Bab 24

30.6K 1.5K 77
                                    

Awal pagi isnin seperti biasa ada perhimpunan rasmi sekolah. Bosan kan? Ya memang. Tapi sebagai pelajar sekolah terpaksalah semua kuatkan semangat dan mata. Kalau ada sesiapa yang syahid di dalam dewan perperangan melawan mengantuk ini, memang melayang jugaklah kasut aku kat muka dia. Ingat aku tak berani?

Masa yang diperuntukkan untuk perhimpunan cuma setengah jam tapi biasanya selalu terlajak sampai ke satu jam. Lagi teruk bila kami semua terpaksa bersila selama satu setengah jam. Cramp! Pelajar lain lah cramp. Pengawas duduk kat atas kerusi, pelajar lain kat atas lantai. Huahahaha. Tak adil? Apalah sangat setakat kerusi ni nak dibandingkan dengan pengorbanan yang kami telah berikan. Cewah, mengungkit nampak.

"Cikgu ada berita buruk, prom night sekali lagi ditangguhkan." Ujar Cikgu Emma yang sedang berdiri di atas pentas. Berita yang disampaikan oleh Cikgu Emma mengundang rungutan para pelajar. Dewan menjadi riuh rendah seketika.

"Ehem!" Aku berdehem dengan kuat. Serta merta dewan menjadi senyap macam kat tanah perkuburan.

"Thank you, Sarah" Ucap Cikgu Emma. Aku hanya mengangguk dari jauh.

"Maaflah ya. Ada sedikit masalah yang menyebabkan penangguhan ini. Tarikh baru akan dimaklumkan kemudian. Sekian, terima kasih." Cikgu Emma menyudahkan ucapannya.

Bagus jugaklah prom ditangguhkan. Mood aku memang tengah zero! Sebab tu lah aku tak kisah kalau prom dibatalkan pun.

Akhirnya pengetua selesai berucap. Pengetua seperti biasa akan berucap selama tujuh minit setengah. Macam mana aku tahu? Aku kiralah, bukan main pork buta je. Dewan bersurai tanpa ada sesiapa membuat bising. Cuma bunyi derap tapak kaki yang kedengaran.

"Tangguh lagi lah beb!" Medina tiba-tiba muncul di sebelah aku.

"Apa boleh buat." Aku jawab selamba.

"Kau tak kisah ke?" Tanya Medina.

"Dah tak kot. Entah kenapa mood nak berprom dah ke laut. Zero! Dah tak excited langsung." Aku memuncungkan bibir.

"Lah, kenapa pulak? Tapi okeylah tu, tak jugak kau rasa kecewa kan?" Soal Medina. Aku hanya mengangguk tanda setuju.

Matapelajaran pertama, yang paling aku tak minat, Kimia! Huhuhuhu aku dengan kimia memang langsung takde chemistry langsung! Aku benci dia, dia pun benci aku, adil lah kan?

Tersengguk-sengguk aku menahan mengantuk. Medina pulak asyik mencubit aku setiap 5 minit. Memang dah rutin aku untuk mengantuk setiap kali kelas kimia. Dan menjadi kebiasaan juga untuk Medina mencubit aku setiap kali aku ingin terlelap.

"Sarah, pay attention. Kamu tahu kan subjek ni tak boleh drop." Ujar Cikgu Willie.

"Saya pun tak tahu kenapa mata ni asyik nak terlelap je setiap kali dengar perkataan kimia, cikgu." Aku menongkat dagu.

"Kamu terpaksa jugak dengar. Walaupun cikgu tau kamu dan kimia memang tak ada chemistry." Cikgu Willie tersenyum. Memang itulah yang aku selalu cakap pada Cikgu Willie. Hahahahaha.

Tiba-tiba pintu diketuk. Cikgu Anita kelihatan berdiri di sana.

"Maaf menganggu sesi pengajaran dan pembelajaran kamu ya, ni cikgu nak panggil beberapa orang pelajar." Cikgu Anita meminta maaf lalu tersenyum. Haih, kalau tengah kelas kimia cikgu nak ganggu berapa lama pun saya oktak kisah. Huhuhuhu.

"Baik, pelajar yang cikgu sebutkan nama ni telah terpilih untuk menyertai perkhemahan ya. Lepas ni terus ikut cikgu." Cikgu Anita mula memanggil beberapa orang pelajar. 10 orang kesemuanya. Aku dan Medina turut terpilih bagi menyertai perkhemahan itu. Hmm malasnya!

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now