Bab 3

42.8K 1K 12
                                    


Jarum jam menunjukkan pada pukul 10.00 pagi.

Erynna , Syakira , Qalish , Afira , Safiyya & Assyura telah bersiap-siap untuk ke panggung wayang. Mereka telah menempah tiket secara online. Mereka pergi dengan menaiki kereta milik Erynna.

Erynna menekan kuat pedal minyak keretanya. Dia lebih suka membawa laju. Berbeza dengan Afira & Qalish.

***

Kebetulan pula mereka semua memang sedang bercuti. Safiyya bersuara memecahkan gelak tawa diantara mereka.

" lama tak keluar macam ni kan? "

" tahu takpe. Weekend ni jom jogging. " sambung Qalish.

Sememangnya kedai Qalish & Safiyya tutup pada hari ahad.

" okay je . " balas mereka.

Entah mengapa tiba-tiba mereka gelak hanya kerana terdengar gelakan Afira.

Bila bestfriend dengan bestfriend memang jadi gila!

***

" eeeii miyyyy.. Riz tak nak kahwinlah dengan pilihan mummy tu. Riz bukan duduk zaman jepun kene ikut pilihan keluarga. " kata Tengku Mukhriz

" mummy tak kira. Kalau tak Riz mesti kene bawak calon menantu mummy. Tapi ingat mummy tak suka Liyana makwe Riz yang tak cukup kain tu. " leteran Puan Qasidah lalu mematikan panggilan.

***

Setelah selesai menonton wayang. Memang mnjadi hobi mereka untuk bershopping.

Bermacam-macam mereka shopping. Nak kata membazir , mungkin tidak kerana 3/4 bulan skali baru kuar shopping. Yelah , masing-masing busy dengan kerjaya masing-masing. Selain itu,  mereka juga membeli belah untuk barang dapur sekali.

***

" pergh! Enjoy gila harini! " kata safiyya sambil mereka berjalan menuju ke pintu keluar yang juga merupakan pintu masuk pusat membeli belah itu. Erynna yang sedari tadi memegang segelas minuman  sambil mengelamun melanggar seorang lelaki yang tinggi lampai & berbadan tegap. Air itu tertumpah ke kemeja lelaki itu dengan pantas erynna mengucapkan maaf.

" woii! Kau buta ke? Tak nampak ae?! " tengking lelaki itu.

Nasib baik mereka berada di slot parking yang agak sunyi. Kalau tidak pasti malu teruk erynna.

" saya dah cakap sorrykan? Bukan sengaja pun. " Erynna membalas kata lelaki itu , tetapi matanya masih memandang cawan yang masih mempunyai sisa air ditangannya.

" kau pikir dengan sorry kau, kau boleh ganti baju aku ke? " lelaki itu bersuara lagi dan msih dalam nada yang tinggi.

" saya dah mintak maaf kan. " kali ini Erynna berani mendongakkan mukanya.

" muka kau lagi? " soal Tengku Mukhriz.

" kita pernah jumpa ke? " Erynna tak  berapa ingat. Ai! Maklumlah berbagai patients yang dia jumpa. Manalah dia ingat muka sorang-sorang.

" eh! Buat-buat lupa pulak! Bukan kau ke yang memekak dekat aku masa kat cafe haritu. "

" oh... Mamat ni hensem gila. But aku still paras bahu dia walaupun aku pakai heels! Bapak tingginya kau! Cayaq akuuu  " hati Erynna sudah mula memuji-muji ketampanan lelaki itu.

" woi!! Kau pekak ke?? " tersentak Erynna. Lamunannya turut terhenti.

" oh awak! Ingat-ingat. " air yang masih tersisa di cawan Erynna dilemparkan ke jejaka tampan itu.

" oupsss!  Sorry sengaja " kata Erynna sambil menutup mulutnya.

" fair & square la kan? 1-1 " sambungnya lagi. Kakinya sudah mengorak langkah pergi.

Sahabat-sahabatnya yang sedari tadi senyap terus tercengak dgn tindakan erynna yg berani mati itu.
Erynna terus berlalu pergi tanpa berkata apa-apa. Sahabat-sahabatnya hanya mengikuti dari belakang

Harap awak semua masih sudi membaca. Komenlah ya. Yang positif mungkin memberi semangat. Yang negatif mungkin mengajar saya untuk buat yang lebih baik.

Hanya Dia ! Where stories live. Discover now