Bab 76

24.4K 640 36
                                    

" aa..abang.. "

Tengku Mukhriz membiarkan panggilan dan pergerakan Erynna begitu sahaja. Dirinya letih untuk menerima perasaan hampa.

" aa.. abang.. " suara itu seakan-akan menarik perhatian Tengku Mukhriz. Tengku Mukhriz menoleh. Hatinya yang suram tiba-tiba melonjak gembira.

Tanpa sedar Tengku Mukhriz mengalirkan air mata.

" sayang? "

Erynna mengukirkan senyuman palsu disebalik alat bantuan pernafasan yang tersarung di hidung dan mulutnya.

" ya allah. Alhamdulillah. " Tengku Mukhriz bangun dan mengatur langkah untuk keluar. Namun pergelangan tangannya segera direntap Erynna. Tengku Mukhriz menoleh.

" aa..bang nak per..gi mana? " suara Erynna begitu lemah menyoal.

" abang nak panggil doktor. "

" no need. Just sit here and.. teman..kan sa..yang. " Tengku Mukhriz tidak membantah. Dia kembali duduk dan membantu Erynna yang terkial-kial menanggalkan alat bantuan pernafasan di mulutnya.

" abang.. ingat pe..san sa..yangkan? " kata-kata Erynna tersekat-sekat.

" apa sayang cakap ni?? " Tengku Mukhriz mengesat lembut airmata Erynna yang mengalir.

" sa..sayang dah tak ku..at. Sayang nak minta ma..af dari hu..jung rambut hingga hu..jung kaki sa..yang kalau sepan..jang sayang ja..di isteri abang , sa..yang ada buat salah. Sayang min..ta maaf ka..lau sayang bu..kan isteri yang baik un... " bibir Erynna dihalang oleh jari Tengku Mukhriz.

" sayang adalah isteri terbaik yang abang ada. Takkan ada orang yang mampu ganti sayang dalam hati abang. "

Erynna mengukirkan senyuman. Nafas yang ditariknya panjang seolah-olah nafas-nafas terakhir sebelum nyawanya dicabut. Tengku Mukhriz mengalirkan airmata dengan lebat saat melihat wajah Erynna yang kian pucat.

Tengku Mukhriz mengusap-ngusap lembut pipi Erynna. Tangan Erynna digenggan erat seperti tidak mahu melepaskan dirinya pergi. Tangan Erynna dibawa ke bibir dan dikucup lama. Seraya itu pintu ward Erynna dikuak dari luar. Safiyya dan Tengku Irfan kembali masuk.

" sa..yang dah tunai..kan jan..ji sayang untuk jadikan a..bang yang tera..khir dalam hi..dup sayang. " Erynna tersenyum hambar.

" mummy!! " Mikyad memanjat katil mendapatkan Erynna. Pandangan mata Erynna terpaut pada Mikyad. Erynna mengusap pipi Mikyad. Mikyad menangis-nangis seperti memahami keadaan ibunya. Erynna mengelap airmata Mikyad yang mengalir. Tidak sampai beberapa saat , tangan Erynna jatuh dari memegang pipi anaknya. Mata Erynna terpejam rapat.

" sayang!! " Tengku Mukhriz menjerit.

" Rynn! Rynn! " Safiyya menggoncangkan-goncangkan kaki Erynna.

Tengku Irfan terus keluar dan memanggil doktor. Beberapa minit kemudian seorang doktor wanita serta seorang jururawat datang dan mengarahkan mereka untuk keluar.

***

Tengku Mukhriz duduk di ruang menunggu. Tangannya meraup mukanya dengan kasar.

" ya allah. Kau selamatkanlah isteri aku. Hilangkanlah sakitnya. Andai kata kematian adalah jalan terbaik untuknya. Kau permudahkanlah segalanya. Kau ampunkanlah segala dosa yang telah dia lakukan. " Hati Tengku Mukhriz mula berdoa.

Tengku Mukhriz tersentak saat bahunya ditepuk.

" doktor dah keluar Riz. " ucap Tengku Irfan.

Tengku Mukhriz terus bangun mendapatkan doktor yang baru keluar itu. Mulutnya tidak mampu mengutarakan soalan.

Doktor wanita itu menggeleng.

" saya harap awak bersabar. Kami dah cuba yang terbaik. Allah lebih sayangkannya. Puan Erynna tidak dapat diselamatkan. " doktor itu kembali masuk ke dalam bilik ward Erynna setelah dipanggil jururawat itu.

Airmata Tengku Mukhriz mengalir laju. Betapa murah air matanya kini. Tengku Irfan terus memeluk Tengku Mukhriz.

Keluarga Erynna dan Tengku Mukhriz mula memenuhi ruang menunggu saat mengetahui keadaan Erynna yang sudah nazak beberapa jam lalu.

" macam mana Rania? " soal Puan Sri Qasidah memandang tepat ke dalam mata Tengku Mukhriz.

Tengku Mukhriz senyap. Lidahnya kelu. Otaknya sedang mencerna bahawa hidupnya akan diteruskan tanpa Erynna. Anak-anaknya akan membesar tanpa kasih sayang seorang ibu.

" Riz!! " bahu Tengku Mukhriz digoncangkan.

" Erynn dah takdek aunty. " Tengku Irfan membalas.

Puan Ezfa hampir rebah saat mendengar berita yang menyakitkan hatinya.

Seorang doktor menghampiri mereka.

" siapa suami Puan Erynna? " soal doktor lelaki itu.

" saya. " ucap Tengku Mukhriz seraya bangun dari duduknya.

" boleh ikut saya? Anak encik sesak nafas. " ucap doktor itu tergesa-gesa dan berlari meninggalkan mereka.

Bagaikan halilintar yang merentapnya. Kepalanya dihempap batu besar. Saat Tengku Mukhriz sedang mencerna pemergian Erynna. Anaknya pula kini sedang bertarung nyawa.

____________________________________

Erynna meninggal? Macam mana dengan Tengku Mukhriz nanti? Tunggu next part keyh? Vote and comment tau!

Hanya Dia ! Where stories live. Discover now