Bab 45

24.8K 748 3
                                    

Tengku Mukhriz turut mengepung rumah yang diduduki Lokman & Erynna. Hatinya berdebar-debar. Mengikut perancangan , Tengku Mukhriz adalah orang pertama yang masuk setelah Lokman keluar dari rumah tersebut.
Perlahan-lahan kaki Tengku Mukhriz melangkah ke dalam rumah itu. Setelah melangkah masuk , Tengku Mukhriz terkejut melihat susuk tubuh yang amat dirinduinya itu. Tepi bibir Erynna terdapat kesan lebam. Mata Erynna juga sembam , mungkin terlalu banyak menangis.
" sayang? " panggil Tengku Mukhriz lembut. Rambut Erynna diusap lembut.
Erynna terjaga dari tidurnya. Erynna bergerak sedikit ke tepi kerana takut.
" hey. Sayang. Sayang. " ucap Tengku Mukhriz cuba menenangkan Erynna.
Erynna menarik nafas lega. Tangisan kembali kedengaran. Tengku Mukhriz segera melepaskan ikatan di tangan Erynna.
" abang!! " jerit Erynna. Airmatanya mengalir lagi. Tengku Mukhriz terus dipeluknya setelah tangannya dilepaskan.
Tengku Mukhriz menggosok lembut belakang Erynna cuba untuk menenangkannya.
" apa kau buat kat sini!! " jerit Lokman. Tengku Mukhriz & Erynna sama-sama berpaling.
" kau buat apa kat sini?!! " tengking Lokman lagi.

" Lokman apa yang kau nak sebenarnya ni? " Tengku Mukhriz cuba memujuk.

" kau tanya apa yang aku nak?! Aku nak Erynn la!! " tengking Lokman.

" kau gila ke?! Dia isteri aku! " tengking Tengku Mukhriz kembali.

Sementara itu , pasukan polis mula bergerak masuk. Erynna yang ketakutan berdiri di belakang Tengku Mukhriz.

" kau tau tak dia mengandung. Kau taknak tengok dia bahagia ke? " soal Tengku Mukhriz cuba berlembut.

" yes!! Memang aku nak dia bahagia! Tapi bukan dengan kau!! " tengking Lokman.

Erynna memejamkan matanya menahan bingit tengkingan itu.

" kau tak kesian kat dia ke? At least , kesian la kat anak kitaorang. " Tengku Mukhriz cuba berlembut.

" arh!! Kesah apa aku!!! Kau nak anak kau , kau ambil lah!! Aku nak Erynn je!! " tengking Lokman.

" dia tak sayang kau. Dia sayang aku je! " tengking Tengku Mukhriz pula.

Lokman menutup kedua-dua belah telinganya.

" tipu!! Kau tipu!! " jerit Lokman. Dia terus melulu ke arah Tengku Mukhriz. Erynna melihat pisau yang digenggam lokman. Erynna terus melulu ke hadapan Tengku Mukhriz.

Anggota polis sempat memegang sebelah tangan Lokman. Sebelah tangan Lokman menolak kuat Tengku Mukhriz. Namun tolakan itu terkena pada Erynna. Erynna jatuh terduduk. Tengku Mukhriz tidak sempat menahan tolakan Lokman yang datang secara tiba-tiba itu.

" sayang!! " jerit Tengku Mukhriz. Dilihat Erynna yang sedang memegang perutnya. Tengku Mukhriz memegang seluar di peha Erynna yang kelihatan basah. Bila jarinya diangkat , tompokan darah tersebut mengalir di jarinya.

Erynna mengerang kesakitan. Terasa seluruh pinggang & perutnya sakit.

" sayang?? " panggil Tengku Mukhriz. Pipi erynna ditepuk lembut.

" aa.. bang. Sa..sakit. baby. " kata Erynna gagap. Airmata kesakitan mula keluar. Pandangannya mulai kabur. Panggilan daripada Tengku Mukhriz tidak berdaya untuk disahut. Pandangannya makin kelam & gelap. Akhirnya Erynna pengsan.

***
Perlahan-lahan mata Erynna dibuka. Tangannya terasa panas kerana digenggam.

" sayang?? " panggil Tengku Mukhriz lembut.

Erynna memandang sekeliling. Otaknya cuba ditafsir untuk mengingati peristiwa yang terjadi kepadanya.

Erynna memandang Tengku Mukhriz.

" abang? " panggil Erynna. Matanya memandang tepat ke arah anak mata Tengku Mukhriz.

" baby macam mana? " soal Erynna. Matanya sudah mulai berkaca.

" baby kita selamat lah sayang. Dia sekuat mummynya. Sayang janganlah nangis. " pujuk Tengku mLMukhriz. Kepala Erynna digosok lembut.

Erynna memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberikan peluang kepada janinnya untuk membesar.

" abang , apa dah jadi kat Lokman? " soal Erynna.

" dia kena tangkap sayang. Tapi , dia sekarang... " kata-kata Tengku Mukhriz terhenti.

" dia sekarang? " soal Erynna.

" dekat hospital sakit jiwa. "

Erynna bagaikan terkejut.

" and untuk pengetahuan sayang. Dia tinggalkan sayang & pergi luar negara dulu sebab therapy dia. Bukan sebab dia nak sambung belajar. " sambung Tengku Mukhriz.

Kali ini Erynna benar-benar terkejut.

Nama Lokman cuba dibuang sejauh-jauhnya dari fikirannya.

" sekarang pukul berapa abang? " soal Erynna.

" 8.15 "

" malam? "

Tengku Mukhriz mengangguk.

" berapa lama dah sayang kat sini? " soal Erynna lagi.

" semalaman. Semalam kul 9 sayang masuk. "

Erynna mengangguk. Bibirnya mengukirkan senyuman.

" abang... " panggil Erynna lagi.

Tengku Mukhriz memandang tepat ke dalam anak mata Erynna.

" sayang lapar." Ucap Erynna.

" sayang nak makan apa? " soal Tengku Mukhriz.

Erynna berfikir sejenak.

" nasi goreng USA dengan fresh orange. " jawab Erynna.

" okey. Abang pergi beli kejap ae. " kata Tengku Mukhriz seraya bangun sambil mencium dahi Erynna. Kepala Erynna diusap lembut hingga menyebabkan rambut Erynna yang tidak terikat sedikit serabai.

_______________________________________

Okey! Part kali ni amacam? Vote! Comment! Okey? Kalau boleh promotelah kat kengkawan.

Hanya Dia ! Where stories live. Discover now