Bab 18

28.9K 1.5K 70
                                    

"Mia!" Aku terus menerkam Mia selepas ternampak dia bersantai di ruang tamu bersama Mummy, daddy, uncle Amri dan auntie Eliza.

"Ya allah! Mak long, kenapa anak mak long ni. Aduh lemas kita. Wei Ikha aku bukan bantal peluk lah." Mia menolak aku. Aku kembali memeluknya.

"Aku rindu."

"Aku pun rindu kau." Mia membalas pelukanku.

"Sudah-sudahlah kamu berjejak kasih tu." Aku mencebik mendengar kata-kata mummy. Segera aku bersalaman dengan Auntie Eliza dan Uncle Amri.

"Abang Aiman mana?" Aku memandang kiri kanan. Takkan takde kot. Alah, tak best ah macam ni.

"Orang ada kat sini lah. Orang yang kat sana tu apahal pulak cari orang kat sini?" Aiman menyandar di dinding. Kenapalah hidup aku dikelilingi dengan lelaki-lelaki hot? Aiman hensem kot! Nasib baik sepupu aku, kalau tak dah lama aku try. Hahahaha gurau.

"Orang kat sini cari sebab rindu dekat orang kat sana." Aku sengih.

"Eleh, rindu konon." Aiman mencebik.

"Tak percaya sudah." Aku menjelir lidah.

"Wah cantiknya! Siapa bagi kau ni Ikha? Wah! Sweet gilo!" Sama seperti Medina, Mia terus mencium bunga tu. Serius wangi! Bau dia unik, tak macam bunga ros lain. Ros dari pluto mungkin. Semua orang tersengih pandang aku.

"Bang, tengoklah ank dara kita ni. Wah, wah. Bukan main Ikha ye? Siapa bagi? Firdaus ke Addrian?" Mummy mengangkat kening. Alah, bocorlah rahsia aku!

"Firdaus." Jawab aku pendek. Janganlah diorang fikir bukan-bukan! Jenuh aku nak menerangkan nanti.

"Firdaus Mia kenal. Addrian, hmm.. siapa tu?" Mia sudah menjongket kening. Alahai Mia, kenapa dibangkitkan isu tu!

"Kawan, budak baru. Dari Michael." Mereka semua terangguk-angguk.

"Tak nak bawa jumpa mummy dengan daddy ke Ikha?" Itu dia soalan bonus dari uncle Amri! Nak bawak jumpa mummy dengan daddy? Uncle nak Ikha kena kapak dengan mummy dan daddy ke?

"Ha'ah Ikha. Nanti bawaklah jumpa mummy dengan daddy. Kami okey, kan abang?" Mummy tayang sengih. Tak lawak lah mummy! Mati hidup balik pun aku taknak lah!

"Mengarut lah mummy ni!" Aku mencebik lalu semua orang mengetawakanku.

**********************************

"Oh macam tu! Kenapa lah kau tak bagi tau aku awal-awal!"

Aduh, lenguh mulut aku bercerita pada Mia tentang Addrian. Semua aku cerita. Dari A-Z. Dari mula aku jumpa dia sampai ke cerita hari ini. Dapat tak korang bayangkan betapa panjangnya tu?!

"Jadi kau pilih siapa?" Mia menyiku aku.

"Pilih siapa apa pulak ni?" Aku membelek majalah di tepi katil. Kemudian Mia merampas majalah tersebut dari aku.

"Addrian atau Firdaus?" Mia duduk bersila di atas katil.

"Mia kau ingat Iz tak?"

"Jangan tukar topik boleh tak?" Dia memukul aku menggunakan sebiji bantal.

"Bukan tukar topik lah! Ni ada sangkut paut jugak!" Aku mula baring dan memandang siling. Hmm..

"Iz? Farizal? Yang kau cinta separuh mati dulu tu?" Mia turut baring di sisiku.

"Dia tu lah." Aku memejamkan mata lalu tersenyum. Hmm.. Itulah 'dia' yang aku maksudkan sebelum ni. Farizal Haikal. Sebut je nama dia bibir aku terus mengukir senyuman.

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now