Bab 29

30.8K 970 3
                                    

" Rynn... dah siap belum?? " soal Tengku Mukhriz sambil mengetuk pintu bilik Erynna.

" jap! Nak siap dah!! " jerit Erynna dari dalam.

" nak masuk boleh? " soal Tengku Mukhriz lagi.

" masuk arh. "

Tengku Mukhriz melangkah masuk. Terpegun dia melihat Erynna yang memakai baju kurung moden yang mengikut bentuk tubuhnya.

Pergerakan Erynna berhenti seketika. Dia berpusing menghadap Tengku Mukhriz. Erynna mengangkat sebelah keningnya.

" kata nak masuk , nape duk kat situ lagi? "

" cantik. " puji Tengku Mukhriz mendatar.

Tengku Mukhriz menutup mulut. Perkataan itu secara spontan keluar dari mulutnya. Muka Erynna merah. Dia kembali menghadap cermin. Dia terus memakai lipstik fushia terang dibibirnya dan terus mencapai handbagnya. Saat kaki Erynna hendak melangkah keluar. Tengku Mukhriz segera menghalang. Erynna memandang tajam ke arah Tengku Mukhriz.

" butang baju saya? "

" ish.. jap! "

Erynna menghilangkan diri sebentar. Dia kembali dengan butang ditangan. Setelah siap mereka sama-sama turun ke bawah. Erynna menyarungkan kakinya dengan wedges heel 3 inci berwarna cream.

" awakk... " panggil Tengku Mukhriz. Erynna menoleh. Erynna memandang ke arah iphone Tengku Mukhriz yang menghala dari atas. Beberapa keping gambar dengan pelbagai gaya diambil.

" send kat saya. " kata Erynna sambil menuju ke arah Porsche Tengku Mukhriz. Pintu sebelah penumpang diduduk.

Seketika kemudian iphone Erynna berbunyi bahawa ada whatsapp yang masuk. Erynna membuka. Gambar-gambar yang dihantar Tengku Mukhriz. Erynna melihat gambar itu satu persatu. Tekun dia melihat gambar yang menampakkan kemesraan mereka. Baju melayu Tengku Mukhriz & baju kurung Erynna matching berwarna merah.

***

Tengku Mukhriz memarkirkan kereta. Serentak itu , ada sebuah mercedes juga turut memarkirkan kereta di sebelah kereta milik Tengku Mukhriz.

Erynna & Tengku Mukhriz keluar dari perut kereta.

" Erynn!! " jerit Safiyya yang baru keluar dari tempat pemandu.

Erynna terkejut. Dia juga membalas pelukan Safiyya. Mereka sama-sama berlaga pipi. Diikuti Syakira & Afira. Sedang mereka berpelukan. Satu lagi kereta memarkirkan kereta dibelakang kereta Safiyya. Dari jauh kelihatan Assyura yang berjalan ke arah mereka. Mereka berlaga pipi dengan Assyura. Tengku Mukhriz & suami Assyura, Amirul bersalaman.

Assyura , Syakira , Erynna , Safiyya , Afira berjalan seiringan.

Tengku Mukhriz & Amirul sama-sama berdehem.

Erynna & sahabat-sahabatnya sama-sama menoleh kebelakang.

" saya dah jumpa geng saya. So.. awak kawanlah dengan Mirul tu. Tanya la dia apa-apa. Dia mesti jawab. Dia pilot tau. " kata Erynna seolah memahami isyarat Tengku Mukhriz.

***

Erynna terlebih dahulu memberi salam ketika masuk ke dalam bilik pengantin.

Qalish pula bersalaman & berlaga pipi dengan sahabat-sahabatnya.

Saat memandang akan sahabat-sahabatnya Qalish mulai bergenang dengan air mata.

" ehh...ehh... nape nangis. " soal Erynna.

" tak percaya. " balas Qalish.

" apa ni! Nak nangis pulak. Pengantin kena happy. " balas Asyyura.

" sepatutnya kitaorang yang kena sedih. " kata Afira.

" ntah kau ni nangis pulak. Eh!! Asal nak sedih pulak. Kawan tengah happy. " soal Safiyya.

" yelah! Pasni makin mahal nak bayar duit sewa rumah. " kata Afira.

Ketawa mereka meletus.

Erynna seharusnya kaki selfie mengeluarkan iphonenya. Dihala ke atas. Siap menyuruh adik Qalish tolong mengambilkan gambar mereka. Bukan senang nak berkumpul sekali.

Ibu Qalish mengetuk pintu. Ibunya memberitahu bahawa pengantin lelaki sudah sampai. Qalish kembali gelisah.

Syakira cuba menenangkannya.

***

Erynna , Tengku Mukhriz , sahabat-sahabat Erynna ddk disatu meja.

Sambil mereka makan , sambil mereka bergelak tawa. Riang terasa dihati.

" sedap kuih awak makan tu? " bisik Tengku Mukhriz perlahan ditelinga Erynna.

" sedap! Ni kuih akok la. Takkan tak pernah makan. " balas Erynna turut berbisik perlahan.

" yeke? " soal Tengku Mukhriz seperti tidak percaya.

" yela. Nak rasa? " kata Erynna.

Secara spontan Erynna memotong sedikit menggunakan garfu & disuakan kepada Tengku Mukhriz.

Tengku Mukhriz juga makan kuih yang disuap Erynna.

Safiyya berdehem.

" alah! Depan orang takyah nak sweet-sweet lah! " sindir Afira.

Erynna hanya senyap. Mukanya merah tebal berinci-inci.

" macam kita tak boleh buatkan? " kata Assyura taknak kalah.

Tengku Mukhriz hanya ketawa.

" alaaa... diorang jealous lah tu , yang.. " kata Tengku Mukhriz sambil melagakan bahunya dengan Erynna.

" aceehhh.... " kata mereka serentak.

Erynna semakin malu.

***

Setelah sesi ' bersalam & berlaga pipi ' dengan pengantin selesai.

Erynna hendak melangkah pergi.

Saat dia melihat satu susuk tubuh yang amat dikenalinya itu semakin berhampiran. Dia berhenti melangkah.

Erynna menarik pergelangan Afira. Dia berjalan laju ke arah Qalish yang baru ditinggalkan setapak dua.

" weh! Asal kau ajak dia?? " soal Erynna sedikit cemas.

______________________________________ Ajak sape? Tungu next part keyh?

< okey. Korang mesti confuse dengan kawan Erynna ni kan? >


Saya bagi penjelasan sikit ae.

Kawan Erynna ni 5 orang.

Syakira = doktor

Safiyya = pemilik butik yang konon-konon tempat Erynna kerja dulu.

Afira = pensyarah

Qalish = pemilik cafe. Kahwin dengan Zarief ( kawan sekerja Erynna dengan Syakira )

Assyura= pilot. Kahwin dengan Amirul ( rakan sekerja )

****************************

Now dah kenal kawan Erynna kan? Star kat bawah jangan lupa tau.

Hanya Dia ! Where stories live. Discover now