Bab 12

30.2K 804 5
                                    

Usai solat subuh , Erynna terus turun ke dapur. Erynna sengaja melambat-lambatkan langkahnya. Dia membelek-belek & menerjah setiap ruangan rumah ibu mertuanya itu. Erynna kagum melihat keindahan rumah yang tersusun rapi ala-ala inggeris itu.

Saat kakinya menjejak lantai dapur. Erynna terus menyapa ibu mertuanya & pembantu rumah tersebut.

" mummy nak masak apa ni?? " sapa Erynna lembut.

" ermmm , mummy ingat nak buat mihun goreng. " balas Puan Sri Qasidah.

" boleh Erynn tolong? "

" sure. Rania tolong potong sawi tu. " arah Puan Sri Qasidah sambil menunjukan ke arah sayur yang berada di atas meja.

Erynna hanya mengangguk tangannya pantas mencapai sawi tersebut.

" ouh , dia panggil aku Rania lah. Not Erynn " Erynna mula berkata-kata di dalam hati.

Setelah segala sarapan telah tersedia. Kebetulan pula adik Tengku mukhriz , Tengku Mariana muncul di ruang makan.

" hah! Baru nak muncul. Dia ni harap je anak dara tapi malas. Yang dia tahu tidur , makan , keluar jalan. Tidur , makan , keluar jalan." Puan Sri Qasidah mula berleter tentang anak daranya itu.

" ala..mummy ni. Jangan la. Malu ana depan kak ngah. " balas Tengku Mariana sambil menunduk muka.

" hah! Tahu malu. Mummy cakap bukan nak dengar. "

Erynna hanya tersenyum kecil melihat telatah 2 beranak itu.

" dah. Pergi panggil abang ngah & daddy kat atas. " arah Puan Sri Qasidah kepada anaknya.

Tengku Mariana terus mendaki tangga ke tingat atas.

***

Pembantu rumah mereka menyendukkan mihun goreng ke dalam pinggan. Setelah membaca doa makan , mereka makan bersama.

Baru sahaja Erynna hendak menyuapkan mihun ke dalam mulutnya. Puan Sri Qasidah memulakan bicaranya.

" memandangkan korang ni kahwin bukan sebab paksa tapi nak sendiri. So senanglah mummy nak dapat cucu kan. Takyah susah-susah nak bercinta dulu. "

Mihun goreng yang baru sahaja dikunyah Erynna bagaikan tersekat di tekaknya. Erynna batuk. Cepat-cepat Tengku Mariana mengulurkan segelas air.

" ish , awak ni. Budak tu baru je kahwin. Baru nak suap makan. Macam takdek benda lain nak cakap " tegur Tan Sri Alfan.

" lah. Betulkan. "Puan Sri Qasidah seperti membela diri.

" mummy nak brape ramai cucu?? " tanya Tengku Mukhriz.

Sekali lagi. Erynna tersedak. Tengku Mariana yang duduk di hadapan Erynna mula tergelak kecil.

" lagi ramai , lagi mummy suka. " balas Puan Sri Qasidah.

" okey. In shaa allah ue mummy. " balas Tengku Mukhriz sambil tersenyum sinis ke arah Erynna.

***

Setelah makan Tengku Mariana terus keluar berjumpa dengan kawan-kawannya. Puan Sri Qasidah pula keluar membantu kenduri kawannya manakala Tengku Alfan bermain golf bersama rakannya. Hanya tinggal Tengku Mukhriz & Erynna di rumah.

Erynna duduk bersila di atas sofa sambil menonton tv. Sedang Erynna bergelak tawa di ruang tamu , Tengku Mukhriz perlahan-lahan melabuhkan punggung di sebelah Erynna.

Tiba-tiba IPhone Erynna menjerit meminta diangkat.

Erynna memusingkan kepalanya untuk mencapai iphonenya. Tanpa dia sedari bibir tengku mukhriz mendarat di pipi kirinya. Erynna menjerit terkejut.

" kau nape jerit-jerit? " soal Tengku Mukhriz.

" awak ni. Bila masa ada dekat sini? " soal Erynna dengan nada yang sedikit tinggi.

" dari tadi lagi lah. Kau tu je gelak sorang-sorang. "

" pastu rapat sangat nape? "

" lantaklah. Kau tu bini aku. Kang Mak Som tengok kang. "

" habis tu sampai nak cium pipi orang tu nape?! "

" kau yang pusing. Tapi , thank you la. Gebu pipi kau. Kalau boleh pusing-pusing selalu tau. " kata Tengku Mukhriz sambil mengenyitkan matanya.

" herhhh..." Erynna terus mencapai IPhonenya & naik ke tingkat atas.

Tengku Mukhriz masih dalam keadaan terkejut. Jantungnya berdegup laju. Tanpa sedar bibirnya mengukirkan senyuman manis.

***

Selasai makan malam , kesemua ahli keluarga Tengku Mukhriz menonton televisyen di ruang tamu. Tiba-tiba Tengku Mukhriz bersuara.

" mummy, daddy. Nanti esok Riz dengan Erynn pindah rumah baru ae. "

" la. Riz. Cepatnya. Duduk la sini sebulan dua dulu ke. " pujuk Puan Sri Qasidah.

" laa.. mummy malas lah. Riz nak cepat-cepat pindah. "

" Riz pindah mana?? " Tan Sri Alfan mencelah.

" mutiara hills. "

" hati-hati. Jaga diri semua. Jangan lupa selalu-selalu datang rumah mummy. Jaga rania ni baik-baik. " Puan Sri Qasidah mula menyampaikan amanat. Tengku mukhriz hanya mengangguk.

***

Melangkah sahaja ke dalam bilik. Erynna terus mendekati Yengku Mukhriz.

" awak tak bagitau pun nak pindah? " soal Erynna mendatar.

" perlu ke? " Soalnya kembali.

" habistu awak ingat saya ni tunggul ke? " bidas Erynna.

" aku tak cakap pun. "

Erynna terus mengeluh. Dia terus merebahkan diri di atas katil milik Tengku Mukhriz.

***

Selepas subuh , Erynna terus menyiapkan pakaiannya & Tengku Mukhriz. Erynna hanya meninggalkan beberape helai bajunya & suaminya. Selepas breakfast , mereka pun bergerak ke rumah baru.

Kali ni biodata rumah Tengku Mukriz aek. Sorry kalau part ni boring sikit. Tunggu next parr yo!

Hanya Dia ! Where stories live. Discover now