Bab 27

30.5K 1.4K 77
                                    

"Aduh, aduh! Med slow-slow lah. Urut macam nak cabut kaki aku." Sempat lagi aku merungut. Medina yang sibuk mengurut kaki aku yang terseliuh mencebik.

"Tu lah kau, tak hati-hati. Nasib baik tak patah tau!" Medina mula membebel.

"Aku hati-hati lah tadi. Cuma ada benda penting je yang ganggu fokus aku tadi. Tu lah sampai tak nampak akar pokok kayu besar tu." Aku cuba defend diri sendiri. Benda pentinglah konon kan.

"Benda penting? Alah apa sangatlah yang penting tu. Ni mesti kau risau mummy kau baca novel kau lepastu lipat muka surat novel tu kan? Tak pun kau takut papa kau makan makanan yang kau sorokkan kat dapur." Medina mencebik. Erkkk! Macam mana dia tahu?!

"Aku kenal kau lah. Tak payah nak buat muka terkejut. Hmm dah, macam mana kaki kau?" Medina menutup botol minyak yang diberikan oleh Cikgu Aidan itu.

"Dah tak sakit sangat." Aku menggerakkan kaki aku. Aku cuba berdiri. Berjaya!

"Hah! Aku dah boleh jalan! Aku rasa kau patut buka rumah urut lah." Aku ketawa. Aku terus peluk Medina dan mengucapkan terima kasih.

"Sama-sama. Lepas ni kau hati-hati! Aku taknak kau sakit lagi okey?" Pesan Medina.

"Yes mama!" Aku tabik kepada Medina.

"Sejak bila aku jadi mama kau?" Medina ketawa.

"Sejak kau dah pandai bebel pasal keselamatan. Caring gitu! Macam ibu mithali!" Aku memuji ikhlas.

"Pandailah kau! Jomlah bersiap!"

*************

Malam unggun api! Yeahhh! Aku memang suka malam unggun api. Kami bebas nak buat apa sahaja. Peraturannya cuma kena duduk keliling unggun api sahaja. Tapi yang tak bestnya unggun api kami ni kecik je. Yelah, kang terbakar tempat ni kalau kami buat unggun api besar-besaran.

"Sarah, aku nak kau nyanyi." Ujar Fikri.

"Aku tak tahu nyanyilah." Balasku.

"Alah takyah lah nak tipu kitorang. Bukan camping tahun lepas kumpulan kau menang ke masa malam kebudayaan. Kau nyanyi kan masa tu." Rusyaidi menyampuk.

"Malas lah."

"Janganlah camtu. Sarah! Sarah! Sarah!" Aizul menyorak nama aku.

"Sarah! Sarah! Sarah! Sarah!" yang lain pun dah join si Aizul tu sorak nama aku.

"Yelah!" Aku mengalah.

"Yeahhh! Nyanyi! Nyanyi! Nyanyi!" Mereka semua bersorak.

"Aku nak kau nyanyi lagu, err apa eh? er, ah! Like I'm gonna lose you ! Aku nak lagu tu." Ujar Fikri.

"Suka hati kau je kan nak order lagu itu ini. Alah lagu tu aku tahu bahagian perempuan je lah!" Aku berpeluk tubuh memandang Fikri yang duduk di sebelah aku dengan.

"Takpe nyanyi je, aku main gitar." Fikri memegang gitar miliknya lalu memetik gitar itu.

I found myself dreaming
In silver and gold
Like a scene from a movie
That every broken heart knows
we were walking on moonlight
And you pulled me close
Split second and you disappeared and then I was all alone

I woke up in tears
With you by my side
A breath of relief
And I realized
No, we're not promised tomorrow

So I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna hold you
Like I'm saying goodbye wherever we're standing
I won't take you for granted 'cause we'll never know when
When we'll run out of time so I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna love you like I'm gonna lose you

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now