Bab 17

28.2K 773 4
                                    

Apartment crystal hills.
Block A.
Tingkat 8.
Rumah no.7

Apartment crystal hills A8-7

Button send di touch.

Heh! Alamat lengkap si Safiyya ni bagi.

***

IPhone Tengku Mukhriz berbunyi menandakan ada pesanan yang masuk. Setelah melihat alamat lengkap yang di whatsapp di iphonenya. Tengku Mukhriz terus mencapai kunci kereta Porschenya & memandu keluar dari perkalangan rumah tersebut.

Kereta Porschenya laju membelah jalan raya. Hala tujuannya hanya satu. Apartment Crystal Hills.

***

Tengku Mukhriz memberi salam & mengetuk pintu. Setelah salamnya disambut Afira. Tengku Mukhriz terus menyusun langkah ke ruang tamu. Wajah pucat Erynna ditenung lama. Terus dialihkan pandangannga ke arah kawan-kawan Erynna.

" macam mana Erynn boleh pengsan? " soalan pertama yg diajukan kepada sahabat-sahabat isterinya itu.

" migraine. Dia sakit kepala sejak petang tadi dah. " laju sahaja jawapan yang keluar dari mulut Syakira.

" ouh. Takpelah. Saya bawa dia balik dulu lah. Ada ape-ape barang dia yang tertinggal? " Tengku Mukhriz meminta izin.

" handbag dia. Takpelah. Kitaorang hantarkan ke bawah. " kata Safiyya sambil menunjukkan dirinya & Qalish.

" eh! Eh! Minah ni nak jadi volunteer libatkan aku pulak. " getus hati Qalish.

Badan Erynna terus dicempung Tengku Mukhriz. Jantung Tengku Mukhriz berdegup kencang. Tidak pernah kedudukan Erynna & dirinya seperti dalam berpelukan.

***

Tubuh kecil Erynna terbaring di sebelah kerusi pemandu. Handbag Erynna bertukar tangan.

" thank you so muchhh. " kata Tengku Mukhriz.

" no hal lah. Balik kang urut kepala dia. Dia dah lama tak migraine tu. " kata Qalish prihatin. Dalam geram sayang jugak Qalish ni dekat Erynna.

Tengku mukhriz mengangguk tanda faham.

***

Sesampai di rumah , Tengku mukhriz terus mencempung Erynna ke tingkat atas. Niatnya hendak diletakkan di dalaml bilik Erynna. Tapi dia teringat akan kata-kata Qalish sebentar tadi. Terus dibatalkan niatnya.

Perlahan-lahan Tengku Mukhriz membaringkan Erynna di atas katilnya. Dia menanggalkan shawl yang sudah senget di kepala Erynna. Sanggul yang terikat kemas juga dileraikan.

Tanpa membuang masa , minyak angin di dalam laci dicapai. Jari-jari Tengku Mukhriz berlega-lega di kepala Erynna. Tengku Mukhriz juga meletakkan jarinya di hidung Erynna supaya bau minyak dapat dihidu.

Erynna menggeliat kecil. Kepalanya dianjakan dekat dengan dada Tengku Mukhriz dalam keadaan matanya tertutup.

" thanks" keluar satu perkataan dari mulut Erynna. Kepalanya masih berat sehinggakan tidak terdaya membuka mata. Dia yakin yang salah seorang dari sahabatnya yang mengurutnya sebab dia pengsan dekat rumah housematenya tadi.

Tengku Mukhriz terkejut namun badannya sikit pun tidak berganjak menjauhi Erynna. Walau degupan jantung berdegup laju namun Tengku Mukhriz selesa dengan kedudukan itu. Walau keegoan Tengku Mukhriz tinggi namun jauh di sudut hatinya timbul perasaan risau & prihatin terhadap diri isterinya itu.

***

Jam menunjukkan pukul 3.30pagi.
Erynna tidur membelakangi Tengku Mukhriz. Tangan Tengku Mukhriz melingkari pinggang Erynna. Mereka tertidur dalam pelukan.

Perlahan-lahan Erynna membuka matanya. Kepalanya sedikit lega setelah diurut. Pinggangnya terasa agak berat seperti ditindih. Perlahan-lahan Erynna memusingkan badannya. Erynna membuka mata seluas-luasnya. Erynna menjerit menyebabkan Tengku Mukhriz tersedar. Disebabkan terkejut Erynna menendang kaki Tengku Mukhriz. Malang tak berbau , bukan Tengku Mukhriz yang jatuh tapi Erynna. Sekali lagi. Nasib tidak menyebelahinya. Tidak semena-mena tangan kanannya mencecah lantai dahulu.

Krakkk!

Terasa tangannya begitu sakit. Erynna menjerit kesakitan. Cecair jernih laju mengalir dari kolam matanya.

Tengku Mukhriz terkedu. Tubuh kecil Erynna terus diraih.

Kereta Porschenya laju menghala ke hospital.

***

Group whatsapp antara keluarga Erynna & Tengku Mukhriz dicari.

Mama. Abah. Mummy. Daddy. Erynn jatuh.

Button send di touch. Tengku Mukhriz menyambung ayatnya.

tangan kanan rynn patah

Sengaja Tengku Mukhriz menghantar whatsapp. Takkanlah nak call , kacau diorang pukul 4 pagi ni.

Erynna dibenarkan pulang pada pukul 10 pagi. Keluarga Erynna yg duduk jauh tidak dapat hadir disebabkan oleh halangan dari Erynna yang tidak membenarkan mereka datang.

Erynna disambut pulang oleh keluarga mentuanya. Dia terpaksa menetap di rumah mertuanya buat sementara waktu disebabkan kehendak ibu mertuanya.

Tengku Mariana masih belum pulang sekolah. Kak marissa tinggal bersama suaminya.

Sedang Erynna melangkah masuk ke dalam rumah. Kebetulan pula Puan Sri Qasidah sedang memasak. Tan Sri Alfan sedang berborak bersama jirannya.

Erynna menuju ke tangga untuk ke tingkat atas. Tiba-tiba tangan Tengku Mukhriz berada di bahunya. Erynna memandang tepat ke arah Tengku Mukhriz yang berdiri disebelahnya.

" awak nak buat apa ni? Nak berlakon sweet pun mana ada orang pandang kita. " perlahan suara Erynna berkata. Takut-takut ada telinga lain yang terdengar.

" takyah berlakon sweet. Aku dah memang sweet. " balas Tengku Mukhriz romantis.

Erynna tersenyum sinis. Diberinya Tengku Mukhriz satu jelingan.
" menyampah! " kata Erynna berterus terang.

" aku nak tolong kau naik tangga la. "

" eleh! Orang patah tanganlah bukan patah kaki. Takdek kena mengena pun. " kata Erynna lalu menghentakkan kedua-dua belah kakinya.

" see? Dengar? Boleh jangan lagi. " sambung Erynna.

Erynna terus menaiki tangga ke tingkat atas. Tengku Muhkriz hanya mengikutinya.

_______________________________________

Keep read and vote guys! Tunggu mext part yo! Alhamdulillah. Thank you guys. Cerita ni dh cecah 1k readers.

Hanya Dia ! Where stories live. Discover now