Bab 36

28.8K 1.5K 117
                                    

"Sabah? Yang ada Gunung Kinabalu tu? Biar betul cikgu?! Yeah!"

Kami semua bersorak! Siapa tak happy kalau pertandingan softball peringkat kebangsaan diadakan di Sabah. Tahun lepas kat sini ni je, tak merasalah kami nak travel. Tapi tahun ni, yehuuuuu! Apa? Jakun sikit pun salah ke?

"Tak, Sabah yang ada Gunung Ayam tu." Cikgu Faizal ketawa. Ingat lawak?

"Tak sampai cikgu, tak sampai." Aku pandang Cikgu Faizal sambil mengembangkan hidung. Mesti buruk, tapi aku peduli apa.

"Ada I kesah?" Kali ini Cikgu Faizal pula buat muka derk.

"Bila nak pergi Cikgu? Berapa hari? Ada jalan-jalan tak? Tinggal kat mana? Kita naik kapal terbang kan? Bestnya!" Wana sudah macam murai.com. Kelajuan dia bercakap dah boleh berentap dengan kelajuan cahaya.

"Mak cik sorang ni tak reti sabarlah. Ni nak bagi borang lah ni." Cikgu Faizal terus mengagihkan helaian kertas putih itu kepada kami semua.

"Empat hari je cikgu? Alah, tak sempatlah nak mendaki Gunung Kinabalu camni."

"Ingat kita nak pergi melancong ke? Empat hari pun dah kira lama." Aku buat duck face dengar jawapan Cikgu Faizal.

"Yang kau nak sangat daki Gunung Kinabalu ni kenapa?" Medina tiba-tiba bersuara.

"Entah, mengidam kot." Aku ketawa kuat.

"Entah anak siapalah tu. Budak-budak sekarang ni lah, mana perginya ilmu agama yang dicurahkan oleh kedua ibu ba..."

"Cikgu jangan nak merepek eh. Kang jadi betul-betul." Aku potong cakap Cikgu Faizal sebelum dia mula mengarut macam-macam. Cikgu Faizal ni memang kaki mengarut, sekali pandang tak macam cikgu pun.

"Whatevor!" Sekali lagi cikgu buat muka derk. Sporting tak cikgu aku? Korang hado?

"Takpe, lepas aku habis SPM nanti kita sama-sama pergi sana, nak tak?" Addrian yang duduk di sebelah aku tiba-tiba bersuara.

"Betul!? Boleh-boleh! Janji eh? Janji?"

"Janji. Takkan aku nak tipu kau pula."
"Yeahh! Saya nak pergi daki Gunung Kinabalu nanti." Aku menjelirkan lidah ke arah cikgu. Jangan tiru aksi ni, takut cikgu korang lempang korang pulak. Aku tak tahu eh.

"Eleh, cikgu dah pergi pun tahun lepas."

"Cikgu pergi tak ajak pun." Aku memuncungkan bibir.

"Ajak kamu buat apa."

****

Kami semua terus melangkah masuk ke dalam kapal terbang. Medina dapat tempat duduk kat sebelah tingkap, aku pulak di sebelahnya.

"Aku tak sabar nak pergi Sabah! Sabah, here I come!" Aku menjerit kecil selepas memakai tali pinggang.

"Kau teruja sangat kenapa?"

"Entah, sebab aku tak pernah pergi sana kot. Tapi tak best lah empat hari je."

Hari ni je lah kami ada masa untuk pergi jalan-jalan. Esok dan lusa pula ada pertandingan.

"Hujung tahun ni kan kita nak pergi daki Gunung Kinabalu." Suara seorang lelaki mengejutkan aku.

"Terkejut aku. Kau ni tak bagi salam pun." Aku terkejut tengok Addrian tersengih-sengih di sebelah aku.

"Sorry. Assalamualaikum?" Ucapnya sambil tersengih-sengih.

"Waalaikumussalam. Kau duduk kat sini ke?" Soalan bodoh. Dah nampak dia dah duduk siap pasang tali pinggang tu kan.

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now