Bab 29

31K 1.5K 156
                                    

"Baik. Setiap kumpulan mesti lepasi semua halangan yang telah disediakan. Setiap stesen cuma 2 kumpulan yang dibenarkan dalam satu masa. Kumpulan yang paling pantas melengkapkan kesemua halangan akan mendapat point yang tertinggi. Faham?"

"Faham cikgu!" Kami semua bersemangat menjawab pertanyaan Cikgu Emma.

******

"Kaki aku dah nak patah!" Aku membebel. Gila! Ada 25 halangan! Semua halangan tu bukan calang-calang halangan. Bukan halangan bawak bola pingpong dalam sudu. Kesemua halangan menguji ketangkasan, kelajuan, kepintaran dan macam-macam.

"Tinggal lima je lagi." Ujar Rusyaidi. Aku rasa macam dah tempuh seribu satu halangan tadi.

"Bersedia untuk kotor dan basah guys!" Kataku. Lima aktiviti terakhir ini berkaitan air dan lumpur. Yeah! Sukanya! Tangan ke bahu mata ke atas.

"Dalam halangan ni kamu kena menyeberangi kolam lumpur menggunakan titi tu tanpa terjatuh. Semasa menyeberangi kolam lumpur ni kamu akan diganggu dengan balingan bola. Kalau kamu jatuh kamu kena mula balik. Disebabkan kumpulan Firdaus sampai dulu, jadi mereka akan mula terlebih dahulu. Sarah, kumpulan kamu lepas ni jadi kamu boleh baling bola dan ganggu kumpulan Firdaus." Panjang lebar Cikgu Aidan memberi penerangan.

Ganggu kumpulan Firdaus? Huahahaha Belle! Aku takkan bagi muka kat kau! Tapi aku akan bagi bola kat muka kau!

"Guna bola ni ke cikgu? Lembut sangat. Kecil pula tu." Aku mengambil bola sebesar bola tenis itu. Kalau bola tenis kena kat muka baru ada rasa! Tapi kalau bola ni, haih! Dahlah kecik, lembut pulak tu. Tak best nak buat balas dendam.

"Kalau cikgu bagi bola rugby biru pula mata korang semua nanti." Kata Cikgu Aidan. Aku hanya ketawa.

Biar padan muka si Belle tu kalau mata dia biru. Biar dia insaf sikit!

"Baik. Mulakan." Arah Cikgu Aidan.

Orang pertama, Zaid. Jaguh lumba lari kat sekolah. Belum sempat kitorang nak baling dah berdesup mamat tu lari. Gila laju! Atas titi tu wei! Bukan atas trek!

Orang kedua, Alia. Dah penat aku dan Rusyaidi baling minah tu tapi macam takde kena apa-apa. Selamba je dia jalan. Macam takde apa-apa jadi. Dahla titi tu licin. Apa si Alia ni makan sampai jadi camni? Pelik-pelik!

Orang ketiga, Firdaus. Dia ni pun sama. Langsung tak jatuh. Tak best betul lah! Aku nak gelakkan orang!

Orang terakhir! Huahahaha! Belle! Macam yang aku agak, minah tu asyik terjerit-jerit je, langsung tak bergerak.

"Firdaus! I can't! I takut jatuh!" Dia merengek.

" Slow-slow Belle. Aku tahu kau boleh buat. Satu-satu langkah okey." Firdaus memujuk Belle. Eeee panas pula hati aku! Belle pula tersenyum sumbing apabila Firdaus memujuknya. Wekk! Muntah jugaklah aku kat sini.

Selangkah Belle berjalan aku terus membaling bola ke arah dahinya. Pukkkk! Bushhhh! Belle selamat masuk ke dalam lumpur. Aku tahan gelak.

"You!" Belle menjerit. Aku ketawa melihat belle yang bersalut lumpur. Dah macam mambang lumpur aku tengok! Tapi serius lawak!

"Takpe Belle, U cuba sekali lagi. I know U can do it!" Alia memberikan kata-kata semangat.

Belle asyik jatuh ke dalam lumpur. Aku tak kacau pun dia jatuh jugak. Hahahaha! Kalau ada popcorn ni mesti best!

Masuk ni dah 9 kali dia jatuh. Lebih 10 kali jatuh ke dalam lumpur dikira gagal. Ni peluang terakhir dia.

"Slow-slow Belle. I know u can do it." Kata Firdaus dalam nada berhati-hati. Huh! Mesti kembang hati si Belle tu! Belle hampir berjaya. 3 Langkah berhati-hati dan dia akan berjaya. Tiba-tiba aku mendapat satu idea jahat.

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now