Bab 13

31.8K 2K 108
                                    

Let's Marvin Gaye and get it on,
You got the healing that i want,
Just like they say it in the song,
Until the dawn, Let's Marvin Gaye and get it on.

Sengaja aku biar telefon aku berbunyi lama sikit. Kenapa? Sebab aku memang suka dengar lagu ni hahahaha.

"Hello, siapa ni?" Aku memulakan perbualan dengan nada sopan santun. Kalau macik-macik kat luar dengar ni, confirm aku kena cop jadi bakal menantu pilihan! Cewah. Nampak tak perasan kat sana?

"Sarah, aku ni Addrian." Mendengar sebaris nama itu aku sudah rasa menyampah.

"Apa kau nak?" Hilang terus nada sopan tadi.

Senyap.

"Kalau kau call aku tengah malam bulan purnama ni semata-mata untuk diam, baik letak. Buat habis kredit aku jer."

Eh? Bukan dia ke yang call? Dah tu kenapa pulak kredit kau yang habis Sarah oi! Otak aku tak berapa nak stabil pulak malam ni.

"Pasal tadi kat sekolah, kenapa kau terus blah?"

"Dah tu nak buat apa? Bukan ada perkara yang urgent sangat kan."

Aku dengar dia mengeluh.

"Tapi janganlah blah macam tu je." Aih? Bunyi macam kecewa je.

"Habis tu? Kau nak aku bagi goodbye kiss dulu sebelum blah. Camtu?"

"Camtu pun okey jugak, hehehehe." Amboiii gatalnya! Meremang bulu hidung!

"Tak payah nak mengarut lah!" Aku sudah malas nak melayan jejaka idaman malaya ni.

"Sarah, kau... Memang betul tak ingat aku ker?"

Ingat? Jap aku kenal ke dia ni sebelum ni?

"Sorry? Kita pernah kenal ke?"

Aku dengar dia mengeluh lagi. Aih mamat ni, asyik mengeluhhhh je!

"Sk Bandar Baru tahun 2006, kelas 1 anggerik."

Aik? Macam mana pulak dia tahu sekolah rendah aku dulu? Aku bersekolah di Sk Bandar Baru selama sebulan sahaja dulu sebelum berpindah ke Selangor. Bekas classmate aku ke dia ni? Tapi, bukan dia tua setahun ker?

"Apa maksud kau?" Rasa ingin tahu sudah membuak. Siapa dia ni?!

"Akulah budak yang gaduh dengan kau masa hari pertama sekolah."

Aku cuba menghadam kata-katanya.

"What?! Kau?! Kau yang buli aku dulu tu?!" Terkejut gila aku! Addrian ke orangnya?!

"Yeah! Akhirnya kau ingat aku! Yup! Akulah tu. Yang tarik rambut kau dulu."

Tiba-tiba cerita itu berlayar dalam kotak fikiranku. Masa tu ada seorang budak lelaki tarik rambut aku. Gigih tau aku belajar ikat rambut dari mama masa tu! Senang-senang pula dia nak rosakkan!

Sebab aku geram sangat dengan budak lelaki tu, aku terus ambik beg dia bawak lari! Dia pun bawak lari beg aku. Lepas tu kami pun berkejar-kejaran. Budak lain sibuk menangis nak balik, budak darjah 1 lah katakan.

"Bagi beg kita, kita bagi beg awak balik!" Ujar budak lelaki itu.

Aku dengan naifnya menyerahkan begnya. Baru sahaja aku ingin mengambil beg aku, budak lelaki itu cabut lari dengan beg aku sekali. Lepas tu aku menangis teruk dan mula bencikan budak lelaki nakal tak guna tu!

Kemudian sesi pembelajaran bermula. Masa pertama, pendidikan jasmani! Semua orang diarahkan untuk berkumpul di padang. Tiba-tiba seorang cikgu bersuara.

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now