Bab 33 - berbaik

30.7K 790 7
                                    

" awak... awak.. " kejut Erynna sedikit lembut. Rambut panjangnya yang terjuntai diikat sanggul.

" Riz.. bangunlah.. " kejut Erynna sambil menggoncangkan sedikit tubuh suaminya.

" Mukhriz! Nanti opah bisinglah! " sambung Erynna lagi.

Tengku Mukhriz menggeliat sedikit. Matanya dibuka perlahan-lahan. Tengku Mukhriz menggosok matanya dengan belakang tangan.            

" bangunlah Riz. Nanti tak sempat subuhlah!  " kata Erynna. Tengku Mukhriz hanya mendengus perlahan.Kakinya segera diatur keluar dari bilik itu.

***

" awak dah subuh belum? "  soal Tengku Mukhriz sejurus melangkah masuk kedalam bilik tidur mereka.

" dah. " balas Erynna sepatah. Tangannya ligat mengemas tempat tidur.

" lain kali tunggu saya. Kita jemaah sekali. " sambung Tengku Mukhriz.

Sejadah yang sudah dibentang Erynna dirapati.

Erynna tercengang. Dia ajak aku jemaah?

***

" opah nak masak apa untuk makan tengahari ni,  opah? " soal Erynna sambil menarik kerusi untuk duduk disamping opahnya.

" opah nak masak lauk yang hang suka sangat tu la. "

" udang masak sambal tempoyak petai ke udang masak sambal merah petai? " soal Erynna dengan teruja.

" hang nak yang mana satu? " soal Puan Kalsum.

" erm.. sambal merah Rynn biasa masak. Rynn nak opah  masak sambal tempoyak la. Nyum..nyum. " kata Erynna sambil membasahkan bibirnya dengan lidah.

" okey. Hang pi la pasaq ngan laki hang. Cari udang segar-segar. Ikan , sayur jangan lupa sekali. " arah opah.

" berehhh opah... " sampuk Tengku Mukhriz yang muncul dari ruang depan.

Erynna menoleh. Rambutnya yang diikat kuda dibawa ke depan.

***

" Riz! " panggil Erynna dari bawah rumah papan opahnya.

Tengku Mukhriz menoleh. Erynna menghidupkan enjin motor. Tengku Mukhriz mengangkat sebelah keningnya.

" jomlah cepat! Bukan jauh. Membazir minyak kalau naik kete. " kata Erynna sambil memulas minyak ke arah Tengku Mukhriz.

" awak pandai bawak ke? " soal Tengku Mukhriz.

" tadi tak nampak? " balas Erynna.

" okey! Tapi saya yang bawak. " kata Tengku Mukhriz.

" alah! Saya dah lama tak bawak motor. " rengek Erynna.

" ah! Takdek. " halang Tengku Mukhriz.

" ala.. awak bukan tau jalan kat si... " kata-kata Erynna terhenti.

" kau nak naik moto ke kereta? " potong Tengku Mukhriz.

Erynna menjeling ke arah Tengku Mukhriz. Bebola matanya diputarkan ke atas.

Motor kriss itu bertukar tangan. Erynna hanya sebagai pembonceng.

***

Satu suapan telah selamat didalam mulut Erynna.

" opah nak tanya hampa dua ni. " soal Puan Kalsum sambil menyenduk lauk.

" tanya ape pah? " soal Tengku Mukhriz.

" opah jangan tanya pasal cucu ae.. " balas Erynna seperti sudah tahu apa yang bakal keluar dari mulut Puan Kalsum.

Puan Kalsum menggeleng. Bibirnya mengukir senyuman manis.

" tak.. cucu opah dah ramai... "

Erynna menarik nafas lega.

" opah nak tanya pasal cicit je. " sambung Puan Kalsum lagi.

Erynna terbatuk.

Hambar la opah! 

" ish! Kamu ni. Hati-hati la. " nasihat pLPuan Kalsum sambil menghulurkan segelas air sirap kepada Erynna.

Puan Kalsum memandang ke arah Tengku Mukhriz.

" Riz tak kesah pah. Rynn ni je la. Busy memanjang. " balas Tengku Mukhriz.

Erynna menjeling ke arah Tengku Mukhriz. Salahkan aku pulak! 

***

Hari pertama dihabiskan dirumah. Letih perjalanan semalam masih belum hilang.

Malam itu , Tengku Mukhriz & Erynna duduk di bangku kayu sambil menghirup udara malam.

Sunyi diantara mereka. Opah pula pergi melawat kawannya yang sedang sakit.

Masing-masing menghadap sawah padi yang menghijau.

" saya nak tanya boleh? " soal Tengku Mukhriz tanpa menoleh ke arah Erynna.

" tanya je lahh.. " balas Erynna mendatar.

" awak sayang saya tak? " soal Tengku Mukhriz dalam nada perlahan.

Erynna memandang hairan ke arah Tengku Mukhriz.

" kenapa tanya?? " Erynna seperti mahu berdolak-dalih.

" tolong jawab.. " kali ini Tengku Mukhriz memaling ke arah Erynna.

Tubuh Erynna ditarik menghadapnya. Jarinya menolak dagu Erynna untuk menghadap mukanya. Kedua-dua tangannya memegang kedua-dua belah pipi lembut Erynna.

" tak kesahlah apa pun jawapan awak.. tapi saya nak mengaku yang saya betul-betul sayangkan awak. Sejak first awak marah saya kat cafe Qalish. Saya dah tau yg saya dah jatuh dengan awak. Saya betul-betul sayangkan awak. Saya betul-betul cintakan awak. Saya harap awak sudi jadi yang terakhir dalam hidup saya. " kata Tengku Mukhriz.

Bibirnya mendarat di dahi Erynna.

Lama kucupan itu.

Dalam hatinya merasakan bahawa wujud satu perasaan yang menenangkan hatinya.

Setelah Tengku Mukhriz mengucup dahi Erynna. Pipi erynna dipegang supaya menghadapanya.

Cecair jernih yang mengalir di pipi isterinya dikesat dengan hujung jari.

Rambut Erynna yang ditiup angin malam diselitkan di tepi telinga.

" sudi tak awak jadi permaisuri yang bertaktha dihati saya. Permaisuri yang ikhlas bersama. Selamanya? " kata Tengku Mukhriz romantis.

Erynna mengangguk perlahan. Tangannya mencapai tangan Tengku Mukhriz yang masih berada di pipinya.

Tangan Tengku Mukhriz dipegang lembut.

" awak kene tahu.. saat first saya salam awak waktu kita kahwin dulu.  Saya dah mula terima awak sebagai suaminya. Saya dah serahkan segala-galanya untuk awak. Walaupun hati saya masih belum terbuka sepenuhnya. Tapi perkenalan kita selama 5 bulan dengan ikatan kahwin tanpa cinta membuatkan hati saya makin menerima awak. " balas Erynna mendatar.

Masing-masing tersenyum bahagia.

Tengku Mukhriz membawa Erynna ke dalam dakapannya.

Mujurlah rumah opah jauh dari jalan raya dan jauh dari rumah orang.

Hanya Dia ! Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu