Bab 68

25.5K 639 10
                                    

Erynna menatang sedulang teh o serta cucur ikan bilis ke arah meja kopi yang tersedia bersebelahan kolam. Setelah meletakkan dulang , Erynna duduk di kerusi yang turut disediakan.

" ami!! Ami!! " riang Mikyad memanggil Erynna.

" ye sayang! Mummy kat sini! " Erynna melambai ke arah anaknya.

" sinilah sayang. Mandi dengan abang. " mata Erynna dipandang tepat. Tangannya ligat menjaga Mikyad yang lasak.

Erynna menuju ke arah kolam. Kaki Erynna terus dicelupkan ke dalam kolam.

" ami!! Andilah!! " Mikyad memercik-mercikkan air kepada Erynna.

" ye. Ye. Mummy mandilah ni. " ujar Erynna. Air kembali dipercikkan kepada Mikyad dengan lembut.

Tengku Mukhriz melepaskan Mikyad perlahan-lahan. Pelampung dileher Mikyad tidak dilepaskan.

" ami! Edi! " jerit Mikyad gembira.

" ye sayang! " balas Tengku Mukhriz. Tangannya dilambai-lambaikan kepada Mikyad.

Tengku Mukhriz memandang Erynna yang masih duduk di tepi kolam. Tangan Tengku Mukhriz diletakkan di peha Erynna.

" sayang okey tak ni? Muka pucat je. " Tengku Mukhriz menyoal sambil menatap wajah isterinya.

" entahlah. Sayang sakit kepala dari pagi tadi lagi. " Erynna berlaku jujur.

" kita pergi klinik nak? "

" takyahlah! Sikit je. Sayang dah telan panadol dah. "

" sure? " risau Tengku Mukhriz berkata.

" ye. Abang takyah lah risau sangat. " balas Erynna sambil menatap wajah kacak suaminya.

" edi!! Edi!! " jerit Mikyad. Tangannya digapai-gapaikan di air.

" along!! " jerit Tengku Mukhriz cemas. Tengku Mukhriz terus berenang ke arah Mikyad. Erynna juga sudah masuk ke dalam kolam.

Tengku Mukhriz mendukung Mikyad ke tepi kolam. Pelampung di leher Mikyad ditanggalkan. Tengku Mukhriz memeluk tubuh kecil Mikyad. Mata Erynna mulai berkaca. Mikyad terus mendapatkan Erynna yang sedang menggosok belakang badannya. Mikyad mengeluarkan tawanya apabila didukung Erynna.

Tengku Mukhriz memandang Erynna pelik. Erynna juga memandang Tengku Mukhriz pelik.

" ouh! Along tipu daddy ae?! " Tengku Mukhriz terus memegang kedua-dua belah pinggang anaknya. Mikyad menguatkan lagi pelukannya di leher Erynna. Meronta-ronta badannya kerana digeletek Tengku Mukhriz.

Erynna terdiam dengan tindakan Mikyad. Kemudian tawanya meletus.

" ya allah! Dulu daddy kena dengan mummy. Sekarang kena dengan along pulak. " Tengku Mukhriz berkata dengan nada yang tidak percaya. Kepalanya digeleng-gelengkan.

Kemudian Mikyad kembali merangkul leher Tengku Mukhriz. Pipi kanan Tengku Mukhriz dicium. Mikyad melompat beberapa kali sambil menepuk tangan.

" sebijik macam perangai mummy. " perli Tengku Mukhriz. Erynna hanya ketawa. Tak sangka anaknya mengikut perangainya.

***

Erynna menyandarkan kepalanya di dada Tengku Mukhriz. Tengku Mukhriz juga bersandar di atas sofa di ruang tamu.

Mikyad bermain bersama patung-patung ultramannya. Ultramannya itu dihala-halakan ke arah Erynna dan Tengku Mukhriz. Tengku Mukhriz pula setia melayani karenah anaknya.

" abang.. " panggil Erynna dengan suara meleretnya.

" herm.. " balas Tengku Mukhriz sambil memuntal-muntal hujung rambut Erynna.

" abang busy tak hujung minggu ni? " soal Erynna.

" erm. Tak. Nape? "

" jom balik rumah opah nak? " soal Erynna.

" okey. Abang tak kesah. Lagipun along pun dah lama tak jumpa moyang dia. " balas Tengku Mukhriz.

" herm.. " Erynna memeluk pinggang Tengku Mukhriz dengan suaranya yang meleret.

" kenapa isteri abang manja sangat malam ni herm? " soal Tengku Mukhriz lembut. Umbun-umbun Erynna dicium berkali-kali.

" ami.. " Mikyad menggegarkan paha Erynna.

" ye sayang. " balas Erynna. Kepala Mikyad digosok lembut.

" nak boom! " ucap Mikyad pelat lalu memanjat ke atas sofa dan meletakkan kepala di atas peha Tengku Mukhriz.

Tengku Mukhriz menggsok lembut kepala Tengku Mikyad.

" ami. Nak nenen. " Mikyad memandang mata Erynna yang yang sedang bersandar di dada Tengku Mukhriz.

" jom! " Erynna bangun dari bersandar di dada Tengku Mukhriz. Tangannya di depakan ke arah Mikyad. Mikyad terus bangun dari perbaringannya dan terus melompat ke dakapan Erynna.

" beratnya anak mummy ni! " ucap Erynna lalu bangun dengan Mikyad di dalam dukungannya.

Tengku Mukhriz turut bangun untuk mengekori Erynna. Erynna memegang kepalanya dan hampir terduduk kembali. Bahunya terus dipegang Tengku Mukhriz.

" sayang okey tak ni? " soal Tengku Mukhriz cemas.

" sayang sakit kepalalah. " adu Erynna.

" dah! Dah! Meh along kat daddy. " Mikyad terus bertukar tangan. Sebelah tangan Tengku Mukhriz mendukung Mikyad. Sebelah lagi tangannya memeluk bahu Erynna untuk membantu isterinya berjalan.

_______________________________________

Sorry guys. Kalau part ni ngarut sikit.

Hanya Dia ! Where stories live. Discover now