Bab 42

25.9K 658 5
                                    

Seluruh keluarga Erynna & Tengku Mukhriz mengucapkan syukur setelah doktor memberitahu bahawa Tengku Mukhriz sudah melalui masa kritikalnya. Namun , allah masih menguji. Tengku Mukhriz koma. Elina , Ezrin dan Tengku Maria sudah pulang terlebih dahulu.
" adik taknak balik ke sayang? " soal Puan Ezfa sambil menggosok belakang Erynna yang sedang duduk.
" takpelah ma. Adik tunggu dekat hospital je. " balas Erynna lembut.
" kalau camtu mama balik dulu ae. " Puan Ezfa terus memeluk anaknya. Erynna terus bersalaman dengan mama & abahnya.
Setelah ibubapanya hilang dari pandangan. Puan Sri Qasidah terus menerjah ke arahnya.

" Rania betul ke nak tinggal sini ni?? " soal Tan Sri Alfan. Erynna hanya mengangguk.
" Rynn. Apa kata kau balik. Mandi dulu. Makan dulu. Pastu baru datang sini balik. Ambik baju kau. Baju Riz. " ucap Afira.
" betul tu Nia. Rania balik dulu. Biar mummy jaga Riz , nanti Rania datang. Mummy balik. " ucap Puan Sri Qasidah. Mata memandang tepat ke arah anak mata Erynna.
Erynna hanya mengangguk. Badannya juga letih bermain dengan air mata.

***

Saat sedang menuggu lif , Erynna hampir pitam. Namun sempat disambut oleh Afira & Safiyya.
" kau okey tak ni? " soal Safiyya sambil menepuk lembut pipi Erynna.
" aku okey. Pening sikit je. " balas Erynna lemah.
" kau takyah drive lah. Biar kitaorang hantar. Nanti kang kitaorang hantar datang sini balik. " ucap Afira dengan nada bimbang.
Erynna hanya mengangguk. Langkahnya dipimpin oleh Safiyya & Afira.

***

Tengku Mukhriz dipindahkan ke wad VVIP. Ianya memudahkan Erynna untuk menjaga Tengku Mukhriz.

" abang. Rynn rindu sangat-sangat kan abang. Bila abang nak sedar. Abang tak rindu Rynn ke? Rynn tak suka lah tidur sorang-sorang. Solat Rynn dah takdek siapa nak jadi imam. " cerita Erynna sebak. Airmata cuba ditahan sebaik mungkin.

Erynna menggenggam lembut tangan Tengku Mukhriz. Walaupun Tengku Mukhriz koma. Namun pendengarannya tidak terbatas.

" abang. Abang kene kuat. Abang cakap nak hidup dengan Rynn. Hidup dengan anak-anak kita nanti. " sambung Erynna lagi.

Airmatanya semakin berat lalu mengalir membasahi pipi.

Erynna melentokkan kepalanya disisi katil Tengku Mukhriz. Sebelah tangannya merangkul lengan Tengku Mukhriz. Sebelah tangannya lagi masih menggengam erat tangan Tengku Mukhriz.

Apabila mata Erynna hampir tertutup , terasa tangannya digenggam lemah.

" sayang.. " panggil satu suara garau. Walaupun perlahan & lemah. Erynna masih mampu mengecam suara itu. Erynna bingkas menegakkan kembali kepalanya. Mata digosokkan berkali-kali. Sah ini bukan mimpi.

" sayang.. " panggilnya lagi sekali.

" abang..aa..abb.. " lidah Erynna kelu. Masih tidak percaya.

" sayang panggil doktor jap. " jawab Erynna. Kakinya terus berlari keluar.

Doktor Zarief keluar dari bilik Tengku Mukhriz.

" how? " soal Erynna teruja.

" ya! He's okay. But , koma ni.. " Zarief masih belum menghabiskan kata-katanya.

" pergerakannnya terbatas? " soal Erynna memotong percakapan Zarief.

Doktor Zarief mengangguk.

" tapi. Macam mana ae dia boleh sedar dalam masa 5 hari je? Apa therapy yang kau bagi? Doktor sakit puan bagi therapy kat pesakit lelaki? " soal Zarief sambil memegang dagunya tanda berfikir.

Erynna tergelak kecil.

" therapy hati ke hati lah! " balas Erynna riang. Pintu wad Tengku Mukhriz terus ditolak.

Zarief hanya menggeleng.

***

Tengku Mukhriz hanya memandang ke arah Erynna yang melangkah masuk.

Erynna menyalami tangan Tengku Mukhriz. Tengku Mukhriz menggosok lembut pipi Erynna.

" sayang , sini sikit. " panggil Tengku Mukhriz.

" kenapa? " soal Erynna.

" abang nak cium. " balas Tengku Mukhriz selamba. Erynna tergelak kecil.

" nak cium kat mana? " soal Erynna lagi.

" semua. Abang rindu. " balas Tengku Mukhriz.

Erynna mendekatkan dahinya dibibir Tengku Mukhriz. Kemudian pipi kanan & pipi kiriya.

Erynna kembali duduk.

" satu lagi? " soal Tengku Mukhriz.

Erynna menatap mata Tengku Mukhriz seketika.

" sakit-sakit pun gatal. " balas Erynna. Bibirnya terus menyentuh bibir Tengku Mukhriz dengan bibirnya.

" gatal dengan sayang je. " balas Tengku Mukhriz setelah Erynna melepaskan ciumannya. Bibirnya turut mengukir senyuman.

" abang , Rynn rindu abang sangat-sangat. " ucap Erynna tiba-tiba. Kebelakangan ni , asyik emosi je.

" abang pun. Rindu dengan celoteh sayang yang tak pernah matang. " balas Tengku Mukhriz.

Erynna menarik muncung.

" Erynn nak minta maaf. Rynn tak tau macam mana brek Rynn boleh tak makan. Polis yang siasat kejadian tu cakap yang wayar brek sengaja diputuskan. " cerita Erynna.

" Rynn minta maaf. Kalau abang tak drive kereta sayang. Mesti abang tak jadi macam ni. Mesti abang tak..." satu jari menutup mulut Erynna membuatkan kata-kata Erynna terhenti. Airmata Erynna yang mengalir laju dilap dengan ibu jarinya.

" abang tak marahkan sayang. Sebaliknya , abang bersyukur sebab benda ni tak jadi kat sayang. Allah dah berikan abang peluang kedua untuk hidup dengan sayang pun abang dah cukup-cukup bersyukur. " balas Tengku Mukhriz.

Airmata Erynna mengalir lagi.

" dahlah sayang. Abang tak sukalah tengok sayang nangis. " balas Tengku Mukhriz. Tanganya diangkat untuk mengelap air mata Erynna.

***

Tengku Mukhriz memberi salam setelah melangkah masuk ke dalam rumah.

"Waalaikummussalam. Eh! Sayang tak perasan pun abang dah balik. " balas Erynna sambil berjalan ke arah Tengku Mukhriz.

Tangan Tengku Mukhriz diraih & dikucup. Tengku Mukhriz membalas dengan satu ciuman di dahi Erynna.

" mana nak perasan. Khusyuk sangat tengok tv. " perli Tengku Mukhriz.

Erynna hanya tersenyum.

" dah. Abang pergi naik atas. Mandi , asar dulu. Pastu kita makan sama-sama ae. " balas Erynna sambil mengambil beg bimbit yang tergantung di bahu Tengku Mukhriz.

Hanya Dia ! Where stories live. Discover now