Bab 7

33.7K 2K 120
                                    

Aku berjalan keluar dari tandas lalu membetulkan kasut Nike aku yang berwarna pink dan turqoise. Akhirnya aku bebas dari bau busuk kolam tu. Huh! Ni semua sebab Addrian! Tak guna! Berani dia tarik aku masuk kolam tu sekali. Nasib baik takde orang lain nampak! Lepasni memang aku akan cari jalan untuk balas dendam. Dia jangan harap boleh lepas!

Tapi, aku bersyukur sebab sekolah ni ada menyediakan tempat mandi. Sukan bola sepak, softball, bola jaring dan badminton amat aktif di sekolah ini. Setiap sukan tersebut telah berjaya menempah nama SMK Megah di peringkat kebangsaan. Hebat tak kitorang? Sebab tu lah pengetua bermurah hati menyediakan tempat persalinan dan bilik mandi khas untuk para atlet sekolah.

"Nasib baik hari ni ada latihan softball, kalau tak, tak tahu lah aku nak pakai baju apa. Kalau dah darurat sangat, terpaksalah aku pinjam telekung kat surau tu." Aku mengomel sendiri. Baru sahaja aku ingin mengorak langkah meninggalkan tandas tersebut, ada satu suara menampar gegendang telingaku.

"Arh, elok sangat lah tu. Pergi pakai telekung pastu buat solat sunat taubat. Suka hati kau je kan nak tolak orang dalam kolam ikan busuk tu. Kalau aku wassalam dalam kolam tu macam mana? Bisa tau bau dia!Nasib baik aku ada bawak baju lebih!"

Addrian memandangku sambil berpeluk tubuh. Wow! Wew! Wuw! Hensem giler! Anak siapa ni? Aku memandang Addrian tajam. Berlagak buat muka marah. Padahal dalam hati sudah terpaku.

"Woi budak baru, semua tu peraturan kat sini. Lain kali, sebelum pijak tempat baru belajar adat resam orang kat sini!" Aku sinis.

Hu! Hensemnya! Aku curi pandang dia dari atas hingga ke bawah. Perfect! Rambut dia yang basah tu menambahkan lagi hensem mamat galah depan aku ni. Baju sukan Nike berwarna merah meningkatkan lagi auranya. Aura apa? Aku pun tak tahu. Hehehehe.

"Adat resam? Kau fikir sekolah ni macam rumah panjang ke? Sampai nak belajar adab resam bagai."

"Duh, what ever mister. Tapi kau kena tahu yang benda tu bukan benda asing lagi di sekolah ni sejak 5 bulan yang lalu. Apa yang aku buat kat kau telah diluluskan tau?" Aku bercekak pinggang memandangnya.

"What? Diluluskan? Kau jangan nak prank aku lah! Siap nak luluskan benda bodoh macam ni?" Dia menghampiri aku.

Ceh wanginya! Bau minyak wangi mahal ni. Mesti dia ada bawak minyak wangi. Perlu dirampas ni!

"Ketua guru disiplin, pengetua, ibu bapa dan banyak lagi pihak luluskan perkara ni. Aku yang usulkan. Dapat sambutan yang menggalakkan u know?" Aku buat muka selipar. Hah! Biar si kacak ni menyampah dan kalah!

"Sambutan yang menggalakkan? Mengarut! Apasal pulak perbuatan mencampak pelajar tidak bersalah ke dalam longkang tu wajar sampai dapat sambutan menggalakkan bagai?!" Dia mendekatkan lagi jaraknya denganku.

Sekarang jarak di antara kami sangat rapat. Aku menilik wajahnya. Kalau dilihat secara dekat, ada beberapa jerawat kecil tumbuh di dahinya. Namun sedikitpun ia tidak mecacatkan ketampanannya. Keningnya pula tebal dan tajam. Huu! Aku memang suka kening macam ni!

Eh! Sarah! Bangun! Apa kau buat ni? Jangan terpedaya dengan muka hensem si galah ni. Fokus untuk jatuhkan dia! Kau kena balas balik!

"Tak bersalah? Ponteng kelas dan merokok tu tak salah bagi kau?!" Aku mula meninggikan suara.

"Ponteng? Merokok? Wei kau gila ke apa? Jangan tuduh sembarangan boleh tak?!" Suaranya juga naik satu oktaf.

Dia merapatkan lagi jarak antara kami. Aku terpaksa mendongak untuk memandangnya. Manakala dia perlu menunduk untuk memandang wajahku. Aku terpaku seketika. Jarak diantara kami hanyalah 15 cm! Sepanjang pembaris!

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now