

" alah! You ni tadi sebelum isteri you balik okey je you peluk I. " balas Liya.

Mata Erynna yang berkaca sudah mulai menitiskan cecair jernih. Handbagnya yang sudah terjatuh dicapai kembali. Kaki terus diatur keluar dari muka pintu bilik itu. Pintu biliknya dulu terus diredah.

" sayang.. " panggil Liya sambil memeluk pinggang Tengku Mukhriz.

" eh!! Kau lepaslah!! Bila kau masuk bilik aku??!! Kau keluar sekarang!! " tengking Tengku Mukhriz sambil melepaskan pelukkan Liya. Hampir keseluruhan rumah bergegar mendengar pekikan Tengku Mukhriz.

Tas tangan Liya yang berada di meja solek bilik itu terus disambar. Lengan Liya digengam dengan kuat. Tengku Mukhriz segera menarik Liya menuruni tangga.

Pintu dibuka dengan kasar , tubuh Liya terus ditolak keluar. Pintu rumah terus dihempas kuat oleh Tengku Mukhriz.

Tengku Mukhriz mengetuk-ngetuk pintu bilik Erynna.

" sayang.. sayang.. " panggil Tengku Mukhriz lembut.

Tiada sahutan daripda Erynna kedengaran.

Tengku Mukhriz memulas tombol pintu bilik Erynna. Tak berkunci!

Tengku Mukhriz melangkah masuk ke dalam bilik Erynna. Pilu hatinya saat melihat Erynna teresak-esak menangis sambil memeluk lututnya.

" sayang.. " panggil Tengku Mukhriz sambil menyentuh lembut tangan Erynna.

" keluar! " ujar Erynna kasar.

" please dengar apa yang abang nak explain. " pujuk Tengku Mukhriz lembut.

Kemarahan di hati Erynna kembali membara. Erynna bingkas bangun.

" dah takdek apa-apa yang perlu dijelaskan!! I don't need your explanation!! Tak cukup ke bukti depan mata?! Kau still nak menidakkannya!! Dahlah Tengku Ammar Mukhriz. Aku letih! Letih dengan perangai kau yang berubah-ubah. Patutlah suka sangat dulu bila aku guna perkataan ' honey ' rupanya perempuan tu panggil kau ' honey ' !! So selama ni aku cuma tempat persinggahan kau je?! Bila perempuan tu balik. Kau nak dekat dia balik?! " tengking Erynna matanya turut mengalirkan cecair jernih.

" sayang.. " panggil Tengku Mukhriz turut sama bangun.

" jangan panggil aku sayang kalau hati kau membenci!! Selama ni aku percayakan kau. Macam ni kau balas!! Aku sayang kau. Aku cinta kau separuh mati aku!! Tapi apa aku dapat? Hati yang sakit?! Tahniah lah!! " tengking Erynna lagi.

" sayang.. tolonglah dengar! " ucap Tengku Mukhriz sambil memegang kedua-dua belah bahu Erynna.

" keluaarr!!! Aku benci kau!! Keluarr!!! " jerit Erynna sekuat hatinya. Hatinya kini benar-benar sakit. Seraya berkata itu air matanya mengalir begitu laju.

" no!! Abang takkan keluar selagi sayang tak dengar penjelasan abang!! " tegas Tengku Mukhriz.

" fine!! Jangan salahkan aku kalau kau dah tak jumpa anak ni!! " tengking Erynna.

Tengku Mukhriz benar-benar terkejut dengan kata-kata Erynna yang baru sahaja diucapnya.

" okey! Okey! Fine abang keluar! But please sayang. Kalau benci kat abang sekalipun. Tolong jangan benci anak kita dia tak salah apa-apa. " ucap Tengku Mukhriz lembut. Dahi Erynna dicium penuh kasih.

Erynna segera menolak badan Tengku Mukhriz apabila bibir Tengku Mukhriz menyentuh dahinya.

" keluar!! " ujar Erynna kasar.

Tengku Mukhriz terus keluar dari bilik Erynna tanpa banyak bicara.

_______________________________________

Okey? Geram tak part kali ni? Geram dengan Liya ke Tengku Mukhriz or Erynna? Vote and comment tau!

Hanya Dia ! Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin