Bab 70

27.7K 612 5
                                    

Erynna duduk sambil bermain dengan Mikyad di tempat duduk hadapan. Tengku Mukhriz memandu dengan tenang. Sesekali ditoleh ke arah Mikyad untuk bermain dengannya.

" abang.. " panggil Erynna lemah.

" ya sayang. " wajah Erynna dipandang sekilas.

" stop tepi. Sayang nak muntah. " ujar Erynna tergesa-gesa lalu menutup mulutnya.

Dengan tergesa-gesa Tengku Mukhriz memberhentikan kereta di bahu jalan. Mikyad segera dipindahkan di peha Tengku Mukhriz. Dengan segera , Erynna membuka pintu dan mengeluarkan segala cecair yang meloyakan. Tangan Tengku Mukhriz menggosok lembut belakang Erynna. Tengku Mukhriz mencapai sebotol air mineral di tempat duduk belakang kereta BMWnya.

" kumur sayang. " Tengku Mukhriz menghulurkan botol tersebut kepada Erynna.

Setelah mengumurkan mulut , Erynna terus menutup pintu.

" okey tak ni? " soal Tengku Mukhriz dengan nada yang sedikit risau. Mulut basah Erynna dilap dengan tisu.

" okey. " balas Erynna lembut. Bibirnya cuba mengukirkan senyuman.

" ami? " panggil Mikyad lembut. Mikyad terus melangkah dan duduk di atas peha Erynna.

" sayang baringlah. Tidur. Nanti dah sampai. Abang kejut. " Tengku Mukhriz melaraskan kedudukkan kerusi supaya Erynna berbaring.

" along duduk belakang ae? " soal Tengku Mukhriz lembut. Rambut Mikyad dibelai ke belakang.

" aknak! Ayong nak ami! " marah Mikyad lalu turut sama baring dan memeluk pinggang Erynna.

" along.. " pujuk Tengku Mukhriz.

" aknak!! " jerit Mikyad.

" biarlah abang. Meh sini along. " Erynna menaikkan posisi perbaringan Mikyad. Mikyad bersandar di bahu Erynna. Tangan kecil anaknya itu masih memeluk tubuhnya.

" sure ni? Ke kita tak jadi balik kampung? " soal Tengku Mukhriz lembut.

" apalah abang ni! Dah separuh jalan dah. Nak balik rumah buat apa? " tegur Erynna.

" sayang sure okey ni? " Tengku Mukhriz masih lagi cemas.

" ni bukan first time. Abang tengok sayang macam ni kan? " ujar Erynna.

" yelah! Yelah! Abang risau je. " pipi kanan Erynna dicium. Perjalanan mereka yang terbantut kini diteruskan.

***

Erynna tersedar kerana tekaknya terasa loya.

" abang? " panggil Erynna perlahan. Tangannya terus diletakkan di peha Tengku Mukhriz.

" ya. " balas Tengku Mukhriz. Wajah Erynna dipandang sekilas. Kelajuan pemanduannya diperlahankan. Tangan Erynna yang berada dipehanya digenggam.

" along dah tidur. Pinggang sayang kebaslah. " adu Erynna.

Tengku Mukhriz terus memberhentikan keretanya di bahu jalan. Bantal untuk Mikyad yang memang sudah tersedia dicapai. Bantal Mikyad diletakkan dibelakang kerusi Erynna yang masih dalam keadaan berbaring. Sebelah kaki Tengku Mukhriz berada di atas seat.

Mikyad didukung perlahan-lahan. Bimbang terjaga. Mikyad menggeliat kecil. Tengku Mukhriz memujuk dengan menggosok-gosok badan anaknya itu. Setelah Mikyad kembali lena ditempat duduk belakang. Erynna membuka pintu. Sekali lagi , air di dalam tubuhnya dikeluarkan. Mulutnya dikumur-kumurkan.

" jauh lagi ke abang? " soal Erynna apabila dia kembali lega.

" lagi sejam sampailah. " Tengku Mukhriz berkata lembut.

" sorry. Kesian abang drive sorang-sorang. Sepatutnya sayang teman." ujar Erynna.

" takpelah sayang. Abang tak kesah. Sayang tidur jelah. Abang lagi kesian kat sayang. " tangan Erynna digenggam dan dibawa ke bibir.

Erynna kembali memejamkan matanya.

***

" yang.. " Tengku Mukhriz menggoncangkan sedikit bahu Erynna. Erynna menggeliat kecil dengan matanya yang masih terpejam.

" sayang.. " tubuh Erynna digoncangkan.

" herm.. " Erynna mulai membuka matanya. Mata Erynna digosok-gosok dengan belakang tapak tangan.

" bangun yang. Kita dah sampai ni! " ujar Tengku Mukhriz lembut. Erynna bangun. Shawl yang senget dimukanya dibetulkan.

" jom turun. "

" along mana? " soal Erynna.

" along tidur. Abang nak angkat beg-beg kejap. " Tengku Mukhriz menjuihkan bibirnya ke arah Mikyad yang lena tidur.

Erynna dan Tengku Mukhriz sama-sama keluar dari kereta. Setelah memberi salam , Tengku Mukhriz terus ke bonnet kereta untuk mengambil beg. Erynna pula membuka pintu belakang kereta dan mengejutkan Mikyad bangun.

Mikyad yang sudah separuh sedar didukung.

" alhamdulillah. Sampai dah cucu-cucu opah. " Puan Kalsum segera menuruni anak tangga rumahnya. Tengku Mukhriz terus menyalami jari tua Puan Kalsum sambil memberi salam.

Setelah menjawab salam dari Tengku Mukhriz , Puan Kalsum terus memeluk Erynna. Kedua-dua belah pipi Erynna dicium penuh kasih.

" along.. " Tengku Mukhriz menggegarkan lengan anaknya yang hampir tertidur semula.

" Along.. " Mikyad terus berubah tangan ke dalam dakapan Puan Kalsum.

" korang semua sihat? " soal Puan Kalsum.

Erynna dan Tengku Mukhriz sama-sama mengangguk.

" opah sihat? " ramah Tengku Mukhriz pula.

" sihat. Meh lah. Jom masuk rumah! "

Tengku Mukhriz membimbit beg-beg mereka. Apabila Erynna mahu membantu , Tengku Mukhriz segera menghalang.

Hanya Dia ! Where stories live. Discover now