Bab 40

32.6K 1.8K 321
                                    

"Aku, aku suka..."

Tup! Firdaus pantas menekup mulut aku.

"Mmmm... Mmmmm... Mmmmm" Aku cuba meluahkan rasa terkejut tapi malangnya tak terkeluar suara aku. Bunyi 'M' sahaja yang dapat didengari.

"Jangan jawab, aku tak nak tahu." Luah Firdaus dengan tenang. Mendatar sahaja nada suaranya. Aku pula bagai disiram cecair nitrogen.

"Apa korang buat ni?" Suara entah siapa menyebabkan aku tersedar lalu menolak Firdaus. Nasib baik jugaklah jurus aku tak terkeluar.

Firdaus berdehem. "Sorry."

Keadaan menjadi sunyi sepi. Krik-krik. Cengkerik tumpang lalu tujukan sebuah lagu.

"Tak masuk bilik lagi korang ni? Dah, pergi tidur semua. Esok ada pertandingan penting tau." Suara Cikgu Faizal memecahkan kebisuan di antara kami semua.

Semua hanya menurut. Kami semua berdiri dalam keadaan senyap lalu berlalu ke bilik masing-masing. Tiada siapa yang membuka mulut. Ceh, gayanya macam diorang jer yang kena confess tadi. Aku chill jer. Dah Firdaus tak nak tahu. Bagus lah kalau camtu. Takkan aku pulak nak ber'iya kan?

Aku jalan paling lambat sekali. Berudu pun lagi laju dari aku.

"Sarah." Terdengar suara Addrian memanggil aku. Aku buat selamba.

"Kenapa?" Tarik nafas, hembus. Tenang Sarah, tenang.

"Soalan Wana tadi."

Okay ni dah tak boleh tenang dah ni. Tak tenteram jiwa ini tiba-tiba. Bagai ada yang menggoncang seluruh pelosok hatiku. Maaf aku bukan budak sastera jadi gaya bahasa aku memang ke laut.

Dia nak tanya jawapan aku ke? Nak bagitahu ke tak? Malu pulak aku. Tapi, eh, tapi, eh.

"Rian, boleh tak kita anggap kejadian tadi tu tak pernah ada?"

"Itu lah yang aku nak cakap."

Wow. Dia pun tak nak tahu ke?

"Boleh aku tahu kenapa kau tak nak tahu?" Aku menggagahkan diri bertanya.

"Aku tak sedia lagi nak kecewa. Assalamualaikum." Dia terus berlalu pergi meninggalkan aku.

"Waalaikumussalam." Dia dah jauh baru aku jawab salam itu.

Aku memulas tombol pintu lalu masuk ke dalam bilik. Semua orang pandang aku macam aku dah menang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Bollywood.

Aku panjat naik atas katil lalu menghempaskan tubuh dengan kuat.

"Babe!" Aku terkejut tengok Wana yang dah ada atas katil aku. Gila minah ni, sejak bila dia naik ni?

"Kau ni buat terkejut aku je lah." Aku mengurut dada. Kalau jurus hakoge kelapan aku terkeluar macam mana?

"Hehehehe." Wana tersengih.

"Sorry sebab dah timbulkan sesuatu yang besar." Ujar Wana.

"Takpe, lagipun takde siapa tahu kan?" Chill lah. Rahsia tu masih kemas tersimpan dalam hati aku.

"Tapi aku nak jugak tahu kau pilih siapa."

"Mesyuarat tak ajak eh?" Medina menyampuk. Dia naik ke atas katil aku.

"Oi, oi, yang korang bersidang kat sini apahal? Ada katil sendiri kan?"

"Aku nak tau siapa sebenarnya." Wana buat muka cute.

"Aku pun nak tahu." Sampuk Medina.

"Sibuk je minah dua orang ni."

"Alah, share lah kat aku." Wana mula menggosok kepalanya kat lengan aku macam kucing kurang kasih sayang.

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now