Bab 12

30.9K 1.7K 79
                                    

"Tada! Sarah tengok ni!" Medina menggoncang kuat bahu aku. Ish minah ni ganggu orang je kerjanya.

"Apa? Bak sini" Aku menarik kertas di tangan Medina. Tapi aku cuma pandang sekilas kemudian kembali meletakkan kepala di atas meja beralaskan lengan tak sado aku.

"Cantik tak iklan aku? Siap jugak akhirnya. Sarah!" Marah lah tu sebab aku tak layan iklan dia.

Iklan? Selama ni pun memang dia tukang buat iklan kan? Kenapa iklan kali ni dia nak kecoh pulak? Cantik sangat ke iklan dia kali ni?

"Prom night?" Kataku ringkas selepas membaca iklan kebanggaan Medina tu. Sebenarnya aku rasa teruja gak tapi sebab ada masalah yang duk bersarang dalam kepala ni buat rasa teruja aku hilang. Masalah lah sangat. Sebenarnya lebih kepada soalan yang belum terjawab.

"Jeng! Kau tak teruja ke? Baru je nak suprise."

"Aku tak minatlah." Bohongku. Padahal akulah manusia yang paling mengharapkan prom night diadakan.

"Tak minat? Tangan ke bahu mata ke atas." Medina buat muka menyampah. Aku tidak menghiraukan langsuir itu.

"Sarah, kenapa kau tak minat pula? Bukan hari tu kau yang cakap kau teringin ke? Tu lah aku rahsiakan. Ingatkan nak tengok kau melompat macam beruang ada spring kat kaki." Katanya dengan seperti tidak puas hati.

"Malas lah." Kataku lemah.

"Yang aku tengok kau muram sangat ni apasal? Bagitau lah aku, mungkin aku boleh tolong."

Ya tak ya jugak! Medina kan adik Firdaus, mungkin dia tahu sesuatu.

"Kau jawab dengan jujur eh." Aku memandangnya dengan pandangan penuh berharap.

"Yelah. Kenapa?"

"Tadi, masa aku denda Fuad and the geng tu, Cikgu Hassan minta tolong aku call parents diorang sebab Cikgu Hassan terpaksa masuk kelas jap. Aku punyalah gigih minta nombor dari diorang, tapi apa yang aku dapat? Dapat marah jelah!Diorang buat bodoh je walaupun aku dah mengamuk sakan. Tiba-tiba pulak abang kau datang. Dia berdehem je terus berebut-rebut diorang nak kasi nombor telefon parents diorang kat aku. Diorang nampak takut sangatlah dengan Firdaus. Tapi kenapa eh? Firdaus tu tak garang pun. Aku ni yang garang kalah mak nenek diorang tak takut pulak! Musykil aku!"

Panjang lebar aku bercerita.

"Lah, ni ke bendanya yang kacau fikiran kau sampai prom night pun tak nak pergi?" Medina tersengih.

"Mestilah! Tak tahu kenapa, tapi benda ni macam sesuatu yang besar je."

"Habis tu kau nak aku jujur pasal apa?" Medina bertanya sambil mengemaskan tudungnya.

"Kau kan adik dia, mesti kau tau kenapa geng si Fuad tu takut sangat ngan abang kau."

Terhenti seketika perbuatan Medina mengemaskan tudungnya. Aku pulak setia menunggu jawapan.

"Entahlah, aku pun tak tahu." Jawapan Medina tak memuaskan hati aku. Mustahil dia tak tahu!

Menurut kajian entah apa, kalau kau tak puas hati dengan jawapan seseorang, teruskan tenung mata dia, dia akan rasa tertekan dan akan bongkarkan lebih banyak lagi. Entah betul atau tak. Boleh cuba ni! Aku tenung Medina lama. Dia pulak nacam tidak keruan dipandang sebegitu.

"Yelah-yelah. Sebenarnya abang aku ada sembur diorang sebab kau."

Yes! Berjaya! Awak di luar sana bolehlah cuba kaedah ini. Selamat berjaya!

"Sebab aku? Kenapa pulak?"

"Ingat tak, mula-mula kau jadi pengawas dulu? Kan diorang Fuad ada ugut kau macam-macam sebab kau ganggu aktiviti diorang. Alah, yang masa kau menangis teruk macam beruk pastu minta berhenti dekat Cikgu Hassan tu. Ingat tak?"

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now