Bab 5

33.1K 847 5
                                    

Erynna terkejut kerana keretanya bergegar.

" aduh! Aku dahlah lambat ni. Main langgar-langgar pulak kereta ni." keluh Erynna sendiri.

Pemilik kereta itu terus keluar dari keretanya. Dia terus melihat keadaan bahagian belakang keretanya. Erynna seperti kenal susuk tubuh yg sedang tunduk itu. Erynna terus memakirkan keretanya di belakang kereta lelaki itu kerana tidak mahu menghalang laluan yang kecil itu. Lelaki itu terus menoleh ke belakang. Erynna yang masih berada di dalam kereta terkejut. Terlopong mulutnya.

" mamat ni lagi. Takdek orang lain ke yang boleh aku jumpa. " omel Erynna sendiri.

Erynna terus keluar dari perut keretanya. Tengku Mukhriz terus mendekatinya.

" kau? "

" apa?! Kalau jumpa awak je mesti saya ada masalah. Jumpa awak je mesti saya ada maslah. Awak boleh tak jangan bagi saya masalah. " bebel Erynna panjang lebar. Geram!

" aku tak ingin pun la bagi kau masalah. " Balas Tengku Mukhriz dalam nada sederhana. Bimbang menarik perhatian lebih ramai orang.

" Habis tu yang awak tak reti tengok depan belakang sebelum reverse kereta kenapa?! Ouh! Ke awak takdek lesen. Kesian bawak kereta mahal-mahal lesen pun takdek. " sambung erynna lagi.

" Eh! Sorry. Jangan nak tuduh-tuduh. Aku ade lesen okey! Aku nak cepat. " balas tengku mukhriz.

Eeynna mengetap bibir.

" Ewah , ewah ,ewah senangnya jawapan. Habistu kenapa tak redah je jalan jammed tu. Kan nak cepat."

Belum sempat Tengku Mukhriz membuka mulutnya membalas kata-kata erynna. Erynna terlebih dahulu menyambung kata-katanya.

" Saya tak kira. Awak kene bayar ganti rugi kereta saya. Kalau tak saya saman awak. "

***

Setiba waktu lunch di pejabat , Tengku Mukhriz memusing-musingkan satu kertas bertulis yang berada di tangannya.Disitu tertera nama Erynna & nombor handphonenya yang bertulis tangan. Tiba-tiba iphone milik Tengku Mukhriz menjerit meminta untuk diangkat , terpampar gambar mummy kesayangannya di skrin.

" hello,assalammualaikun mummy " sapa tengku mukhriz.

Lantas mummynya menjawab salam dengan nada tegas. Tengku Mukhriz sudah mula tidak sedap hati.

" Riz malam ni pukul 8 tolong datang kat restaurant yang Riz suka tu ae.Mummy nak riz jumpa dengan bakal mak mentua riz " balas Puan sri qasidah tegas.

Tengku mukhriz membulatkan matanya.

" tapi myy. "

" no tapi-tapi. You must come." Arah puan sri qasidah.

Panggilan terus dimatikan serta merta olehnya.

***

Puan sri Qasidah sedang menelefon Puan Ezfa & berbincang mengenai anak mereka. Merek berjanji akan berjumpa di lobi Hotel Sparkling , restaurant kegemaran Tengku Mukhriz pada pukul 8.00 malam.

***

Tengku Mukhriz mencari akal untuk tidak mengahwini wanita pilihan mummynya. Akhirnya dia memberanikan dirinya untuk mendail nombor yg berada di tangannya.

Erynna yang sibuk menilik fail-failnya , menjawab panggilan daripada pemilik nombor yang tidak dikenali itu.

" hello, assalammualaikum " sape Erynna terlebih dahulu.

" hello , waalaikummussalam. Boleh saya bercakap dengan Erynna. "

" ye saya. Siapa ni? "

" ni aku la , Mukhriz. Lelaki yang kau langgar pagi tadi "

" ouh awk. Ehh , silap. Pem.be.tu.lan. Awak yang langgar saya ae."

" ok , fine. Aku nak cakap ni , malam ni pukul 8. Aku nak ajak kau dinner. Aku jemput kau kat rumah kau. Tapi jangan salah anggap pulak. Aku nak ajak sebagai tanda maaf je."

" tak payahlah. Nak minta maaf. Minta maaf je la. Tak payah la nak berdinner bagai. " tolak Erynna terang-terangan.

" kau whatsapp kat aku alamat kau. Nanti aku jemput kau kul 8 mlm ha.ri.ni. "

Talian terus diputuskan. Erynna betul-betul merungut & geram dengan sikap lelaki itu.

***

Erynna pulang awal ke rumah hari ni.
Selepas solat asar , Erynna terus baring di atas peha afira.

" weh , kau serius ke dia nak dinner dengan kau. " soal Afira sambil bermain dengan rambut curl kawannya itu.

" serious la. Kau pikir aku cakap main-main ke? "

" takde ah. Kau kan baru kenal dia. "

Erynna terus mengeluh & memejamkan matanya perlahan-lahan.

Tiba-tiba ada satu tangan yang menyentuh bahunya. Suara Fiyya yang menyedarkannya. Lembut sahaja suaranya mengejutkan erynna.

" Rynn. Kau kata nak keluar pukul 8. Dah pukul 7 ni. Siap la cepat , solat sekali. " arah Safiyya.

Erynna tidak membantah & akur akan arahan sahabatnya itu.

Sorry ya kalau ade typo. Keep read & vote. Thank you guys. Comments pun dialu-alukan.

Hanya Dia ! Where stories live. Discover now