Bab 35

29.6K 899 7
                                    

" I told you before this. " kata Erynna perlahan.

" so.. selama ni awak tak main-main? " soal Lokman lagi.

Erynna menggeleng perlahan.
" sampai hati kau tipu aku?! " tengking Lokman lagi. Mujurlah laluan kecil itu tiada sesiapa lalu.
" saya tak tipu awaklah! Awak je yang tak percaya. " kata Erynna. Matanya sudah bergenang dek air mata.
" sampai hati kau kan? Bukan kejap tau...aku tunggu kau!! "

" siapa yang tunggu siapa??!! " tengking Erynna kembali. Namun suaranya tidak sekuat tengkingan Lokman.
" so?? Kau tak puas hati??!! "
" yes!! Memang saya tak puas hati! 4 tahun Lokman.. 4 tahun! Bukan sekejap! " rintih Erynna. Matanya mulai menitiskan cecair jernih.
Tengku Mukhriz hanya menjadi pemerhati. Kadang-kadang terasa bahang dirinya melihat isterinya ditengking sebegitu.
" so...kau putuskan pertunangan kita macam tu je. Pastu kahwin dengan mamat ni!!?? " tengking Lokman lagi. Amarah Lokman tidak dapat dibendung lagi. Hatinya benar-benar sakit. Tangannya diangkat separas telinga. Tengku Mukhriz terkejut melihat pergerakan tangan Lokman. Hampir sahaja penampar itu hinggap di pipi Erynna. Tengku Mukhriz segera menghalang.
" kau jangan berani sentuh bini aku! Kau sapa nak sentuh dia!? Apa hak kau?! Kau blah dari sini skang!! " tengking Tengku Mukhriz pula.Pergelangan tangan Lokman digenggam kuat. Lokman mendengus kasar. Tangannya segera direntap.
" kau pikir aku akan tengok kau bahagia macam tu je?! No way! Aku akan rampas balik hak aku walau apa cara sekalipun. " tengking Lokman kembali.

" cuba kalau berani! Pengecut! Berani dengan perempuan buat apa?! " tengking Tengku Mukhriz dalam nada sinis.

Lokman mengenggam penumbuk. Penumbuk itu dihayunkan ke arah Tengku Mukhriz.

Tengku Mukhriz jatuh terduduk. Terasa bahang di pipinya. Bila disentuh terasa sakit.

Tengku Mukhriz segera bangun dia kembali memulangkan ' buku ' yang diterima.

Lokman juga jatuh terduduk. Belum sempat Lokman bangun , Tengku Mukhriz sudah mencengkam colar bajunya.

Erynna yang melihat kejadian itu terus menghalang.

" dah laa... " rayu Erynna. Tangan Tengku Mukhriz dipegang supaya melepaskan cengkaman di colar Lokman.

Erynna memaling ke arah Lokman.
" please Lokman... " rayu Erynna.

Entah kenapa Lokman seperti berlembut hati bila dilakukan sebegitu. Akhirnya , dia terus berjalan meninggalkan pasangan itu.

***

Erynna masuk ke dalam bilik sambil membawa tuala kecil yang berisi ais.Erynna duduk di birai katil bersebelahan Tengku Mukhriz yang baru selesai mandi. Erynna meletakkan ais itu perlahan-lahan di tepi bibir kiri Tengku Mukhriz.Perlahan-lahan mata Tengku Mukhriz dibuka. Anak mata Tengku Mukhriz memandang tepat ke arah anak mata Erynna.

" saya mintak maaf. Sebab saya awak kene macam ni. " kata Erynna perlahan. Bibir Tengku Mukhriz mengukirkan senyuman kelat.
" takpelah sayang. Dah jadi tanggungjawab seorang suami untuk melindungi isterinya. " balas Tengku Mukhriz.
Erynna tersenyum manis. Setelah selesai menuam lebam Tengku Mukhriz. Erynna mahu membela rambut yang terjuntai di dahi suaminya itu. Bila dipegang , Erynna terasa panas di dahi suaminya.
" awak demam la. " kata Erynna.
" awak dah makan belum? " sambung Erynna lagi. Tengku Mukhriz hanya menggeleng perlahan. Erynna segera keluar dari bilik itu. Dia segera membuat bubur untuk Tengku Mukhriz.

***

Erynna menggoncakkan sedikit tubuh suaminya sambil memanggilnya.Tengku Mukhriz membuka mata perlahan-lahan. Erynna membantu Tengku Mukhriz untuk duduk.
" awak makan ae..pasni makan ubat. " kata Erynna sambil menyuakan sesudu bubur kepada Tengku Mukhriz. Tengku Mukhriz menjamah sedikit. Apabila tiba suapan kedua. Tengku Mukhriz sudah menggeleng kepala.
" makanlah. Nanti macam mana nak makan ubat? " pujuk Erynna lembut. Erynna mengambil thermometer yang sentiasa didalam handbagnya. Suhu badan tengku mukhriz diperiksa.

40°

Terbeliak mata Erynna.
" panasnya awak demam! " kata Erynna dengan nada terkejut. Niat untuk pulang ke KL esok terpaksa dibatalkan. Tengku Mukhriz tidak berkata apa. Setelah selesai memberikan Tengku Mukhriz makan ubat. Erynna segera bangun sambil menatang dulang tersebut.

Tangan Erynna segera ditarik.

" sayaanngg " panggil Tengku Mukhriz lembut.

Erynna menoleh ke arahnya.

" meh la teman abang. "

" japla. Saya nak letak ni jap. " balas Erynna sambil menunjukkan dulang yang dipegangnya.

" alaaa...esok la letak... "

" nan... " belum sempat Erynna berkata. Tengku Mukhriz sudah mulai merayu.

Erynna terpaksa akur.

Erynna baring mengiring menghadap Tengku Mukhriz.

Pipi Tengku Mukhriz dipegang lembut.

" boleh tak abang nak peluk sayang?? " soal Tengku Mukhriz.

" awak ni cakap macam orang tak demam je. Mana boleh! Nanti saya pulak berjangkit. " balas Erynna. Hidung mancung Tengku Mukhriz dicuit.

" bolehla. Dah laa.. abang makin sakit bila saya tak guna panggilan ' abang ' . " kata Tengku Mukhriz lembut.

" yela abang.. " kata Erynna.

Tengku Mukhriz senyum kemenangan.

Tubuh Erynna yang berada sedikit jauh dengannya ditarik mendekatinya.

_______________________________________

Hai! Amacam part kali ni. Okey? Vote and comment okey?
Muah! Haha.

Hanya Dia ! Where stories live. Discover now