Bab 43

25.7K 742 7
                                    

Sewaktu Tengku Mukhriz menuruni tangga , keadaan di tingkat bawah gelap gelita. Hanya beberapa lilin yang menerangi perjalanan ke dapur.
" kalau blackouts takkan kat bawah je. " bisik hati Tengku Mukhriz.
Tengku Mukhriz terkejut melihat penampilan Erynna yang cukup cantik malam ini. Dengan gaunnya yang berwarna pink lembut separas lutut. Bibirnya yang tercalit lipstick merah , benar-benar menggoda Tengku Mukhriz.
Tengku Mukhriz berjalan menghampiri Erynna. Anak rambut Erynna yang sudah terlepas dari sanggul diselitkan ke celah telinga.
" cantiknya sayang malam ni. " puji Tengku Mukhriz. Ikhlas dari hatinya. Erynna hanya tersenyum manis.
" dah. Jom makan. " ajak Erynna.
" sayang yang masak semua ni? " soal tengku mukhriz.
Erynna hanya mengangguk. Erynna menyendukkan nasi ayam ke dalam pinggan Tengku Mukriz. Erynna mencapai beberapa buah sebelum makan nasi.
" sedap. " puji Tengku Mukhriz.
Setelah Erynna & Tengku Mukhriz sama-sama mengemas meja , mereka sama-sama memimpin tangan mendaki tangga ke tingkat atas.

***

" abang banyak kerja ke malam ni? " soal Erynna apabila Tengku Mukhriz keluar dari bilik air.

Tengku Mukhriz terus menerpa ke arah Erynna. Tangan Erynna dicapai & digenggam penuh erat.

" abang busy macam mana pun. Kat rumah kalau sayang perlukan abang. Abang kena ada. " jawab Tengku Mukhriz.

" abang... " panggil Erynna romantis.

" hermm... " balas Tengku Mukhriz. Mata bundar Erynna ditatap penuh kasih. Dari mata terasa satu perasaan yang turut mengalir di hati.

" abang... " panggil Erynna lagi. Kali ini tangannya merangkul leher Tengku Mukhriz. Tengku Mukhriz menunduk sedikit manakala Erynna mendongak sedikit ke atas.

" ye sayang... " Tengku Mukhriz membalas. Tangnnya merayap memeluk pinggang Erynna.

" I'm pregnant!! " jerit Erynna riang.

Mata Tengku Mukhriz membulat. Senyumannya semakin melebar.

" ya allah , sayang!! Alhamdulillah. " ucap Tengku Mukhriz. Tubuh Erynna dipeluk kejap. Umbun-umbun Erynna dicium penuh kasih.

Tubuh Erynna dicempung secara tiba-tiba.

Erynna menjerit kecil disebabkan terkejut kerana kakinya secara tiba-tiba tidak mencecah lantai. Sebelah tangan Erynna merangkul leher Tengku Mukhriz. Tengku Mukhriz berpusing 2/3 kali sebelum meletakkan Erynna dia atas katil.

Tengku Mukhriz baring mengereng ke arah Erynna.

" berapa bulan anak daddy ni? " soal Tengku Mukhriz sambil mengusap perut Erynna yang masih belum kelihatan.

" 1 bulan. " jawab Erynna.

Tengku Mukhriz mencium pipi kanan Erynna.

Malam itu , berlalu dengan begitu indah sekali.

***

Tengku Mukhriz terjaga. Tangan segera mencapai jam loceng yang berada berdekatan meja. Pukul 3.00 pagi. Matanya digosok-gosok perlahan.

Telinga Tengku Mukhriz menangkap bunyi air di dalam bilik air.

" sayang? " panggil Tengku Mukhriz.

" ya allah! Sayang! " Tengku Mukhriz terus menggosong belakang Erynna yang tertunduk-tunduk di singki.

Wuek!!!

Erynna terus megeluarkan cecair-cecair yang hendak dikeluarkan.

Erynna terus mengumur mulut & membasuh mulutnya.

" dah okey? " soal Tengku Mukhriz bimbang.

Erynna mengangguk lemah. Tengku Mukhriz terus memimpin Erynna ke katil. Setelah membaringkan Erynna. Gebar ditarik hingga melepasi paras bahu Erynna.

***

" weh , jom lunch. " ajak Erynna.

" jom! Aku pun tengah lapar. Kau belanja ae. " balas Syakira. Tangannya terus merangkul lengan Erynna.

" kalau bab makan. Cepatnya. " perli Erynna.

***

" weh! Kau oder chicken chop tadi? " soal Syakira seperti terkejut.

" haah. Yang kau terkejut sangat kenapa? " soal Erynna kembali.

" taklah. Biasanya kau oder lamb chop. " balas Syakira.

" ermm , entahlah. teringin. " balas Erynna.

" kau ni. Cara cakap macan ada apa-apa je. "

" ada apa , ape Qira? " soal Erynna.

" are you pregnant? " soal Syakira. Sebelah keningnya diangkat.

" pandai kau. Dah 1 bulan dah. " balas Erynna mendatar.

" ya allah! Yeke! Tahniah babe! " bicara Syakira riang. Beberapa pasang mata mula memerhatikan mereka. Erynna sudah menunduk muka kerana malu.

______________________________________

Okey. Jangan lupa vote okey? Part kali ni macam mana? Comments lebih-lebih.

Hanya Dia ! Where stories live. Discover now