Bab 22

29.2K 1.6K 26
                                    

"Siapa nak hantar kita ni? Aiman dengan along aku dah keluar pergi tuisyen tadi" Kata Medina sambil melilit shawlnya.

"Aku kan ada." Mia pula sedang meratakan bedak asas pada wajahnya.

"Kau?! Mia serius kau nak drive?" Mia drive? Tumbanglah segala tiang lampu nampaknya.

"Ada muka aku nampak macam main-main? Ni Mia lah. Tengok kaki please." Dia berpeluk tubuh di depan aku lalu mengangkat kakinya dan menggerak-gerakkan jari kakinya.

"Lah sangat! Tak pasal-pasal uncle Amri meroyan sebab kau dah jahanamkan Audi kesayangan dia." Bukan aku tak tahu, uncle Amri memang sayang kereta tu. Aku rasa sikit calar pun takdelah dekat kereta tu.

"Aku yakin boleh lah! Aku dah belajar, buku peraturan memandu tu pun aku dah buat sup. Confirm lulus!" Kata Mia yakin.

"Kiranya kau takde lesen lagi lah ni." Medina meneka.

"16 tahun belum layak ambil lesen. Entah apa-apa lah." Mia mencebik lalu menyambar kunci kereta Audi milik papanya.

"Shopping girls!" Mia berkata dengan nada teruja.

"Yeahhhh!" Aku dan Medina pulak menjawab dengan teruja bercampur nada gedik. Hello, ini gedik buatan tau! Bukan gedik asli. Memang tak ar kami nak jadi perempuan gedik.

Dengan lafaz basmalah Mia menghidupkan enjin. Perlahan-lahan dia memandu keluar dari perkarangan rumah.

"Wah, hebat kau Mia." Medina menepuk bahu Mia dari belakang selepas Mia memandu dengan lancar sedari tadi.

"Kan aku dah cakap. Kacang je lah." Dengan bangganya dia berkata.

"Yeah! Hebatlah kau! Tapi kalau ada road block macam mana?" Aku memandangnya yang sedang sibuk memandu. Tekun minah ni.

"Jangan risaulah! Aku ada plan." Mia tersenyum lalu ketawa.

Aku pandang Medina, Medina terus mengangkat bahu.

"Apa plan kau?" Aku pandang dia pelik. Plan apa pulak ni?

"Takde. Aku plan kalau ada road block kita redah je sambil tayang sengih kat pacik polis trafik tu. Saman pun samanlah. Memang takde jalan lain kan." Dengan tenangnya dia bercakap. Macam dah biasa kena saman pulak dia ni.

"Biar aku teka, ni mesti bukan kali pertama kau akan disaman kan?" Tembak Medina.

"Ya! Tepat sekali. Dah 4 kali aku pernah kena saman." Mendengar kata Mia aku dan Medina terus berpandangan, gila minah ni!

***********************************

Aku, Mia dan Medina makan di Dunkin Donut selepas puas membeli belah. Macam-macam jenis kedai kami masuk. Selepas 5 jam keluar masuk kedai akhirnya selesai sesi beli belah yang dihoskan oleh kami bertiga pada hari ini. Hehehe nama pun perempuan shopping kan, mana adanya yang sekejap. Lebih-lebih lagi dengan Mia yang cerewet dan Medina yang asyik berselfie. Memang makin lambatlah jawabnya.

Medina dan Mia duduk bersebelahan manakala aku duduk dihadapan Medina. Sedang kami bertiga sibuk makan dan berbual, satu suara menyapa gegendang telinga kami.

"Hai, boleh join tak?" Kami bertiga memandang lelaki yang menyapa kami tadi dari atas ke bawah. Hensem! Teka siapa??

"Addrian, tak sangka jumpa kau kat sini! Have a sit." Aku mempelawanya duduk.

"Thank you. Korang bertiga aje ke?"

"Ha'ah bertiga je." Medina menjawab.
Tiba-tiba keadaan menjadi sunyi sepi. Krik, krik, krik.

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now