Bab 75

24.6K 612 11
                                    

Sudah seminggu Erynna koma. Erynna dipindahkan ke ruangan VVIP untuk memudahkan Tengku Mukhriz dan keluarga mereka untuk merawatnya. Mujurlah Tan Sri Alfan sudi untuk mengambil alih syarikat buat sementara waktu ini. Tengku Mukhriz pula menginap di hospital. Sudah puas dipaksa balik dan bergilir-gilir dengan ahli keluarga yang lain untuk menjaga Erynna. Tetapi Tengku Mukhriz tidak mahu. Dia mahu saat Erynna membuka matanya dialah orang pertama yang Erynna nampak. Anak kecil mereka pula masih ditahan ward kerana tidak cukup bulan manakala Mikyad dijaga oleh ibubapa Tengku Mukhriz. Ibubapa Erynna turut menginap di rumah ibubapa Tengku Mukhriz. Hari ini Mikyad akan dibawa untuk berjumpa Erynna memandangkan keadaan Erynna yang sudah semakin parah.
Jari-jemari Erynna digenggam erat oleh jari-jemari Tengku Mukhriz.

" sayang. Bila sayang nak sedar ni? Sayang tak rindu abang ke? Tak rindu along? Sayang tak nak tengok anak baru kita? Sayang kena sedar sebab anak kita kecil sangat sayang. Dia perlukan sayang. Along pun hari-hari tanya mummy dia kat mana. Sampai abang pun tak tau nak jawab apa lagi sayang. Dulu abang koma abang boleh sedar sebab sayang je. Sekarang ni abang nak sayang sedar bukan sebab abang je. Sebab anak-anak kita sayang. Diorang perlukan mummy diorang sayang. " ucap Tengku Mukhriz sayu.
Pintu ward Erynna dikuak dari luar. Ibubapa Tengku Mukhriz hanya menghantar Mikyad dan meninggalkan keluarga kecil itu untuk bersendirian.

" daddy? " Mikyad memegang peha Tengku Mukhriz yang sedang duduk.

" mummy? " soalnya lagi.
Tengku Mukhriz mendukung Mikyad dan meribanya. Mikyad memandang Erynna yang sedang berbaring dengan alat bantuan pernafasan yang menutup hidung dan mulutnya.

" mummy!! " Mikyad mahu memanjat katil tetapi segera dihalang oleh Tengku Mukhriz.

" mummy!! Angun!! Angun!! " Mikyad menggoncang-goncangkan lengan Erynna. Tengku Mukhriz menahan sebak melihat anaknya itu.

" along.. jangan kacau mummy tidur sayang. " Tengku Mukhriz memujuk Mikyad yang sudah menangis. Tengku Mukhriz memandang wajah pucat Erynna. Tengku Mukhriz terkejut melihat air mata Erynna yang mengalir. Jari-jemari Erynna mula bergerak perlahan. Tengku Mukhriz terkejut dan terus mendukung Mikyad dan berlari keluar mendapatkan doktor.

***

Doktor yang merawat Erynna keluar dari bilik ward. Doktor menyatakan bahawa pergerakan itu hanyalah tindak balas positif daripada Erynna tapi keadaannya masih sama.

Tengku Mukhriz hampa namun hatinya masih bersyukur. Sekurang-kurangnya ada tindak balas positif daripada Erynna walaupun sedikit.

***

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Mikyad sudah tertidur di sofa yang disediakan di bilik ward itu. Tengku Irfan mendukung anak buahnya untuk dibawa pulang. Mikyad terjaga , menangis-nangis Mikyad saat mahu pulang meninggalkan Erynna. Tengku Irfan memujuk-mujuk Mikyad. Safiyya mencium dahi Erynna sebelum meninggalkan sahabatnya. Setelah dipujuk Tengku Irfan dan Tengku Mukhriz , Mikyad akhirnya merelakan diri untuk pulang. Mikyad menyalami tangan Tengku Mukhriz dan Erynna. Pipi kanan Erynna dicium oleh Mikyad. Mikyad keluar sambil memimpin sepupunya Intan yang kini berusia setahun. Intan ialah anak kepada Tengku Irfan dan Safiyya.

***

Setelah Mikyad pulang bersama Tengku Irfan. Tengku Mukhriz duduk di sisi Erynna lalu menggengam erat jari jemari Erynna. Kepalanya dilentokkan di atas katil beralaskan lengannya. Tiba-tiba genggaman tangannya dibalas. Tengku Mukhriz memandang jari-jemari Erynna yang membalas genggaman tangannya. Namun hatinya mengatakan tidak. Bimbang ianya hampa. Bimbang jika dirinya berhalusinasi.

" aa..abang.. "

Hanya Dia ! Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ