Bab 2

39K 2.2K 71
                                    

"Pelajar lelaki berkumpul di dewan sekarang. Pelajar perempuan pula berkumpul di surau. Korang ada masa 5 minit. Lepas 5 minit blok tu tak kosong siap korang. Sekarang!"

Aku menggunakan microphone yang ada di bilik disiplin. Satu sekolah boleh mendengar apa yang aku katakan menggunakan microphone ini. Speaker diletakkan di banyak tempat.

5 minit selepas pengumuman itu aku berjalan memeriksa blok 1 dan 2. Kosong. Okey kumpulan satu boleh mula kerja. Aku terus meninggalkan tempat itu lalu menuju ke surau.

Keadaan yang bising tadi terus menjadi senyap apabila aku masuk.

"Seronok korang ye? Kecoh bukan main."

Kata-kata aku membuatkan semua tertunduk dan memandang lantai.

"Aku taknak cakap banyak. Baik korang mengaku kalau ada bawa benda terlarang. Aku kira sampai tiga. Yang ada bawak berdiri serta merta! Satu, dua..."

Mereka sudah menggeletar. Sengaja aku melambatkan kiraan.

"Tiga."
Hampir separuh berdiri. Haih, degil betul lah budak-budak ni. Aku tahu ada ramai lagi sebenarnya.

"Bagus. Yang berdiri semua ke kiri yang tengah duduk tu pergi kanan. Aku akan periksa korang lepas ni. Yang tak mengaku, kalau aku dapat benda terlarang kat korang. Aku humban masuk kolam ikan. So, ada lagi yang nak mengaku? Takde? ok."

Ada yang kelihatan terkejut bila aku sebut kolam ikan.

"Sarah, aku pun ada bawak." Medina mengangkat tangan.

Aku menunding jari ke arah pelajar yang berada di bahagian kiri surau. Lalu dia pergi sambil menunduk.

"Lagi? Aku masih bagi peluang ni." Kemudian separuh lagi daripada mereka berlalu ke kiri."

"Yang tengah duduk, ikut aku pergi bilik wudhu sekarang!"

Kemudian semua mengikut aku secara senyap.

-------------------------------------------------------------

"Erghh penat." Aku mengeluh lalu berangan-angan hendak tidur di atas meja di bilik disiplin itu.

"Woi jangan tidur. Kita kena bantu cikgu Hassan uruskan barang rampasan. Banyak barang tu."

Dia memukul bahuku. Terus aku menjeling padanya. Dia meletakkan setin Milo dihadapanku.

"Nah minum."

Tanpa banyak soal aku minum saja. Memang tekak aku tengah kering ni.

"Baik, jom kita mula kerja." Kata Rusyaidi.

Barang rampasan yang paling banyak ialah Telefon bimbit. Macam-macam jenama. Pelik aku. Apa motif bawak telefon pergi sekolah? Tak fahamlah aku. Tiba-tiba aku tertekan butang power pada Iphone6 milik anak orang kaya entah mana. Lalu aku melihat wallpaper screennya. Macam familiar lah. Eh jap.

"What?! Woi! Siapa punya Telefon ni?!" Jeritan aku menggegarkan bilik disiplin tersebut.

"Apa jerit-jerit ni Sarah?" Cikgu Hassan menegurku.

"Cikgu, tengok wallpaper screen budak ni!" Aku menyuakan Iphone6 tersebut kepada Cikgu Hassan.

"Kamu ke ni Sarah?"

Cikgu Hassan menanyaku lalu aku mengangguk laju.

"Gambar ni baru je saya post kat Instagram semalam. Budak ni stalker apa."

"Lelaki ke perempuan yang punya ni?" Tanya cikgu Hassan.

"Kalau perempuan saya tak kisah sangat, kalau lelaki memang saya humban jugaklah masuk dalam kolam tu."

Aku berkata geram.

"Bukan Medina punya ke tu?"

Tanya Firdaus yang sedang datang mendekati aku dan cikgu Hassan.

"Tak, Medina bukan bawak telefon. Dia bawak Laptop. Tapi aku tak rampas sebab cikgu Dayang kata dia ada kerja pengiklanan." Jawabku. Aku masih lagi panas hati.

"Cikgu saya nak panggil empunya telefon ni jap." Cikgu Hassan hanya mengangguk mendengar kataku.

Panas hatiku bila ada yang cuba buat gambar aku jadi wallpaper telefon. Aku nak tanya apa motif dia sebenarnya.

Aku mencapai microphone tersebut..

"Perhatian!" Lantang aku bersuara.

"Kepada pemilik Iphone6 yang dirampas tadi, sila masuk bilik disiplin sekarang juga! Aku bagi korang 3 minit kalau tak aku campak keluar telefon ni!"

Kataku lantang.

"Amboi, marah benar orang tu." Firdaus berkata dan kemudian mereka semua ketawa.

"Diamlah korang. Kalau dapat budak tu nahas dia."

Cikgu Hassan hanya menggeleng.

-----------------------------------------------------------

8 orang pelajar masuk ke dalam bilik disiplin dengan cemas. Sarah tu bukan boleh bawak main. Tapi keliru jugak mereka, Kenapa sarah memanggil mereka.

"Sarah kat dalam bilik cikgu Hassan. Matilah korang. Hahaha" Rusyaidi cuba menakutkan mereka.

"Apa pula salah kami ni." Seorang budak perempuan tingkatan dua sudah hendak menangis

"Dah! Masuk cepat."

Mereka semua hanya menikus kemudian masuk ke dalam bilik tersebut. Cikgu Hassan seperti biasa dengan muka ketatnya. Mereka semua pula sudah menggigil.

"Ni siapa punya?" Tanyanya dengan muka ketat.

"Saya punya yang ada cover warna pink." kata seorang pelajar selepas menggeleng.

Pelajar yang lain juga menggeleng. Kemudian Firdaus membawa masuk Iphone6 yang lain. Ada sembilan kesemuanya. Lalu mereka menunjukkan telefon masing-masing.
Lagi sorang tak datang!

Tiba-tiba pintu diketuk.

"Sorry saya lambat. Dari tandas tadi. Lepas tu saya terus ke sini." Ujar seorang budak lelaki.

Walawei!! Hensem gila!! Cair aku. Eh takyah nak cair sangat lah Sarah.

"Ni kau punya?" Turun sikit suara aku. Tak garang macam tadi. Alahai mentang-mentang lah mamat ni hensem.

Dia mengambil telefon itu dari tangan aku lalu menekan butang power. Kemudian dia meletakkannya di atas meja.

"Ye, aku punya lah tu."

Ber'aku' pulak? Tadi bukan 'saya' ke? Ahh lantaklah.

"Awak berlapan boleh balik kelas." Kataku dengan selamba. Lepasni ada perhintungan aku nak buat dengan lelaki ni.

Mereka semua mengangguk lalu cepat-cepat keluar.

"Kau bincang lah Sarah. Cikgu nak pergi kantin." Kata cikgu Hassan yang sedari tadi 'mute' .

Aku hanya mengganguk. Selepas cikgu keluar aku memandang dia tajam. Dia hanya bersahaja. Terus dia duduk di atas kerusi lalu bersiul macam tiada apa-apa yang berlaku. Geramnya aku!!

Bersambung..

Pengawas Gila!Onde histórias criam vida. Descubra agora