Bab 25

28.9K 767 8
                                    

Setibanya di hadapan rumahnya , Erynna terus menghabiskan suapan wafer terakhirnya dengan tergesa-gesa.

Lokman membuka lampu keretanya. Suasana yang gelap tadi mulai terang dilimpahi cahaya lampu.
" ada barang-barang yang tertinggal tak? "

" ermm.. Takdek. Thank you sangat-sangat ae. Kalau takdek you. I tak tau lah sampai bila I duduk situ. "

" hehe. Don't worry. Bie akan sentiasa ada dengan sayang. " kata Lokman seraya tangannya mengelap hujung bibir Erynna yang terkena coklat dengan ibu jarinya.
Erynna tersentak. Tangannya terus menarik tangan Lokman.
" you buat ape ni? "
" I lap comot ni je. " kata Lokman sambil menunjukkan hujung ibu jarinya yang kotor.

Erynna terus keluar dari kereta milik Lokman. Erynna menundukkan sedikit badannya untuk memandang Lokman.
" thank you ae. "

" most welcome. You. Sape yang berdiri kat atas tu? "

Erynna memandang ke belakang. Dilihat Tengku Mukhriz yang berada ditingkat atas sedang bersilang tangan menghirup udara malam.

" my husband. " kata Erynna sambil melambaikan tangan kepada Lokman.

" bhai. Assalammualaikum. " ucap Erynna.

Lokman menjawab salam itu dan berlalu pergi. Setelah kereta Lokman tidak kelihatan Erynna masuk ke dalam rumah. Kereta BMWnya yang dihantar Afira sudah tiba di rumah. Dia meminta Afira untuk menghantar keretanya bagi memudahkan kerjanya esok.
Tiba-tiba hatinya gelisah melangkah masuk. Manatau Tengku Mukhriz melihat perlakuan Lokman. Erynna memberi salam & melangkah masuk. Salamnya tidak disahut. Erynna mendaki tangga ke biliknya. Setibanya dia di tingkat atas. Erynna berlalu dihadapan Tengku Mukhriz.

" asal kau balik lambat? " soal Tengku Mukhriz dengan wajah berang.

" kereta rosak. "
" macam mana boleh rosak? "
" tak tahu. "
" kereta BMW kat luar tu sape punya? "

" saya punya. " kata Erynna acuh tak acuh.

" sape lelaki yang hantar kau tu? "

" kawan. "

" jujur! "

" kawan "
" aku kata jujur! "

" bekas boyfriend saya. "

" Rania Erynna! "
" okey! Okey! Fine! Kitaorang bercinta dah lama. Tapi dia kena sambung belajar luar negara. Tiba-tiba dia datang jumpa saya lepas kita dah tunang. "

" so , kau dah cakap yang kau ni dah kahwin? "

" dah. Tapi dia macam tak percaya. Dia ingat saya ni main-main. "

" alasan! "

" betullah! Dah dia tak percaya. Apa saya nak buat. "

" kau jangan nak tipu aku la. Aku baca whatsapp kau dengan dia. "

" kalau awak baca sekalipun. Itu dia yang hantar pada saya. Bukan saya yang hantar pada dia. " Erynna berkata sedikit tegas.

" heh. Aku ingat kau ni lain. Rupanya sama je macam mana perempuan kat luar sana. MURAH! Kereta harrier yang kau pakai tu entah-entah jantan tu bagi. Tu kete BMW kat luar tu. Entah-entah ko songlap duit syurga daddy kau tu kan? Oh! Aku lupa kau kan pembantu butik je mana mampu pakai kereta mahal. Lain kalau kau ni owner butik tu. Pakai Ferrari pun aku tak kesah. " tuduh Tengku Mukhriz dengan lantang.

Erynna geram. Tangannya diangkat. Diberinya tamparan yang kuat kepada Tengku Mukhriz.

" saya tak semurah yang awak katakan. Mama dengan bah pun tak pernah hina saya macam ni. Awk hina saya macam ni! Ye, mama abah saya dulu susah. Tapi diorang tak ajar buat benda macam yang awak cakap. Diorang didik saya supaya pandai. Kereta-kereta saya, saya beli dengan duit hasil titik peluh saya sendiri. Bukan dari hasil syurga daddy atau jantan yang awak kata tadi. " Erynna menangis selepas melepaskan geramnya.

Tengku Mukhriz memegang pipinya yang ditampar. Terasa bahang kepanasan.

" heh! perempuan modalnya cuma air mata. " kata Tengku Mukhriz.

Keadaan tegang seketika.

Erynna mengatur langkah pergi.

" aku tak habis cakap lagi. " kata Tengku Mukhriz sambil menarik lengan Erynna dengan kuat.

Erynna mengaduh kesakitan. Tengku Mukhriz melepaskan genggaman dengan sedikit rentapan.

Akibat tubuhnya yang kecil. Erynna tidak dapat mengawal diri. Sebelah kakinya telah memijak tangga. Erynna hilang kawalan. Terus dirinya jatuh ke tangga.

Badan Erynna jatuh bergolek menuruni tangga demi tangga.

Tengku Mukhriz terkejut. Keadaan berlaku dalam sekelip mata. Dia tidak sengaja melepaskan genggaman tangannya dengan kasar.

Setibanya di hujung sudut tangga. Kepala Erynna terhantuk kuat ke dinding. Pandangan Erynna mulai kabur. Terasa seperti ada cecair yang mengalir dari dahinya.

Tengku Mukhriz turut meneruni tangga. Mulutnya memanggil-manggil nama Erynna. Bahu Erynna digoncang sedikit.

Tengku Mukhriz panik. Terus dicempung tubuh Erynna untuk menuruni tangga.

Erynna tidak berdaya menyahut panggilan itu. Pandangannya semakin gelap. Erynna pengsan.

***

Pedal minyak ditekan kuat Tengku Mukhriz. Erynna yang sudah terlantar disebelah dipandang silih berganti. Tangannya memegang erat tangan Erynna. Keadaan malam itu agak sunyi. Hanya bunyi deruman enjin Porschenya membelah jalan raya.

***

Tengku Mukhriz menggenggam kedua-dua tangannya sambil menundukkan muka. Doanya tidak pernah putus untuk Erynna. Tengku Mukhriz belum memberitahu kepada ibubapanya & ibu bapa mertuanya.

***

Seorang doktor baru keluar dari wad kecemasan. Tengku Mukhriz terus melulu ke arah doktor itu.

" apa hubungan awk dengan pesakit ye? " soal doktor wanita itu terlebih dahulu.

" saya suami dia. "

" okey. Luka dikepalanya agak dalam. Mujur encik segera membawanya ke hospital. Kalau tak, kemungkinan besar isteri encik akan kehilangan banyak darah. "

" sekarang dia macam mana? " soal Tengku Mukhriz.

" sekarang tekanan darahnya belum stabil. Jadi dia terpaksa ditahan wad. "

" bila dia boleh balik , doktor? " soalnya lagi.

" mungkin esok atau lusa. Mengikut kestabilan darahnya. "

" boleh saya lawat dia sekarang? "

" maaf, setelah isteri encik ditukarkan ke wad biasa. Barulah encik boleh melawat. " jawab doktor wanita yg berusia dalam lingkungan 40 tahun itu dengan tenang.

_______________________________________

Vote and comment keyh?

Hanya Dia ! Where stories live. Discover now