Bab 6

34.8K 2K 118
                                    

Aku menguap kecil. Pening kepala aku menyelesaikan masalah matematik yang diberikan oleh cikgu sebentar tadi sebelum waktu kelas matematik tamat.

"Wahai matematik! Selesaikanlah masalah kau sendiri! Kenapa pulak aku yang kena selesaikan masalah kau? Aku pun ada masalah sendiri tau tak?" Kataku sambil memandang buku tulisku.

Yelah, bila dah otak cramp ni merapu je lah kerja aku. ODM lah katakan. ODM stand for, Otak Dah Mereng.

"Mengarut lah kau ni Sarah! Hahaha" Medina mengetawakan aku.

Aku menutup buku dan berhasrat mahu menyiapkannya di rumah nanti. Kemudian aku mengelamun sebelum teringat akan pesan cikgu.

"Oh ya lupa pulak." Aku terus berdiri dan menuju ke hadapan kelas. Medina hanya memerhati.

"Aku ada pengumuman kat sini. Cikgu Midah dan Cikgu Willie pergi kursus hari ni. Kita ada straight 2 jam freetime. FYI, cikgu tak bagi kerja and suruh kita buat kerja masing-masing." Semua sudah teruja. 2 subjek killer dibatalkan pada hari ini. Kimia dan Fizik. Huh. Sungguh mereka semua bersyukur.

"Serius sarah?!" Tiba-tiba seorang pelajar terjerit. Cepat-cepat dia menutup mulut menggunakan tangannya.

Aku merenungnya tajam.

"Ok so, enjoy  freetime ni. Aku benarkan korang buat apa saja. Tapi jangan langgar peraturan sekolah, dan peraturan aku. Dan jangan bising sangat." Kataku sambil membuat muka garang. Mereka semua terangguk-angguk. Aku ketawa dalam hati melihat ekspresi muka mereka.

"Bagus jugak cikgu takde. Aku nak tidur jap." Kata Medina lalu meletakkan kepalanya di atas meja berbantalkan tangannya.

"Tidur je kau. Wey, aku nak ke tandas jap." Aku menggerakkan tubuh Medina. Dia cuma berdiam.

Eh tidur dah minah ni? Cepatnya! Huh malas nak layan.

Aku terus berlalu ke tandas di tingkat bawah di blok sebelah. Tiba-tiba aku ternampak sekumpulan lelaki sedang merokok di belakang tandas.

"Woi!!!" Aku menjerit. Hek eleh, Fuad and the geng lagi. Tak serik lagi rupanya diorang ni.

"Alamak Sarah! Woi cabut!!!" Kata Muas, salah seorang geng si Fuad.

Tidak cukup tanah mereka berlari. Eleh buat apa nak kejar, dah nampak muka kan. Lepas ni siap lah diorang!

Tapi, ada seorang lelaki yang masih dok terpacak kat situ.

"Woi! Kau pun ponteng kelas and merokok kan!" Aku menarik telinganya.

Dia berpaling. Addrian! Ok untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan
kedudukan kami amatlah rapat yer sekarang ni. Seram sejuk aku dibuatnya.

"Wei! Aku tak ponteng lah! Apa lagi merokok! Paru-paru ini bebas tanpa asap rokok tau!" Addrian cuba membela dirinya.

"Tipu! Abis tu apa kau buat dekat sini? Kau pun sama macam diorang kan?!" Aku menengking. Tangan aku masih lagi menarik cuping telinganya.

Aku memulas kuat telinganya.

"Adoi! Nenek kebayan! Lepaslah wei! Sakit! Tangan kau tu bisa lah!" Omelnya.

Aku kemudian mengheretnya ke tepi kolam ikan tersebut. Walaupun aku perempuan, tapi aku kuat tau!

"Woi apa ni?!" Jeritnya kuat.

Kemudian aku menolak kuat tubuhnya ke dalam kolam ikan tersebut. Aku kuat okey! Taekwondo tali pinggang merah!

Semasa dia hendak terjatuh, sempat tangannya menarik baju aku.

Dush!

Kami berdua jatuh bersama-sama ke dalam kolam ikan tersebut. Oh tidak! Habis basah baju aku! Aku menandang Addrian yang sudah basah. Rambut kacaknya sudah rosak tapi masih tetap hensem.

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now