Bab 77

26.1K 660 29
                                    

Tengku Mukhriz menggosok-gosok dada anaknya. Mujurlah anaknya tak apa-apa.

" angah. Angah kena kuat. Mummy dah tinggalkan daddy. Takkan angah nak tinggalkan daddy jugak. Tak kesian ke kat daddy dengan along? " Tengku Mukhriz berkata dengan nadanya yang teresak-esak.
Sudah hampir satu jam Tengku Mukhriz berada di ruangan bayi. Hatinya meronta-ronta untuk menemani Erynna. Tapi anaknya lebih memerlukannya. Tengku Mukhriz duduk mendukung anaknya dan merenung ke luar tingkap.

" abang janji sayang. Abang takkan bezakan kasih sayang abang untuk anak-anak kita. " dahi Mikdam dicium. Ya. Tengku Raiyan Mikdam. Nama yang dipilih Erynna.

Tengku Mukhriz kembali meletakkan Mikdam di dalam katil bayi. Tengku Mukhriz menutup pintu ruangan bayi dengan perlahan-lahan.
Tiba-tiba pinggang Tengku Mukhriz dipeluk dari belakang setelah pintu ruangan bayi ditutup. Tengku Mukhriz melihat tangan yang memeluknya masih bersambung dengan wayar yang menyambungkan air ke tubuh pemilik tangan tersebut.

" abang.. " suara orang yang memeluk Tengku Mukhriz seakan-akan tengelam kerana wajahnya yang dekat dengan belakang Tengku Mukhriz.

Tengku Mukhriz melepaskan pelukan di pinggangnya dan berpusing menghadap orang yang memeluknya.

Tengku Mukhriz benar-benar terkejut melihat orang yang memeluknya. Wajahnya yang pucat tidak menghalang sedikit pun kecantikan di wajahnya.

" sayang? " mata Tengku Mukhriz berkaca.

Erynna mengukirkan senyuman memandang suaminya.

" no! Dahlah sayang. Jangan buat abang macam ni. Jangan buat abang terus terseksa macam ni. Hati abang sakit. " ucap Tengku Mukhriz. Letih dengan bayang-bayangan Erynna yang asyik menyinari hidupnya dengan harapan palsu. Erynna dah meninggal. Mustahil Erynna boleh berada di sini.

" kalau abang boleh bangun untuk sayang. Why not sayang bangun dari koma untuk abang and anak-anak kita. " Erynna tersenyum manis.

Tengku Mukhriz memandang wajah pucat Erynna. Tiba-tiba Erynna memegang kepalanya. Badanya terhuyung-hayang berdiri. Besi penyangkut packet air yang dimasukkan ke dalam badan Erynna jatuh. Begitu juga dengan Erynna. Tengku Mukhriz segera memaut pinggang Erynna sebelum tubuh Erynna menyembah lantai. Mulutnya menjerit-jerit memanggil doktor. Tubuh Erynna terus dicempung dan diletakkan di atas stretcher yang ditolak jururawat.

***

" ni semua keajaiban daripada Allah. Perkara-perkara begini jarang berlaku. Kebiasaanya pesakit yang menghidap penyakit jantung , nadinya terhenti. Semua ini kuasa allah. Keadaan puan Erynna stabil tapi dia masih perlukan banyak rehat. So , kami terpaksa tahan puan Erynna dalam seminggu lagi sehingga keadaannya betul-betul stabil. "

" anak encik semakin pulih dan boleh dipindahkan sebilik dengan ibunya. "

Dua berita yang tadi memeritkan hati Tengku Mukhriz kini membuatkan hati Tengku Mukhriz bahagia dan bersyukur. Kalau allah nak ambil dia ambil. Kalau Allah nak bagi dia bagi. Segalanya atas kehendak Allah.

Erynna membuka matanya perlahan-lahan apabila terasa tangannya digenggam.

" assalammualaikum sayang. " Tengku Mukhriz mencium dahi Erynna.

Erynna menjawab salam tersebut. Mikyad yang duduk di atas katil bersebelahan Erynna terus memeluk Erynna.

" mummy!! " jerit Mikyad.

" auch! " Erynna memegang perutnya yang dilanggar Mikyad ketika anaknya itu memeluk tubuhnya.

" sayang okey tak ni? " Tengku Mukhriz terkejut memandang Erynna yang memejamkan mata dengan rapat.

" takdeklah. Sakit sikit je. " balas Erynna sambil tersenyum. Erynna membalas pelukan Mikyad.

" sekarang pukul berapa? " soal Erynna sambil memandang ke arah Tengku Mukhriz.

" dah pukul 10 malam dah sayang. Yang lain semua baru balik. " balas Tengku Mukhriz lalu menguis-nguis rambut Erynna.

" abang.. "

Tengku Mukhriz memandang tepat ke dalam anak mata Erynna.

" sayang laparlah. " rengek Erynna.

" mummy ada bagi bekal tadi. Meh abang suapkan. "

Mikyad didukung dan diletakkan di sebelah Erynna. Tengku Mukhriz membantu Erynna untuk duduk.

" anak kita macam mana? "

" anak kita sihat sayang. Muka dia sama macam along. " Tengku Mukhriz menggosok kepala Mikyad.

Seraya itu seorang jururawat masuk ke dalam bilik mereka dengan menolak katil bayi. Jururawat itu meletakkan katil bayi itu di sebelah katil Erynna sebelum keluar.

" baby? " Mikyad sudah mulai gembira.

" angah " balas Tengku Mukhriz.

Erynna merenung lama bayi yang baru diletakkan disebalahnya. Matanya sudah mulai berkaca.

" assalammualaikum sayang.. " pipi gebu Mikdam diusap lembut.

" berapa lama sayang koma? Anak kita ada ibu susuan ke? " mata Erynna memandang Tengku Mukhriz penuh berharap.

" seminggu. Angah takdek ibu susuan sayang. Abang tak bagi sebab abang percaya sayang sedar. "

Erynna mendukung anak kecilnya itu.

Airmatanya mengalir. Airmata bahagia.

Dahi Mikdam dicium lembut.

Hanya Dia ! Where stories live. Discover now