Bab 48

24.9K 715 10
                                    

Tengku Mukhriz memejamkan matanya apabila terdengar pintu dikuak dari luar.

Erynna mendekati Tengku Mukhriz yang sudah tidur. Perlahan-lahan tubuhnya dihenyak ke katil supaya tidak menganggu suaminya. Erynna memandang tepat muka kacak dihadapannya kini. Airmatanya mulai bergenang.

" apa sayang dah buat? Kenapa abang buat sayang macam ni? Abang dah tak sayang anak kita ke? Abang dah tak nak ca..cakap dengan Rynn ke? " soal Erynna sayu. Wajah Tengku Mukhriz diusap lembut.

" abang tau tak kepala Rynn sakit sangat pagi tadi. Sayang betul-betul tak tahan. Rasa nak pitam je. Tapi tulah , abang kan tak peduli kat Rynn. Nasib baiklah tadi abang sambut Rynn. Kalau tak , tak tau apa jadi kat baby kita. Nasib baik jugalah abang sanggup pinjamkan kejap badan abang untuk Rynn nangis. Rynn rindu semua tu. Rynn rindu abang panggil Rynn sayang. " luah Erynna sambil menangis. Badan Tengku Mukhriz dipeluk kejap. Tengku Mukhriz cuba menahan sedaya upaya dari mengalirkan air matanya.

Erynna melepaskan pelukannya.

" abang. Abang tau tak kenapa Rynn balik lambat tadi? Sebenarnya Rynn bleeding kat hospital tadi. Sakit sangat. Rynn ingat Rynn dah tak dapat kandung anak kita. Tapi alhamdulillah. Allah masih bagi peluang kat Rynn. Qira nak call abang , tapi Rynn tak bagi. Rynn takut kalau abang tak datang & tak pedulikan baby kita lagi. Rynn takut kalau Rynn bertambah risau , lagi bahayakan baby ni. " cerita Erynna tentang kejadian yang berlaku pagi tadi.

Satu ciuman diberikan kepada Tengku Mukhriz.

" selamat malam abang. Mimpi indah ye. " sambung Erynna. Erynna terus membawa diri ke bilik sebelah. Biliknya dulu.

***

Tengku Mukhriz membuka matanya perlahan-lahan apabila bunyi pintunya kembali tertutup. Airmata lelakinya akhirnya jatuh membasahi pipi. Tengku Mukhriz terus bangun dari baringnya.

" ya allah. Berdosanya aku. Kenapa aku seksa hati isteri aku? Kenapa aku jadi seorang suami & bapa yang lalai? Astafirullahhalazim. " Tengku Mukhriz meraup mukanya. Dia benar-benar tak sangka dengan cerita Erynna. Anaknya hampir mati kerana dirinya.

***

Saat Tengku Mukhriz tiba di tingkat bawah. Kedengaran enjin kereta Erynna sudah keluar dari perkarangan rumah. Tengku Mukhriz masuk ke dapur. Dia merapati meja makan yang menarik minatnya. Bau nasi goreng betul-betul menusuk hidungnya. Tengku Mukhriz duduk & mengambil sekeping nota yang ditinggalkan Erynna.

Awak makan ae. Penat saya masak. Saya pergi kerja dulu. Assalammualaikum.

Tengku Mukhriz tersenyum.Tengku Mukhriz menyendukkan nasi ke dalam pinggannya. Nasi goreng terus disuap ke dalam mulut.

***

Erynna keluar dari pejabatnya dengan lemah. Kereta dipandu tanpa hala tuju. Erynna membelok masuk ke simpang pejabat Tengku Mukhriz. Sekarang waktu makan tengahari , pasti pejabatnya kosong.

Erynna mengatur langkah ke dalam lif. Tingkat 20 ditekan.

Pintu bilik pejabat Tengku Mukhriz dibuka perlahan-lahan. Sunyi.

Erynna mengatur langkah ke arah meja kerja Tengku Mukhriz. Matanya tertangkap ke arah satu sampul sederhana besar. Erynna terkejut apabila gambarnya yang sedang meratapi sebuah kubur bayi & beberapa keping gambar dirinya & Lokman. Gambar ketika mereka berada di kolej. Terserlah kemesraan mereka. Terdapat pula satu keping surat di dalamnya.

Terkejut? Tak sangka isteri yang kau sayang sangat tu pernah mengandung? Kesiankan anak dia mati. Mati kena bunuh or dia sengaja gugurkan? Kesian kau kan dapat bekas orang! Tak sangka pakai tudung. Nampak macam suci sangat. Tapi perangai?

Erynna terkejut membaca surat itu. Erynna tersentak apabila bunyi pintu dikuak dari luar.

Tengku Mukhriz terkejut apabila Erynna berdiri di hadapannya. Tanpa banyak kata Erynna menarik tangan Tengku Mukhriz keluar dari pejabat. Kereta dipandu ke arah tanah perkuburan.

" awak nak bawak saya pergi mana ni?! " soal Tengku Mukhriz apabila dia ditarik ke arah sebuah kubur bayi. Kubur seperti di dalam gambar.

Erynna merentak tangan Tengku Mukhriz apabila mereka berdiri betul-betul dihadapan kubur bayi yang berada di dalam gambar.

" apa ni?! " marah Tengku Mukhriz.

" baca nama sapa tu! " arah Erynna.

Tengku Mukhriz memandang ke arah batu nisan kecil itu.

" Nur Rania Eryzza bt Razman? " soal Tengku Mukhriz.

" kubur ni? Kubur ni yang buat awak benci dengan saya? Kubur kakak kembar saya sendiri? Awak lagi percaya orang lain dari percaya isteri awak sendiri? " Erynna menjeling ke arah Tengku Mukhriz. Setelah dia habis berkata kakinya terus diatur ke arah kereta.

Tengku Mukhriz mengejar Erynna yang sudah jauh kedepan. Tengku Mukhriz memegang bahu Erynna & memusingkan tubuh Erynna untuk menghadapanya.

" abang minta maaf. " ucap Tengku Mukhriz.

Erynna masih senyap.

" sayang? " panggilnya lagi.

" dahlah. Saya nak balik. " balas Erynna.

" biar abang drive. " ucap Tengku Mukhriz sambil mengambil kunci kereta harrier di dalam genggaman Erynna. Tengku Mukhriz membukakan pintu untuk isterinya duduk di sebelah pemandu.

_______________________________________

Haish! Okey! Comment and vote ae. Jangan lupa baca novel kedua saya. Aku bukan isteri simpanan.

Hanya Dia ! Where stories live. Discover now