Bab 74

23.8K 622 8
                                    

Tengku Mukhriz mengikuti langkah doktor itu ke dalam ruangan bayi. Tengku Mukhriz melihat seorang-seorang bayi yang berada di situ. Tiba di satu sudut , jururawat itu memberhentikan langkahnya. Bayi yang bertag nama Nur Rania Erynna dihalakan kepadanya.

" ni bayi encik. " seraya itu jururawat itu keluar memberikan ruang kepada Tengku Mukhriz.

Setitis air mata Tengku Mukhriz mengalir di pipinya. Bayi yang sungguh kecil itu didukung penuh hati-hati. Timbul perasaan risau di hati Tengku Mukhriz apabila mendukung bayi yang baru lahir itu. Malah bayi itu lebih kecil berbanding Mikyad sewaktu lahir. Tengku Mukhriz menghadap kiblat. Bibirnya didekatkan di telinga anaknya. Tiba-tiba kenangan dirinya mengazankan Mikyad kembali terbayang. Ketika itu dirinya berada di dalam bilik bersama Erynna.

Hati Tengku Mukhriz terasa sebak. Bibirnya itu kembali dijauhkan dari anaknya. Bukan benci tapi timbul perasaan lain yang dirinya sendiri tak mampu nak ungkap dengan kata-kata.

" abang jangan bezakan kasih sayang abang dengan anak-anak kita ya. " suara lembut Erynna terngiang-ngiang di benak fikirannya.

Tengku Mukhriz mendekatkan kembali bibirnya di telinga anaknya itu.

Allahuakhbar.. allahuakhbar..

Usai mengazankan anaknya , Tengku Mukhriz tidak dibenarkan berada di dalam ruangan bayi pada jangka masa yang lama. Tengku Mukhriz terus ke surau untuk menunaikan solat sunat. Hanya allah sahaja tempat dirinya mencari ketenangan disaat waktu-waktu sebegini.

***

" hanya seorang sahaja yang boleh melawat pesakit dan hanya 5 minit yang diberikan. "

" Riz. Kamu pergilah. Mama yakin Erynn pun nak kamu yang masuk. " Puan Ezfa menepuk-nepuk bahu Tengku Mukhriz.

" mama tak kesah? " mata Tengku Mukhriz penuh berharap.

Puan Ezfa mengangguk. Tengku Mukhriz terus memeluk tubuh tua Puan Ezfa.

Tengku Mukhriz mengikuti doktor untuk menyiapkan dirinya dengan pelbagai kelengkapan.

***

( Tengku Ammar Mukhriz P. O. V. )

Aku mendekati katil dimana tempat isteriku terlantar. Sekujur tubuh yang sentiasa memberikanku semangat untuk terus meneruskan hidupku. Sakit dan seksa hatiku saat melihat tubuhnya yang disambungkan dengan pelbagai wayar. Seolah-olah sakit yang dihadapinya turut terkena pada aku. Dengan hati yang sakit. Aku duduk di atas kerusi yang memang sudah disediakan khas. Kaki aku terasa lemah untuk berdiri. Jari-jemari Erynna aku capai. Aku cium jarinya penuh kasih.

" sayang.. " saat panggilan itu keluar dari bibir aku , tiba-tiba hatiku terasa takut dan bimbang. Aku bimbang aku tidak akan dapat memanggilnya lagi dan aku takut untuk kehilangannya. Oleh disebabkan masa yang diperuntukkan hanya 5 minit , aku mulai merangsang fikiran Erynna dengan berbicara dengannya.

" sayang.. sayang janganlah koma lama-lama. Kesian dekat along , dia asyik tanya mana mummy dia sampai abang sendiri tak tau nak balas apa. Anak kita selamat sayang. Muka dia sama macam along. Abang rasa kekok dukung baby baru kita sebab dia lagi kecil dari along dulu. Sayang cepat-cepatlah sedar , kesian kat anak kita nak susu ibu. Along pun asyik meragam je. Abang baru sedar apa pun yang abang buat takkan lengkap kalau takdek sayang. " airmata yang mengalir aku kesat dengan kasar. Tidak kisahlah aku dilabel apa pun saat ni sebab hati aku memang pedih. Aku memeluk lama tangan Erynna. Tiba-tiba bahuku ditepuk. Seorang jururawat menyuruh aku untuk keluar. Aku merasakan masa lima minit yang diberikan tidak cukup. Aku tak sanggup untuk kehilangan Erynna. Aku berjalan ke arah pintu keluar wad ICU itu. Tanganku menggenggam penumbuk. Hatiku tiba-tiba membara saat teringatkan kejadian dimana isteriku ditolak sehingga dia jadi sebegini.

Aku keluar dari ruangan ICU itu. Aku memandang along yang sedang menangis. Menepuk-nepuk dada Tengku Irfan yang sedang memujuknya. Anak aku yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa menangis seolah-olah memahami apa yang sedang terjadi. Perangainya sebiji macam Erynna yang suka menangis di dada aku. Walaupun tak sampai 12 jam perkara ini berlaku. Tapi hati aku betul-betul perit menanggung semua ni. Airmata aku yang mengalir dikesat dengan kasar. Aku bersyukur isteri aku mempunyai kawan yang cukup baik dan setia menemaninya.

Hanya Dia ! Where stories live. Discover now