Bab 73

23.5K 637 17
                                    

Berderau darah Tengku Mukhriz. Tangannya menggigil-gigil saat melihat sekujur tubuh yang berlumuran darah dihadapannya. Darah mulai mengalir dari kepala dan celah peha Erynna. Tengku Mukhriz terus memangku kepala Erynna. Lidahnya terasa kelu. Airmatanya bagaikan hujan lebat mengalir keluar membasahi pipi. Kereta yang melanggar Erynna terus berlalu. Liya pula bagaikan tak keruan. Dia terus melarikan diri tanpa menoleh ke belakang lagi. Kereta-kereta yang baru sampai mulai mengkerumi tempat Erynna terbaring.

***

Tengku Mukhriz serta kawan-kawan Erynna mulai memenuhi ruang menunggu dihadapan bilik bedah.
Tengku Mukhriz menggenggam kedua-dua belah tangannya yang terketar-ketar. Tengku Irfan dan Asyraf menepuk-nepuk dan menggosok belakang Tengku Mukhriz untuk memberikan semangat kepada sahabat mereka itu.

Ibubapa Erynna dan Tengku Mukhriz berlari anak ke arah Tengku Mukhriz.

" macam mana keadaan anak mama Riz? " soal Puan Ezfa cemas.

Tengku Mukhriz diam seribu bahasa.

" Riz! Mummy tanya ni?! Rania macam mana?? " bahu Tengku Mukhriz digoncangkan.

" aunty. Sabar aunty. Erynn kat dalam lagi. " pujuk Qalish.

Tubuh Puan Sri Qasidah dipeluk Qalish. Puan Ezfa hampir jatuh rebah. Namun sempat ditahan oleh Afira. Tubuh Puan Ezfa terus dipeluk. Belakang ibu sahabatnya itu digosok lembut bagi melahirkan rasa sabar dan tabah di dalam hatinya.

Peha Tengku Mukhriz tiba-tiba dipegang oleh satu tangan kecil. Tengku Mukhriz memandang wajah anak kecilnya itu.

" daddy. Mummy ane? " soal Mikyad.

Mata Tengku Mukhriz kembali berkaca.

" Iyad. Meh kat mak long. " pujuk Safiyya. Sahabat kepada Erynna dan merangkap sepupu kepada Tengku Mukhriz.

" aknak! Mummy ane?! " Mikyad mulai meragam.

" mummy ada. Jap lagi mummy sampai ae. " Safiyya masih lagi memujuk. Airmatanya yang hampir kering mulai mengalirkan cecair jernih semula.

Mikyad memeluk kaki Safiyya. Safiyya menunduk dan memeluk tubuh Mikyad. Syakira dan Assyura hanya menahan tangis melihat wajah Mikyad dan sahabat mereka yang sedang bertarung nyawa di dalam ruangan bedah.

Seorang wanita berumur 30an yang berjubah doktor keluar. Tengku Mukhriz dan ahli keluarga mereka melulu mendapatkan doktor itu.

" macam mana isteri saya doktor? " Tengku Mukhriz menyoal cemas.

" keadaan pesakit dalam keadaan kritikal. Kemungkinan besar jika bayi selamat , ibu tidak selamat. Ibu selamat , bayi tidak selamat. Keadaan mereka 50-50. " tenang sahaja doktor itu menyampaikan keadaan.

" buatlah apa sahaja doktor. Asalkan anak isteri saya selamat. "

" kami akan cuba sedaya upaya. Tapi allah yang menentukan. Kami harap encik dapat menerima segala kemungkinan yang bakal berlaku. "

Doktor muda itu terus meninggalkan mereka. Tengku Mukhriz terus memeluk bapanya.

" daddy!! Anak Riz daddy!! Erynn!! " Tengku Mukhriz menangis di bahu Tan Sri Alfan.

" sabar Riz. Allah dah tentukan segalanya. Kita hanya mampu berdoa. " belakang Tengku Mukhriz digosok lembut. Airmata Puan Ezfa mengalir makin lebat. Encik Razman mula mengalirkan airmata mengenangkan nasib anaknya.

***

Tengku Marissa yang baru sahaja sampai terus mendapatkan Tengku Mukhriz.

" sabar Riz. Apa yang Erynn lalui sekarang. Kak Ya dah lalui. Kak Ya yakin Erynn selamat. Dia kuat! " Tengku Marissa mula memberi kata-kata semangat kepada adiknya. Tengku Mukhriz senyap.

***

Pembedahan yang mengambil masa hampir 4 jam itu membuatkan hati Tengku Mukhriz tidak keruan. Sahabat-sahabat Syakira masih setia menunggu walaupun sudah dipaksa untuk pulang. Begitu juga dengan ibubapa Tengku Mukhriz dan ibubapa Erynna. Pintu ruangan bedah itu terbuka. Doktor yang menyatakan keadaan Erynna 4 jam sebelum itu kembali keluar. Tengku Mukhriz adalah orang pertama yang berlari mendapatkan doktor itu.

" ada satu berita baik dan satu berita kurang baik yang saya ingin sampaikan. Berita baiknya ialah Puan Erynna selamat melahirkan bayi lelaki walaupun tak cukup bulan dan berita kurang baik pula ialah keadaan Puan Erynna kritikal dan pesakit sedang koma. Kami tak tahu sampai bila pesakit akan koma. Mungkin mengambil masa beberapa jam. Beberapa hari. Beberapa bulan. Bahkan tak mustahil pesakit boleh koma selama bertahun lamanya. Ianya bergantung pada ketahanan tubuh pesakit sendiri. Saya harap encik dapat bersabar. "

Airmata Tengku Mukhriz mengalir buat kesekian kalinya.

" encik boleh berwudhuk dan ikut saya untuk azankan bayi. " sambung doktor itu lagi.

_______________________________________

Guys! Minta maaf banyak-banyak. Rupanya ada 83 bab! Sorry! Jangan boring tau. Sebab I will make sure cerita dia berbeza.

Hanya Dia ! Where stories live. Discover now