Bab 5

36.2K 2.1K 204
                                    

Aku melenggang kangkung berjalan ke arah bustop. Kemudian aku ternampak Medina dan Firdaus.

"Awal kau keluar hari ni." Sapa Firdaus yang sedang duduk di atas kerusi bustop berhampiran kawasan perumahan kami.

"Awal ke? Awal lah sangat kan."

"Ada orang tak sabar nak jumpa sweetheart dia kat sekolah." Kata Medina sambil tersengih macam kerang tak mandi.

"Sweetheart?" Aku buat muka blur. Yolah, sweetheart mana pulak kan.

"Budak baru tu lah. Addrian kan bang? Firdaus dah citer kat aku semalam. Kita usyar dia pasni. Nak tak? Mesti hensem kan? Hahaha." Medina ketawa sendiri.

Cis! Teringat pasal budak tu aku masih rasa panas hati. Dia fikir dia siapa? Plus, aku masih tak tau kenapa dia letak gambar aku jadi wallpaper bagai.

"Hensem giler! Macam Kim Woo Bin kena langgar lori sampah!" Aku buat muka menyampah. Geram aku ngan mamat tak cukup vitamin tu.

"Hahaha. Ye ker? Tapi aku suspek dia suka kau lah. Kalau tak, takkan dia nak buat gambar kau jadi wallpaper phone dia kan!" Medina mengangkat kening kanannya berkali-kali.

"Ye ke? Takpe! Nanti kita siasat Med."

"Tapi mamat tu hensem tak?" Tak habis-habis isu hensem ni. Medina, Medina.

"Aku lagi hensem." Kemudian Firdaus mula melangkah dan meninggalkan kami. Aih, dari tadi senyap. Ni awat pulak macam marah ni.

Aku memandang Medina dengan maksud 'Kenapa dengan dia?'. Medina pula hanya menjongket bahu. Lalu kami turut melangkah mengekori Firdaus.

***********************************

"Hai Addrian! Awak hensem lah. Nak berkenalan boleh?"

"Wah budak baru hot lah! Nampaknya Firdaus dah ada pesaing ni!"

"Aku dalam dilema! Firdaus atau Addrian! Dua-dua hot giler!"

Aku terdengar ramai pelajar perempuan tergedik-gedik di pondok cendawan tepi koperasi. Aku dengar nama Addrian. Heh, geng gedik dah lancarkan serangan rupanya. Nak ngorat lah tu! Kalau dulu boleh lah kot.

Sebelum aku jadi pengawas, geng gedik sekolah ni memang asyik lancar serangan je terhadap lelaki-lelaki kacak dalam sekolah ni. Senjatanya, Makeup tebal 5 inci. Muka macam ada bedak tumpah. Sekali aku tampar habis jerebu Malaysia ni.

Lepas je aku dah mula bertindak, takde siapa dibenarkan bawa atau pakai makeup kat sekolah ni. Kira tak upgrade lah senjata dorang nak ngorat Addrian sekarang ni.

"Yang kecoh ni kenapa? Pergi masuk kelas! Kelas dah nak mula!"

"Sarah!" Mereka terkejut lalu berlari lintang pukang. Hilang terus perangai gadis melayu kesepuluh terakhir tadi.

"Nenek kebayan!" Baru sahaja aku ingin melangkah pergi. Ada satu suara sumbang berkumandang.

"Woi, kau apahal?!" Firdaus tiba-tiba mengamuk. Aku memegang lengannya. Medina sudah terpaku di tempat kejadian.

"Jangan lah mengamuk pulak sayang. Biar je orang gila ni. Dah jom! Jom Medina adik iparku!" Kataku gembira sambil menarik lengan Medina dan Firdaus. Mereka buat muka terkejut dan mengunci mulut. Masa ni lah nak uji! Betul ke idok mamat tu suka aku. Kalau dia suka mesti dia jeles kan.

Tiba-tiba Addrian menyaingi langkah kami lalu melanggar kuat Firdaus. Nasib tak tergolek mamat ni.

"Ops! Sorry! Sengaja!" Katanya lalu berlalu pergi.

Kali ini aku pula yang panas hati.

"Woi budak tak guna!" Aku menjerit. Dia yang baru sahaja hendak menaiki tangga terus terhenti. Dia menandang aku dengan pandangan yang susah ditafsirkan.

"Kau nak apa?" Katanya selamba. Tangan kanannya dimasukkan ke dalam poket.

"Kau memang sengaja kan langgar dia." Firdaus dan Medina sudah cuba menenangkan aku.

Ewah si Firdaus ni, bukan tadi dia yang marah dulu ke? Tadi mamat ni kacau aku dia nak mengamuk, sekarang dia kena langgar dia larang pulak aku nak mengamuk.

"Dah lah, nanti gaduh pulak. Kita settle pasni. Tadi aku tak sengaja ternaik angin." Dia berbisik di telinga aku. Kemudian dia tersenyum.

"Kalau kau panggil aku sebab nak suruh aku tengok drama murah korang ni baik tak payah!" Kemudiaan dia terus menaiki tangga.

Medina menyiku aku sambil buat muka. Keningnya dinaikkan beberapa kali.

"Hesem gile tu. Kau cakap macam Kim Woo Bin kena langgar lori? Takde taste lah ko ni." Medina ketawa.

"Aku naik dulu." Firdaus terus berlalu. Dingin jer mamat ni. Dah tukar mode kot. Tukar ke mode ketua pengawas dingin. Huuu sejuk..

"Sarah, sekarang dah terbukti." Katanya lalu mengatur langkah menuju ke surau. Mata pelajaran pertama hari ini ialah Pendidikan agama Islam.

"Terbukti apa?" Aku sudah blur. Apa yang dah terbukti? Terbukti yang aku ni lebih cantik dari dia ke? Hehehe, gurau.

"Terbukti yang si Addrian tu suka kau lah. Mesti dia jeles masa kau panggil abang aku 'sayang'. Sebab tu lah kot dia langgar abang aku tadi. Aku perhati je dia masa kau tarik tangan kitorang. Macam nak meletus dah mamat tu aku tengok."

kata-kata Medina membuatkan aku berfikir panjang.

Bersambung..

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now